Aug 12, 2016 - 340

Percaya atau Tidak, "PUNCH LINE" Fan Page Sari Yanti Buat Ramai Lelaki Cair

Siapa sangka pelakon ini mula mendapat sambutan ramai apabila akaun Facebook Fan Page Sari Yanti mula mendapat perhatian ramai jejaka dengan ayat “Punch Line” yang mencuit hati.

 
TEKS: Hakimi Tajul As'ari


PERCAYA atau tidak, "punch line" Fan Page Sari Yanti buat ramai lelaki cair! Paras rupanya begitu juga personaliti yang cuba dipotretkan selebriti kecil molek ini di laman sosial. Sari Yanti bukanlah asing dalam dunia lakonan. Malah bakat lakonannya juga harus dipuji.

Siapa sangka pelakon ini mula mendapat sambutan ramai apabila akaun Facebook Fan Page Sari Yanti mula mendapat perhatian ramai jejaka dengan ayat “punch line” yang mencuit hati.

TIPS CANTIK SEPERTI SARI YANTI > KLIK SINI <


Jika dilihat daripada kapasiti bilangan followers @sariyanti bukanlah sehebat selebriti lain. Tetapi apa yang menjadikannya istimewa adalah caption yang dihasilkan daripada Fan Page Sari Yanti buat rata-rata lelaki tercuit hati lantas mendapat respons yang positif daripada netizen.

 

Komen Peminat Dari Akaun Facebook Fan Page Sari Yanti:



RELEVAN SARI YANTI DALAM DUNIA LAKONAN
Bermula dengan drama Kisah Kaisara, Sari Yanti mula mendapat tempat di hati peminat. Terus maju memegang watak utama dalam drama seperti Suria di Cordoba, Geng Kampung Pisang dan Anugerah Terindah.

Sari Yanti dilihat lebih selesa bergiat aktif dalam drama berbanding filem. Platform ini juga membuatkan selebriti ini lebih fokus dalam menjalani dunia seni dengan lebih konsisten. Sari Yanti juga pernah berlakon dalam filem Impak Maksima dan Misteri Jalan Lama.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.