Nov 26, 2016 - 695

Mengapa Anda Perlu Mencuba Makanan Tradisi Baba Nyonya di Restoran Ini? Kami Ada Sebabnya

Ayuh kekalkan tradisi dan cita rasa asli masakan Baba Nyonya di celah kesibukan ibu kota.

 

Sumber foto: Restoran Limapulo Baba Can Cook 

 

Bukan letaknya di Melaka, tetapi lokasinya di Jalan Doraisamy. Ya, menu asli masakan Baba dan Nyonya yang sinonim dengan masyarakat Melaka kini boleh didapati di celah-celah kesibukan ibu kota. Mengekalkan keaslian baik daripada gaya persembahan menu, tekstur dan cita rasa, apa kata kalian selami keunikan budaya minoriti masyarakat Melaka di sini. 

 

MENARIK TENTANG KAFE:

Konsep klasik retro cetuskan kelainan tatkala menjamu selera. 

 

 

Terkenal dengan menu Nyonya Laksa Lemak, ayam pongteh, sambal telur dan banyak lagi; Chef Eksekutif Limapulo Baba Can Cook, John Tan Kim Chye atau mesra disapa Uncle John (73 tahun) masih mengekalkan tradisi dalam cara memasak bagi setiap menu yang disajikan.

Menurut Uncle John dek kerana kesungguhan dan minat yang jitu dengan legasi masakan Baba Nyonya keluarganya telah merealisasikan impian untuk membuka restoran ini. 

 

 

Limapulo Baba Can Cook beroperasi setiap Isnin hingga Sabtu bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang untuk sajian makan tengah hari. Manakala makan malam dihidang bermula jam 6 petang hingga 10 malam.

 

 

Bertepatan dengan menu, konsep hiasan dan rekaan dalaman restoran juga menitipkan elemen tradisi, vintaj dan warisan Baba Nyonya. Klasik, tradisional dan mempunyai keunikan tersendiri, pasti pengunjung terpaku melihat segenap ruang di restoran ini yang masih mengekalkan elemen antik.

Mesin taip, poster-poster lama selain kerusi juga bangku lama pasti menangkap mata penggemar barang- barang antik. 

 

 

Ayuh InTrenders, selami keunikan pelbagai resam dan budaya di negara kita melalui makanannya. Selamat menjamu selera! 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Prinsip Yasmin Hani Didik Anak: “Kenapa Kongkong Dia? Nyawanya dan Kehidupannya, Bukan Hak Kita. Dia HAK ALLAH”

  • Seterus →

    Bintang #Hanyut, Datin Sofea Jane Izinkan Kami Masuk ke Rumahnya, Ini yang Kami Lihat...