Nov 14, 2016 - 5854

Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah Sudah ‘Move On’. Kenapa Netizen Tabur Garam Pada Luka Lama?

Walau diasak dengan ‘tweet’ netizen yang agak ‘membakar’ semalam, kedua-duanya tenang. Dalam hati, hanya Allah yang tahu.

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman

afiza_kamarulzaman@astro.com.my

 

 

TANPA disangka-sangka, kedua-duanya muncul pada Konsert Gegar Vaganza 3 semalam. Sharnaaz Ahmad dijemput ke pentas untuk mempromosikan drama terbarunya. Manakala Shila Amzah membuat kemunculan istimewa di mana dia hadir sebagai penyokong dan penonton.

Tetapi apa yang menarik adalah kamera yang beberapa kali sengaja dihalakan tepat-tepat ke wajah Shila Amzah apabila Sharnaaz bercakap di pentas. Pertemuan tak sengaja ini ternyata meraih perhatian netizen. Nampaknya bukan kontroversi Kak Lina Pom Pom VS Datuk Ramli MS saja yang ‘trending’ di media sosial semalam. ‘Pertemuan’ Sharnaaz dan Shila di GV2016 malam tadi juga menjadi bualan hangat. 

Jika dilihat pada hashtag #GegarVaganza dan #GegarVaganza2016 semalam, ada netizen sengaja melontarkan komen-komen nakal. Tetapi baik Sharnaaz dan Shila, mereka sama-sama profesional dan raut wajah mereka tidak memberikan sebarang reaksi.

 

Apa 'Tweet' Netizen?

 

 

 

 

 

 

 

 

EKSKLUSIF BERSAMA SHILA AMZAH 

 

 

Esok Shila akan ke Mekah menunaikan umrah (ketika bual bicara ini dilakukan), apa persiapan dan kenapa memilih detik ini?

Ini kali kedua Shila menunaikan umrah. Bezanya, kali ini dapat merasai pengalaman berpuasa di sana bersama Abah, Mama dan Datuk (sebelah bapa). Kalau diikutkan persiapan dibuat dalam masa yang singkat kira-kira dua bulan sahaja walaupun merancangnya sudah lama. Biasalah, kerja dan masa yang tak pernah sudah membuatkan ia kerap tertunda. Tapi, apabila difikir semula, kalau mahu dikisahkan kerja sampai bila pun tidak akan habis.

Jadi, untuk kali ini kami tekad! Shila terpaksa tolak tujuh shows, inilah ujian melihat bagaimana kita melepaskan sesuatu yang berharga untuk sesuatu yang lebih bermakna. Sengaja kami memilih bulan Ramadan untuk mencabar diri berdepan dengan ujian berpuasa di sana. Kali pertama pergi dulu sewaktu cuaca sejuk. Tentunya, cabaran dan dugaan jauh berbeza. Semoga kami dapat mendepaninya dengan baik dan dikurniakan umrah yang mabrur. Amin. 

 

 

Cuba teka Sha nak kemana ? 😍 Guess where am I going 😍 MUA: @nfizaris 💕#selamanyacinta

A photo posted by 茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

 

Apa doa Shila di depan Kaabah nanti? 

Sebenarnyakan, setiap kali Shila mahu pergi menunaikan umrah mesti pada ketika adanya unfinished issue. Kalau dulu, pada waktu Shila putus cinta. Ia bukan sesuatu yang dirancang. Kebetulan, sebelum mahu berangkat Tuhan uji dulu. Dan sebagai umat Islam, kita sebenarnya tidak memerlukan therapist untuk menenangkan diri. Antara penawarnya, pergilah ke Tanah Suci.

Di sana, banyak jawapan yang akan kita temui. Memang betul untuk berdoa dan mengadu, Tuhan mendengar di mana-mana sahaja namun, perasaannya berbeza apabila kita berkeluh- kesah di Tanah Suci. Terasa diri begitu dekat dan ketenangannya suatu rahmat yang tak terhingga. Kalau ditanya doa Shila? Seperti orang lain juga, Shila mahukan yang baik-baik untuk diri dan keluarga.

Semoga dijauhkan daripada fitnah, hasad dengki dan kejahatan manusia. Dikurniakan jodoh yang baik, rezeki, petunjuk dan terus dilimpahi idea segar yang membolehkan Shila terus berkarya dan menghasilkan pendapatan yang boleh dikongsi bersama. Shila bersyukur dijemput lagi. Ia bukan sesuatu yang mampu dimiliki oleh setiap orang. Kerana untuk ke sana, bukan soal wang semata. Ada yang punya wang tapi tak punya waktu. Yang punya waktu tak pula punya rezeki dijemput menjadi tetamu-Nya 

 

 

Bekerja 24/7, berulang-alik dari Kuala Lumpur ke China bagaikan rumah kedua. Tidakkah Shila berasa lelah?

I’m a workaholic person. Shila pernah naik, merangkak jatuh dan kemudian bangkit untuk berdiri semula. Jadi, apabila sudah pernah merasai sakitnya bergerak sebegitu perlahan, sebaik diberi peluang, Shila terus masuk gear lima, hahaha. Selagi mereka mahukan kita, tiada sebab untuk berhenti. Bukan tamak tetapi Shila punya target. Soal penat jatuh nombor 10. Tahun ini, Shila memasuki usia 24.

Selebriti perempuan mudah buat duit berbanding lelaki tetapi mudah juga expired, hahaha. Just nice, pada usia ini Shila terus bekerja semahunya. Shila punya perancangan untuk membuka perniagaan tapi masih dalam pre-production. Insya-Allah, beberapa lapangan perniagaan akan Shila ceburi, fashion label antara yang pasti dengan mengeluarkan tudung dan pakaian sebagai permulaan.

Kawan-kawan selalu tanya Shila beli baju itu, tudung ini dari mana? Dari situ, Shila terfikir kalau ada yang suka dengan imej Shila, mengapa tidak dikomersilkan mengikut cara Shila sendiri.

 

 

Setelah memenangi Asian Wave Competition 2012/2013, terus berkembang di Shanghai, setahun kemudian ke Beijing dan tahun ini banyak berada di Hong Kong. Apa pengalaman bekerja yang Shila pelajari daripada orang Cina yang berbeza dengan Malaysia? 

Oh, mereka bekerja kuat mencari duit. Shila mempunyai pembantu orang sana, jadi sangat faham bagaimana cara mereka bekerja dan menilai duit. Dia pula orang kampung yang susah. Jadi, apabila ada peluang, mereka tidak akan teragak-agak menerpanya. Sama seperti orang Jepun juga, mereka sangat kuat bekerja. Saingan di sana besar, jadi mereka tidak mudah percayakan orang.

Dalam urusan perniagaan, mereka perlu bijak bermain politik dan sangat profesional. Satu lagi yang menariknya, sesuatu projek yang dilakukan, mereka mempunyai kepakaran masing-masing di mana setiap orang hanya fokus kepada apa yang mereka buat. Kalau di sini, seorang pekerja digunakan untuk membuat dua tiga perkara dalam satu waktu.

Di sinilah kualiti mampu dicapai, kerana setiap department dijaga oleh seorang dan bukan berkongsi-kongsi kerja. Shila berani cakap, kalau Malaysia mahu menjadi seperti mereka, Malaysia perlukan 20 tahun jika tidak mengubah cara kerja sedia ada. Kos hidup mereka tinggi, cabaran hidup mereka besar, jadi mereka struggle untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa mengharapkan bantuan kerajaan mereka semata-mata. 

 

 

 

Ada orang pandang lekeh apabila Shila memilih China, mengapa Shila berasakan ia keputusan yang tepat waktu itu?

Bukan mudah sebenarnya untuk China menerima kedatangan artis luar. Malah, jarang-jarang juga kita dengar artis kita mempertaruhkan kerjaya mereka di sana, kan? Inilah faktor yang merangsang Shila waktu itu. Kalau ke Amerika Syarikat misalnya, kita perlu bayar untuk mempertaruhkan karya kita tetapi di China, mereka yang bayar untuk setiap hasil seni kita.

Orang China amat menghargai sesiapa saja yang punya keunikan. Mereka suka belajar budaya dan cara hidup bangsa lain. Layanan mereka juga sangat tip top. Jangan terkejut kalau kedatangan kita disambut dengan makanan penuh meja. Mereka malu kalau tetamu dijemput dengan makanan yang ala kadar. Bayangkan, kami diberikan seribu sehari hanya untuk perbelanjaan makan minum. Sebab itu, berat badan Shila naik 10 kilogram apabila di sana, hahaha... 

 

 

Shila tersenarai antara selebriti terkaya di Malaysia, komen?

Allah memberikan sesuatu kepada hamba-Nya dengan keseimbangan. Setelah ditimpakan ujian, Allah limpahkan pula nikmat-Nya. Allah Maha Besar, ujian itu juga kadang-kadang didatangkan dalam bentuk kesenangan. Shila tak nafikan adakala Shila juga terlalai dengan nikmat-Nya.

Justeru, Shila selalu ingatkan diri untuk berkongsi apa yang dimiliki hari ini dengan orang lain kerana sesetengah rezeki yang Allah turunkan itu sebenarnya untuk pihak lain tetapi Dia memilih kita sebagai medium-Nya. Shila takut terkufur nikmat. 

 

 

To Sichuan we go ❤️ #diperantauan #bogoshipda #imissyou

A photo posted by 茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

 

Sejak kecil Shila sudah terlibat dalam industri seni, makanya pergerakan terbatas. Shila pernah rasa memberontak?

Betul, Shila korbankan zaman kanak-kanak dan remaja untuk perjuangan dalam bidang ini. Tipulah kalau Shila kata tak pernah langsung rasa memberontak tetapi Shila selalu ingatkan diri, Shila anak sulung, tanggungjawab itu besar dan Shila perlu jadi anak yang matang. Kadang-kadang tekanan itu bukan daripada keluarga tetapi orang keliling.

Contohnya, masa di sekolah menengah, Shila selalu kena attack. Salah atau tidak Shila selalu kena panggil dengan cikgu kerana Shila dikenali. Sudahlah Shila berperwatakan tomboy masa itu (ketawa). Bagusnya, apabila kita tahu kita dikenali, kita akan sentiasa menjaga tingkah-laku. Abah pula jenis yang pantang mendengar buruk anak daripada orang lain, jadi faham-faham sajalah. 

 

 

Lunch time with my beloved mom and my adik-adik ehhh adik 😂 @mamazie68 @shafiqamzah

A photo posted by 茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

 

Benarkah Abah mengongkong kehidupan Shila? 

Kak, kalau Abah mengongkong tidaklah dia izinkan Shila berhijrah ke China. Abah sikapnya memang over protective. Dia tidak suka anak-anak buat perkara sia-sia, memang dia tegas tetapi untuk kebaikan keluarganya dan dia berhak untuk itu. Shila bersyukur dikurniakan bapa ‘one in a million’ ini.

Shila juga kadang-kadang terbabas, perlulah ada lelaki seperti dia untuk membawa Shila ke pangkal jalan. Pesanan Abah selalu Shila pegang; ke mana pergi harus ingat asal-usul, adat dan agama, sentiasa humble dan jangan aniaya orang, biar orang buat kita. 

 

 

Pabila ku lihat,senyumanmu 💕

A photo posted by 茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

 

Shila punya karakter berbeza secara peribadi, di pentas dan laman sosial. Setuju?

Di rumah, Shila seorang yang serius, tak banyak cakap, suka bersendiri apabila punya masalah. Di atas pentas, Shila perlu in character, maka keluarlah Shila Amzah yang professional, perfectionist and bold! Dan begitulah di laman sosial, Shila bebas menulis apa saja yang terlintas di hati tetapi tidak sesekali Shila sentuh hal agama dan politik.

Shila punya peminat Cina yang sangat sensitif dengan setiap apa yang Shila post. Ada juga yang persoalkan kenapa Shila tak pernah post tentang 'Selamatkan Gaza' atau seumpamanya? Adakah Shila tidak mahu membantu umat Islam yang dizalimi?

Bagi Shila, jihad ada banyak caranya. Tidak menguar-uarkan sokongan di laman sosial tidak bermakna Shila bersenang hati. Tidak perlu Shila paparkan apa bantuan yang Shila buat. Sedihnya, ada segelintir yang begitu galak berjuang di laman sosial, tetapi kemudian sepi tanpa apa-apa sumbangan. 

 

 

Dah selesai interview with "China press " Dan Cari infonet 😊now selesai kan kerja di boutique @sa.shilaamzah ,Bangi Sentral 🙋🏼

A photo posted by 茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

 

Shila pernah terbabas, membawa diri, melayan lara. Apa yang Shila pelajari selama tempoh ‘menyembunyikan diri’ itu?

I need space! Tekanan dari pelbagai sisi menjadikan Shila buntu waktu itu. Seminggu membawa diri memberikan pelbagai ilham kepada Shila mencipta lagu. Shila ni pula jenis kalau jiwa sedang lara, memang ilham datang mencurah-curah. Shila tidaklah lari tanpa pesan.

Setiap hari Shila kirimkan updates kepada Mama dan Abah memberitahu Shila selamat, cuma perlukan masa. Yang kelakarnya, walaupun Shila keluar ke sana-sini dengan memakai sunglass saja, tiada siapa pula yang perasan. 

 

 

9. Selamanya cinta ( forever love) feat. @alifsatar #茜拉心旅 #myjourney #9thtrack

A video posted by 茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

 

Sampai bila akan berakhirnya episod cinta Shila Amzah? 

Insya-Allah, berilah Shila dua atau tiga tahun lagi. Shila akui hati Shila sudah diisi sekarang ini. Dia orang biasa. Sudah setahun mengenali, Abah dan Mama pun merestui. Orangnya simple, tidak mengongkong dan kami melalui kehidupan dengan haluan masing-masing tanpa ada rasa cemburu atau curiga. Insya-Allah, kalau ada rezeki Shila mengimpikan perkahwinan yang ringkas saja.

Abah pun cakap, ikut yang wajib saja. Abah tak cerewet dalam memilih menantu. Kata Abah, tak punya banyak duit tak apa, asalkan rajin bekerja. Shila suka budak-budak, sebab itu Shila juga tidak sabar untuk berkeluarga. Abah pernah cakap, budak-budak yang susah nak dengan orang pun, kalau dapat di tangan Shila, pasti lekat. Alhamdulillah, Shila sangat bahagia sekarang.

Malah, keluarga pun happy dengan perkembangan Shila sekarang. Shila ni kalau ada seseorang yang mengisi kekosongan hati, keluarga memang tumpang seronok sebab memang tumpang seronok sebab nampak Shila lebih tersusun, hahaha... 

 

 

Selamat malam shayangggg tidoq lah shayang kuw🎶🎶🎶 Photo crdt: @gib_idris

A photo posted by 茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

 

Shila memang tidak boleh hidup tanpa cinta, kan?

Enam kali putus cinta, setahun hati kosong dan kini Shila kembali bahagia. Bukanlah tidak mampu hidup tanpa cinta, cuma jika ada seseorang yang mencintai, rasa diri complete! Shila akui apabila in love, Shila mudah lupa diri, senang dibutakan dengan cinta. Apabila sudah menyayangi seseorang itu, Shila mahu bersamanya forever and ever. Tapi, selalunya apabila bercinta dengan orang yang salah, kita tak sedar tapi orang yang dekat dengan kita yang nampak. Shila memang perlukan seseorang yang sentiasa dapat menyedarkan Shila daripada khayalan. 

 

 

8. MANUSIA (human) #茜拉心旅 #myjourney #8thtrack

A video posted by 茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

 

Andai diberi peluang mengubah industri ini... 

Biarlah Shila ubah diri Shila terlebih dulu untuk menjadi yang lebih baik. Namun, jika ditanya secara umumnya tentang industri seni kita, Shila cuma mahu menyarankan agar pengkarya kita bekerja lebih keras agar industri punya saingan yang sihat. Buang elemen favouritisme. Sebenarnya, bakat yang kita ada jauh lebih bagus jika dibandingkan dengan negara Asia lainnya cuma platform dan pengalaman bakat kita agak kurang.

Sesiapa saja yang mahu menjadi penyanyi perlu ada identiti. Jangan terikut-ikut gaya penyanyi lain. Lenggok nyanyian perlu versatil. Shila akui, pada awal kemunculan Shila pun begitu juga. Keliru, adakala ke arah lenggok Dato' Siti Nurhaliza dan Misha Omar.

Shila cuba ubah gaya nyanyian dengan banyakkan menyanyi lagu-lagu Bahasa Inggeris. Kurangkan nyanyi lagu orang yang diminati. Kalau punya idola, pastikan kita tekad untuk jadi lebih baik daripadanya, tapi jangan over confident pula. 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.