Aug 12, 2016 - 994

5 Sebab Filem MUNAFIK Masih Kekal Juara Dengan Kutipan RM17 Juta

Filem MUNAFIK masih kekal di tangga pertama dengan kutipan sebanyak RM17 juta. Apa yang menjadikan filem ini terus kekal memegang takhta filem terlaris di Malaysia?


BERCAKAP mengenai filem di Malaysia, pasti ramai antara kita yang sedia maklum bahawa filem Munafik arahan Syamsul Yusof boleh dikatakan satu karya yang berjaya secara keseluruhannya. Oleh kerana itu, filem ini kekal di tangga pertama dalam dengan kutipan sebanyak RM17 juta.


Sumber: finas.gov.my 


Apakah yang menjadikan filem ini terus kekal memegang takhta filem terlaris di Malaysia? Sejauh mana kualiti filem ini dinilai dalam pelbagai aspek sehingga menewaskan filem berkualiti yang lain?  Berikut adalah sebab, kenapa filem ini masih kekal juara carta filem paling laris: 
 

Genre Seram Jadi Pilihan

Masyarakat Malaysia masih gemar menonton filem seram. Ternyata filem seperti ini masih relevan di zaman moden kini. Ya, kami yakin jika diberi pelung kepada produksi untuk memilih genre filem yang ‘boleh buat duit’ ramai yang berani taruhkan filem jenis seram ini berbanding kisah cinta mahupun aksi.
 

Nabila Huda Bikin Viral

Pemilihan pelakon juga penting dalam menjayakan sebuah filem. Tunggak utama Nabila Huda adalah pilihan paling tepat untuk memenangi watak utama. Kreadibiliti lakonannya ternyata hebat. Menerusi cerita ini, Nabila mampu membuktikan bahawa dirinya bukan sahaja hebat dalam lakonan drama, malah ini memberi kesan terbaik dalam portfolio lakonannya dalam layar filem. 

Juga turut diparodikan oleh natize ketika bulan Ramadan lalu. Menjadikan watak ini sering menjadi bualan sehingga kini…

Watak Nabila Huda turut diparodikan oleh netizen ketika bulan Ramadan lalu, menjadikan watak ini sering menjadi bualan hingga kini.

 

Hantu ‘Real’ 

picture-saasda-(2).jpg

Impak solekan hantu memberi kesan terhadap sesebuah filem seram di Malaysia. Seperti filem Munafik, sememangnya memberi kesan yang cukup mendalam. Teknik yang digunakan untuk mencipta imej hantu kelihatan seperti nyata. Ramai penonton yang memuji teknik solekan sehingga terbayang-bayangkan hantu di rumah selepas menonton filem ini. 

OST Best! 


Mungkin ramai yang merindukan kemunculan Mawi bekas pemenang Akademi Fantasia. Kini gabungan suara bersama Syamsul Yusof dilihat satu kolaborasi yang bernas. Lagu berjudul “Kalah Dalam Menang” ini bukan saja mendalam isinya, malah sentiasa hit di carta radio tempatan. 

Selain itu, lagu ini juga cukup istimewa kerana buat pertama kalinya pengarah merangkap pelakon utama tampil sebagai penyanyi. Satu percubaan yang bagus dalam merealisasikan eksklusiviti terhadap sesebuah OST  juga filem.


Gimik Filem Menjadi  

Jika dilihat daripada strategi promosinya tidaklah sehebat filem lain. Tetapi ia adalah satu perangkaan yang cukup berjaya daripada pelbagai aspek. Penonton tidak sahaja dimomokkan dengan jalan cerita yang seram. Malah, gimik terhasil selari dengan kualiti yang diberikan. Oleh kerana itu lahirlah komen-komen positif daripada penonton sehingga memujuk ramai ke panggung untuk menonton filem Munafik. 
 

Apa Kata Mereka Mengenai Filem MUNAFIK?

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  general

  • ← Sebelum

    Percaya atau Tidak, "PUNCH LINE" Fan Page Sari Yanti Buat Ramai Lelaki Cair

  • Seterus →

    Lara Alana Bakal Jadi 'SUPERSTAR' Rancangan Realiti TV!