Jan 14, 2017 - 31286

Indahnya Cinta Ella, Ratu Rock Negara — Suri Hati Mr. Pilot Bernama Azhar, Moga Sampai Jannah!

Bukan seorang dua lelaki yang pernah dikenalinya, namun Mr. Pilot ini yang berjaya menambat hatinya.

 

Oleh: Norhaizan Ahmad

 

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

EMPUNYA nama Norzila Aminuddin atau lebih mesra dipanggil Ella bukan asing lagi bagi peminat muzik rock tanah air. Zaman ‘rock kapak’ dulu, nama Ella jadi pujaan ketika menganggotai band Ella & The Boys. 

 

Meski tahun berganti tahun, nama Ella terus utuh di persada seni. Dan yang paling menggembirakan seluruh peminatnya apabila dia selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Azhar Ghazali pada Julai tahun 2012. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat!

 

Bercakap mengenai jodoh pertemuan, pasangan ini  memberitahu bahawa jodoh itu rahsia Allah SWT. Itulah jawapan ikhlas Azhar ketika ditanya pada majlis resepsi mereka di Kelab Darul Ehsan pada penghujung tahun lalu. Malah, dia sendiri tidak menyangka, perkenalan sembilan tahun lalu dengan penyanyi legenda rock tanah air tersebut akan menukar status dirinya daripada seorang peminat kepada suami buat Ella.

 

 

Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

 

 

Ella sendiri sepanjang perjalanan hidupnya, bukan seorang dua lelaki yang pernah dikenali, namun akhirnya tanpa disedari hatinya terpaut kepada juruterbang penerbangan tambang murah, Firefly, yang kini sudah menjadi suaminya.

 

Ella dan Azhar mengaku kehidupan mereka cukup bahagia. “Alhamdulillah, kami sedang menikmati kehidupan yang bahagia. Sebenarnya, perjalanan rumahtangga kami sama sahaja dengan perjalanan rumahtangga pasangan lain, tiada apa yang berbeza.” 

 

Biar mereka mempunyai jadual kerja yang selalu bertembung, namun sebolehnya mereka akan mencari masa untuk diluangkan bersama-sama. Mengisi masa senggang, pasangan ini akan melakukan aktiviti luar seperti berkelah di air terjun dan bersenam bersama.

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

Bertuahnya Ella apabila berpeluang memandu kapal terbang. Lebih-lebih lagi suami yang mengajarnya memandu. Azhar secara berseloroh memberitahu: “Kalau saya sakit, dia boleh ganti memandu.” 

 

Bagi Azhar pula, perubahan hidupnya kini yang menjadi suami kepada penyanyi popular, dia akui yang dirinya mula dikenali banyak orang. Namun, hal tersebut langsung tidak mengganggu kehidupannya. Memang diakui, sudah ramai orang yang semakin mengenali lelaki ini sebagai suami Ella, tetapi ia tidak mengubah corak hidup dia.

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

Sepanjang menikahi Ella dan semakin dikenali ramai, Azhar dilihat menjadi diri sendiri yang sebenar dan membawa diri sebaik mungkin pada mata khalayak. “Saya senang begini,” ujarnya.

Asuhan dan didikan daripada keluarga dan pergaulannya sehari-hari juga banyak membantu Azhar dalam berhadapan dengan situasi baharu apabila menerima tempias populariti isterinya yang menjadi pujaan ramai.

 

Ella juga cukup senang dengan perwatakan suaminya yang tidak berubah dan menjadi diri sendiri. Paling membahagiakannya apabila Azhar tidak cepat melenting dengan hal-hal remeh yang selalu menjadi permainan dunia hiburan.

 

“Suami saya seorang yang tenang dalam apa situasi pun, tidak cepat melatah dan seorang yang rasional terhadap apa sahaja perkara. Sebab itu saya sangat bersyukur kerana dinikahi oleh lelaki yang amat memahami diri dan karier saya.”

 

 

 

 

 

Pasangan ini sudah beberapa kali berbulan madu di dalam negeri dan pulau-pulau kegemaran. Namun, percutian itu seakan tidak lengkap jikalau tidak dapat menikmati manis dan mencari berkat ikatan rumahtangga dengan berbulan madu ke Madinah dan Mekah dalam rangka menunaikan umrah bersama-sama. Alhamdulillah.

 

Yang pasti, pasangan ini masih melalui momen-momen yang sarat dengan keindahan, kemanisan dan kebahagiaan dalam mengekalkan kemesraan cinta yang baru terpatri. Semoga ikatan suci ini dirahmati. Amin. 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Kumpulan K-Pop GOT7 ‘Jatuh Cinta’ dengan Orang Malaysia yang Sangat Mesra dan Baik

  • Seterus →

    “Saya Penyanyi, Dia Pemuzik. Di Rumah, Saya Isteri, Dia Suami. Hormat Tak Berubah” — Datuk Sheila Majid