Sep 06, 2016 - 145

Erwin Dawson, Cerita Pengalaman Menjejakkan Kaki di Bangunan PALING TINGGI di DUNIA

FILEM Romantik Malaysia, "Dubai My Love" baru-baru ini telah menamatkan penggambaran di Dubai. Ini kisahnya.

FILEM romantik Malaysia "Dubai My Love" baru-baru ini telah menamatkan penggambaran di Dubai, di mana pelakon tempatan Erwin Dawson dan Hanna Aqeela telah mengunjungi tempat-tempat menarik di seluruh Tanah Arab tersebut untuk menceritakan kisah asmara mereka. Kerja-kerja pasca penerbitan masih giat dijalankan dan filem ini dijadualkan masuk panggung pada bulan Mac 2017.

 

Pelbagai Tarikan Dubai

 
Para krew penggambaran telah mengunjungi banyak tempat menarik di Dubai, untuk melihat ikon bumi Arab yang menjadi tumpuan pelancongan. Mereka telah menjejakkan kaki di Burj Khalifa, bangunan paling tinggi di dunia; bersiar-siar di sepanjang jalan pesisir di Dubai Marina dan Pantai Jumeirah; menaiki jip untuk melihat sendiri keindahan padang pasir; menyaksikan keindahan seni bina Masjid Jumeirah sambil meninjau persekitaran pelbagai souk.

 

Pengalaman Sukar dilupakan Oleh Bintang Filem Erwin dan Hanna

Kedua-dua pelakon yang pertama kali melawat Dubai ini mendapati pengalaman mereka sukar dilupakan. “Saya terpegun dengan begitu banyak daya tarikan yang ditawarkan oleh Dubai. Dalam salah satu babak filem ini, saya berpeluang main luncur pasir di padang pasir. Ia bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga memberikan pemandangan yang menakjubkan. Ini adalah antara pengalaman paling menarik dalam lawatan saya,” kata Erwin Dawson.
 
Hanna Aqeela pula berkata, “Penggambaran di Burj Khalifa, bangunan paling tinggi di dunia, dengan latar belakang matahari terbenam, benar-benar menambat hati saya. Kami berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Dubai Tourism dan peluang yang diberikan oleh pasukan penerbitan Tsar Asia untuk kami membintang filem ini.”
 

9 Lokasi Wajib Pergi Jika Anda Tiba di Dubai

 
SUMBER: Dubai Department of Tourism and Commerce Marketing | Kate Chan


 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.