Aug 21, 2016 - 175
Foto: ASTRO Arena
Sepanjang dua set permainan, Chong Wei kelihatan agak terperangkap dengan pergerakan Chen Long. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan Olimpik terakhir buat jaguh negara ini direkodkan pada catatan mata 18-21 dan 18-21. Saat penyokong negara China bersorak gembira, Chong Wei dilihat hiba dan sedih. Malaysia tahu dia memendam kecewa kerana berasakan dia telah tewas dengan dirinya sendiri.
Terima kasih Datuk Lee Chong Wei...
Itulah kata-kata semangat rakyat Malaysia buat jaguh badminton negara. Meski kecundang melangsaikan misi membawa pulang emas, tetapi Datuk Lee Chong Wei tetap WIRA NOMBOR SATU di hati rakyat Malaysia.
Terima kasih sekali lagi, Datuk Lee Chong Wei!
Dalam satu temu bual eksklusif dengan wartawan penyiaran ASTRO Arena, kelihatan Datuk Lee Chong Wei sangat sebak apabila wartawan mengajukan soalan yang memetik perkataan "Coach", "Misbun Sidek" dan "keluarga".
Jelas ketiga-tiga perkataan ini memberikan satu konotasi dan impak emosi kepada Datuk Lee Chong Wei. Sejurus selepas soalan itu diajukan, Datuk Lee Chong Wei berkali-kali memandang ke atas kerana mahu mengelakkan air matanya tumpah di hadapan kaca TV yang sedang ditonton berjuta-juta rakyat Malaysia.
Sumber: Petikan Lintas Langsung ASTRO Arena
Perak tetap perak. Ia tidak akan bertukar menjadi emas.
Ah, pulanglah dengan HATI YANG BESAR wahai Datuk Lee Chong Wei... EMAS atau PERAK tidak lagi penting, kerana anda TETAP WIRA TERHEBAT dan NOMBOR SATU dalam hati rakyat Malaysia!
Ayuh kita lihat emosi seluruh rakyat Malaysia terhadap sejarah keperwiraan Datuk Lee Chong Wei yang sedang berkocak hebat di media sosial.