Apr 08, 2017 - 27269
Kredit foto:
BARU-BARU ini, pasangan hangat Jep Sepahtu dan isterinya, Sari Yanti menjadi perbualan peminat dia media sosial. Malah ramai yang mendoakan mereka bahagia hingga ke Jannah. Ramai peminta terhibur dengan gelagat pasangan ini yang dilihat sangat romantis secara bersahaja, malah ramai juga yang memberikan perhatian kepada perkembangan pasangan ini.
Bersempena dengan ulang tahun Jep yang ke-32, Sari Yanti telah memberikan kejutan istimewa yang dibuat khas untuk suaminya yang diadakan secara tertutup di Damansara.
Kredit foto:
Kredit foto:
Kredit foto:
Kredit foto:
Bertemakan #JepPickUpLine, para tetamu yang hadir diberikan sehelai baju-T yang tertera ayat-ayat ‘pick up line’ yang diberikan oleh Jep Sepahtu kepada Sari Yanti. Antara ayat pick up line pada baju tersebut ialah Bidadari, Ketua Keluarga Kita, Menuju ke Hati Awak, Pemanah dan Terpanah.
Wow! Nampaknya Sari Yanti berjaya membuat hati Jep cair dengan kejutan hari jadi ini.
Berikut 10 Ayat Cinta Jep yang Buat Sari Yanti Kenyang Dengan Cinta!