Sep 05, 2016 - 268

6 Filem Tempatan Pecah Panggung dan Mesti Tonton September ini!

Pencinta filem tempatan pastinya tidak sabar menantikan filem-filem terbaik dari hasil karya seni anak tempatan. InTrend saljikan 6 filem tempatan yang mesti anda tonton pada September ini. Jom lihat trailer filem-filem tersebut.


Oleh:


 

PEKAK

Tarikh Tayangan: 1 September 2016 (Mula ditayangkan) 
Genre: Romantik
Pengarah: Mohd Khairul Azri Bin Md Noor
Pelakon: Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi
Sinopsis: Seorang lelaki cacat pendengaran bernama Uda berazam untuk kembali mendengar. Bagi menggapai cita-citanya itu, dia telah terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah agar dapat menampung pembiayaan implan kokleanya. Dia kemudian telah bertemu dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkong. Cinta antara mereka mula berputik, namun mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

 


 


ALIFF DALAM 7 DIMENSI

Tarikh Tayangan: 8 September 2016
Genre: Aksi
Pengedar: Astro Shaw
Pengarah: Faisal Ishak
Pelakon: Julianna Evans, Izzue Islam, Alif Satar, Aliff Aziz, Kaka Azraff
Sinopsi: Aliff seorang pelajar unviersiti yang memiliki kelebihan luar biasa dalam melihat entiti paranormal. Setelah kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya, mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti. 

 
 




RADHI RUDY BIN DADU

Tarikh Tayangan: 8 September 2016
Genre: Aksi / Komedi
Pengarah: Arjin Uppal
Pelakon: Sofi Jikan, Taiyudin Bakar, Usop Wilcha, Ezzaty Abdullah, Khatijah Tan, Aziz Satar, Adam Corrie
Sinopsis: Radzi, Rudy dan Tuan Haji Kassim telah jatuh cinta dengan tiga wanita berbeza. Disebabkan masalah dan halangan, ketiga-tiga mereka ini gagal dalam percintaan. Mereka telah sedaya upaya membuat apa sahaja untuk menarik perhatian pasangan mereka tetapi ia tidak menjadi. Maka mereka telah merancang melakukan sesuatu yang membawa mereka terjebak melakukan jenayah tanpa disedari.



 


MULUK DAN KONCO : HERO MALAYA

Tarikh Tayangan: 15 September 2016
Genre: Komedi
Pengarah:  Prof Madya A. Razak Mohaideen
Pelakon: Saiful Apek, Yassin, Jalil Hamid, Azhari Zain, Sarah Hilderbrand
Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Muluk dan rakannya yang sangat berkeinginan untuk menyertai pasukan keselamatan. Mereka menganggap kerjaya sebagai seorang pengawai keselamatan adalah seorang wira masyarakat. Apakah cabaran yang terpaksa dilalui oleh Muluk dan rakannya dalam misi menjadi wira setempat.

 

 
 


 


VOLKSWAGEN KUNING

Tarikh Tayangan: 22 September 2016
Genre: Seram
Pengarah: Shadan Hashim
Pelakon: Pekin Ibrahim, Atiqah Shuhaime
Sinopsis: Filem ini diinspirasikan dari kisah misteri terkenal mengenai sebuah kereta Volkswagen kuning misteri yang dilihat di Lebuh Raya Karak. Menurut kisahnya, apabila anda melihat kereta tersebut jangan sesekali memotong kerana ia akan sentiasa muncul di hadapan anda, dan yang paling menakutkan adalah kereta itu bergerak tanpa pemandu.

 



 


JUVANA 3

Tarikh Tayangan: 29 September 2016
Genre: Aksi
Pengarah: Faisal Ishak
Pelakon: Zahiril Adzim, Johan As'ari, Adam Shahz, Hasnul Rahmat, Pekin Ahmad
Sinopsis: Kesinambungan daripada filem terdahulu, "Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan". Kali ini Botak, Daim dan Ayam menyedari bahawa perjanjian yang dibuat dengan Raja untuk membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek adalah perangkap. Dalang di sebalik penculikan sebenarnya adalah Raja sendiri yang mahu membalas dendam terhadap mereka selepas menyebabkan dia meringkuk di penjara. Keadaan bertambah buru, Raja melaga-lagakan ketiga-tiga mereka sehingga mereka mula bersikap curiga antara satu sama lagi. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Lara Alana Bakal Jadi 'SUPERSTAR' Rancangan Realiti TV!

  • Seterus →

    Erwin Dawson, Cerita Pengalaman Menjejakkan Kaki di Bangunan PALING TINGGI di DUNIA