Apr 06, 2016 - 1

(KISAH BENAR!) Johan Dedahkan Pengalaman Dia Merempit di Kuala Lumpur yang Membuat Mat Rempit Insaf!

“Siapa Tak Kenal Saya di Ampang? Merempit Sana-sini…” - Johan Dedahkan Siapa Dirinya yang Sebenar...

Johan-2.jpg 


JOHAN NOMBOR SATU!
Teks: Afiza Kamarulzaman
Instagram:


Ayuh ikuti temu bual eksklusif InTrend bersama komedian dan penyampai radio nombor satu Malaysia, Johan.

InTrend: Apa yang menjurus Johan memilih bidang lawak?

Johan: Terus-terang cakap, saya belajar memang tak pandai, tapi cuba bagi mikrofon, satu sekolah boleh gelak. Disebabkan terlampau nakal dulu, bapa hantar saya ke sekolah pondok. Walaupun mulanya terpaksa, lama-lama keikhlasan itu datang. Biasalah, setiap perkara baik perlu bermula dengan paksaan. Kemudian baru jadi kebiasaan dan keseronokan untuk dilakukan dari hati.

Selepas itu, saya berniaga otak-otak di Ampang. Dari situ juga, saya belajar buat marketing dan berjenaka dengan pelanggan. Saya memberanikan diri memasuki pertandingan Raja Lawak dengan bersandarkan pengalaman hidup semata-mata. Kalau tengok peserta lelaki lain ketika Raja Lawak 1 dulu, Zizan, Pak Yus, Tauke dan Angah, mereka semuanya mempunyai latar belakang teater, yang mana mereka ada basic tentang penggunaan pentas dan lakonan. Sedangkan saya memang zero. Tapi saya yakin dengan pengalaman hidup yang saya ada, itu yang saya sajikan sebagai modal lawak.


InTrend: Biasanya budak yang nakal waktu kecilnya menjadi bijak apabila dewasa. Bijak bukan sekadar akademik tetapi bijak ‘survive’ dalam kehidupan. Dan, untuk berlawak, seorang pelawak itu perlu kaya pengalaman, setuju?

Johan: Siapa tak kenal saya di Ampang? Merempit sana-sini. Tapi, sekarang kalau angkat tangan, polis dah tahu itu Johan, boleh kasi lepas, hahaha… Biasalah , ini kampung kita (Kuala Lumpur). Saya kalau ke KLCC pun boleh berkain pelikat semata-mata. Orang selalu kata saya ini selekeh. Saya kata, buat apa nak bersegak-segak, ini kampung saya. Orang yang baru masuk kampung saya mungkin excited nak bergaya. Begitu juga dengan latar belakang kehidupan saya. Ya, saya budak nakal dan anak orang susah. Itu pengalaman berharga saya yang mungkin orang lain tiada.
Selain berniaga otak-otak, saya juga selalu basking di Central Market dulu. Semua orang tahu Central Market itu tempatnya bagaimana? Segala jenis manusia ada di situ. Saya jenis yang suka memerhatikan gelagat orang kerana dari situlah saya dapat menyelami pelbagai ragam dan kerenah manusia. Ilmu, semua orang boleh belajar, tetapi pengalaman dan pengetahuan itu, hanya orang yang membawa dirinya ke situasi itu yang mampu memilikinya.


InTrend: Tidakkah terbeban dengan jadual kerja sebagai penyampai radio Era FM, harus tepati masa setiap jam 6.00 pagi saban hari?

Johan: Saya fikir begini, apabila saya perlu bangun pagi untuk kerja seawal Subuh, ia sekali gus menggerakkan saya untuk tidak tinggal solat Subuh. Ia dah jadi dua dalam satu, sambil bekerja sambil mendisiplinkan diri. Pada saya, kalau nak ikut hati untuk patuh penuhi lima waktu solat sehari, Subuh adalah kata kuncinya kerana apabila kita berjaya kerjakan solat Subuh, solat-solat yang lain pasti kita sayang nak tinggal lantaran kita teringat tadi, di permulaan hari kita sudah memulakan sesuatu yang baik, kenapa tidak kita teruskan hingga Isyak?

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  johan

  • ← Sebelum

    (Kisah Benar!) Nabil Cerita Pengalaman Lima Tahun Jadi Mat Dispatch Cabuk

  • Seterus →

    (KISAH BENAR!) Johan Dedahkan Pengalaman Dia Merempit di Kuala Lumpur yang Membuat Mat Rempit Insaf!