Nov 10, 2016 - 112673

Sari Yanti Kekal Kecil Molek Dengan Berat Cuma 44 Kg, Ini Petua dan Amalannya

Kecil molek orangnya, tetapi tangkas menyelenggara diri dan paling penting ada dua hero pengarang jantungnya.

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

SESERIUS mana anda menjaga muka dan rambut? 

Seumur hidup saya tidak pernah buat facial atau rawatan rambut seperti perm atau warna. Saya orang yang simple dan tidak berhabis untuk rawatan cantik. Sebab itulah, apabila afiza mahu menemu bual saya tentang kecantikan, saya berfikir dua kali. Rutin penjagaan muka saya hanyalah membersih mekap dengan Johnson & Johnson Baby Oil, kemudian cuci dengan krim pencuci biasa.

 

 

 

 

 

Bertuahnya, kulit tiada masalah? 

Saya rasa ini mungkin kesan daripada amalan sejak kecil. Dari dulu lagi, saya suka makan buah. Buah sudah menjadi snek untuk saya setiap hari. Buah, kan bagus untuk kulit? Kalau ke penggambaran, saya pasti akan membawa sebiji mangga bersama pisau. Anggur pula menjadi teman saya menonton televisyen. Jika tidak pun, jambu dan yogurt. 

 

 

 

Badan ‘maintain’ macam anak dara, faktor genetik atau memang menjaga? 

Genetik? tidak mungkin sebab abang dan kakak saya bersaiz besar. Saya tidak sekat apa yang saya makan tetapi saya seimbangkan apa yang dimakan. Sesetengah orang bising kata, ‘Saya dah lama tak makan nasi, tapi tak kurus-kurus’, tetapi hakikatnya, apa pula yang dimakan sebagai ganti?

Buah pun ada jenis-jenisnya yang boleh menggemukkan. Apabila kita rasa sendiri tekstur sesuatu buah itu, kita boleh agak betapa tingginya karbohidrat atau gula dalam buah itu. Contohnya, durian dan pir. Saya suka makan buah sebelum makan nasi. tetapi, pilih-pilihlah buah yang sesuai.

 

 

 

 

Keadaan badan anda ketika dan selepas mengandung? 

Ketika mengandung anak pertama, berat badan naik 24kg, masa anak kedua, naik 17kg saja. Sebab apabila dah kali kedua, baru pandai nak control sikit. Sekarang, berat saya 44kg. Saya tidak mengamalkan amalan berpantang yang ketat. Banyak yang saya langgar.

Bagi saya, ada sesetengah makanan yang dilarang orang tua ketika berpantang, tidak wajar. Contohnya, buah. Tambah pula, saya mempunyai masalah ke tandas. 

 

 

 

 

 

Rajin bersolek jika tiada ‘shooting’? 

Langsung tidak! Melainkan jika ke majlis- majlis, saya bersolek ringkas dengan bedak dwifungsi saja. Pembayang mata pula saya pakai yang berasaskan warna coklat. 

 

Pendapat anda bagi wanita yang terlalu obses tentang kecantikan? 

Semua perempuan suka tampil cantik tetapi bagi saya paling penting keyakinan diri. Bagi yang obses cantik dengan teknik cucuk-cucuk itu pula, susah saya mahu komen sebab saya mungkin belum sampai tahap usia seperti mereka yang memerlukannya. Kalau tidak memudaratkan, okeylah. Tetapi, saya memang tak berani! 

 

 

 

 

 

Bagaimana anda melihat diri anda pada 20 tahun yang akan datang? 

Sudah punya lima anak dan hidup bahagia bersama keluarga. Badan mungkin maintain, kalau berisi pun tembam-tembam orang tua sajalah. Daripada segi kesihatan, rasanya lebih menjaga.

 

 

 

 

Seseorang wanita itu lebih cantik jika...? 

Giginya cantik sebab saya suka tengok orang tersenyum. 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Transformasi Dayang Nurfaizah yang Anda Mesti Lihat! Bukti Kulit Hitam Manis Sama Cantik Putih Porselin

  • Seterus →

    “Dulu Suka Mekap Tebal. Lama-lama Baru Sedar, Buruk Rupanya Bila Bersolek Tebal” — Anzalna Nasir