Nov 11, 2016 - 1998

Cecah 20 Juta, Aiman Tino Catat Rekod Artis Malaysia Paling Banyak 'Viewer' di YouTube

Lagu ini dianggap “kampung”. Melodinya lama, tak 'class'. Tetapi ternyata masyarakat Malaysia menggemari muzik sebegini. Seramai 20 JUTA penonton di YouTube membuktikan kekuatan lagu 'Ku Rela dibenci' nyanyian Aiman Tino.

 

Oleh: Hakimi Tajul as'ari 

 

 

 

>>>TONTON VIDEO INI<<<

 

SEMARAK gelombang muzik di Malaysia penuh dengan warna. Siapa sangka lagu yang dianggap 'kampung' kini menjadi halwa telinga rata-rata masyarakat Malaysia. Terbukti dengan kutipan view  20 juta penonton mempamerkan bakat anak muda ini setanding selebriti handalan yang lain.  

 

>>>Siapakah Paling Menyerlah di Gegar Vaganza Musim 3?<<<

 

 

Biodata Penuh Aiman Tino:

Nama: Muhammad Aiman Bin Yusri
Nama Popular: Aiman Tino
Umur: 18 tahun (2016)
Asal: Malaysia
Kerjaya: Penyanyi
Hobi: Bermain Gitar
Laman Sosial:

Gelombang 'Ku Rela dibenci' menjadi bualan di laman sosial. Strategi lagu ini berjaya memancing pendengar generasi muda yang diberi sedikit elemen melodi 90-an. Biarpun lagu ini dipandang satu elemen lama malah ia merupakan satu permintaan jenis muzik yang didahagakan oleh masyarakat Malaysia. 

 

 

Kejayaan 'Ku  Rela dibenci' itu buat anak muda ini bangkit dalam percaturan barunya berjudul 'Permata Hati'. Mampukah single terbaru ini setanding kehebatan lagunya sebelum ini?  

 

>>>JOM UNDI<<<<

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Mengapa Donald Trump Menang? Ini Reaksi Yuna dan Seluruh Dunia

  • Seterus →

    Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah Sudah ‘Move On’. Kenapa Netizen Tabur Garam Pada Luka Lama?