Jul 26, 2016 - 572

Muzikal Parodi Raya 2016 Paling Ohsem yang Anda MESTI TONTON!

Saksikan Sketsa Muzikal Parodi Raya “Malam Pesta Aidilfitri 2016" Hasil Lakon Layar, Arahan dan Suntingan Barisan Jurusolek Profesional (Paling Ohsem) Malaysia 2016!

 


 



Video Muzikal Parodi Raya “Malam Pesta Aidilfitri” Jurusolek Malaysia 2016 yang Surya dan sahabat-sahabat seangkatan tukangi baru-baru ini, sangat meletop. Cerita sikit prosesnya?

Sebenarnya sudah tiga tahun kami buat projek video muzikal raya. Namun karya (kalau kami boleh panggil karyalah, haha) yang lepas-lepas, kami tidak terikat pada sebarang tema spesifik, sebab kami cuma miming lagu raya. Video pertama, kami sepakat pilih lagu rancak ‘Pulang di Hari Raya’ dendangan Noor Kumalasari. Selesa dan seronok juga bermain-main dengan tempo rancak. Mood raya jadi ceria lain macamlah. Maka tahun berikutnya, kami sekali lagi putuskan untuk miming sebuah lagi lagu raya rancak, ‘Kurniaan di Hari Raya’ yang dipopularkan Kumpulan Feminin.



Oleh kerana video muzikal parodi yang dulu-dulu tu tak bertema, jadi tiada apa yang kami persiapkan pun. Kami cuma sarung baju raya sendiri-sendiri. Habis cerita. Janji bersolek cantik, berdandan mapan, hafal lirik lagu, ingat sikit-sikit step menari, nah, siap… jalan! 



Idea timbul apabila saya melayar YouTube untuk cari lagu-lagu raya evergreen. Klik punya klik, saya terserempak lagu ‘Selamat Hari Raya’ versi klasik dendangan Allahyarham Biduanita Negara, Saloma.

Saya teruja! Alangkah seronoknya kalau karya hebat itu dapat kami hidupkan semula. Mesti best! Imaginasi menjadi-jadi. Saya terus terbayang-bayang, kebaya potongan apa yang akan kami pakai nanti? Solekannya nak yang bagaimana? Rambut nak kena bergulung tinggi sampai mana? Kalau bersanggul, nak kena putar berapa tingkat? Hahaha. 


 



Menyolek dan mengerjakan warna pada wajah orang, memang kerja kami sehari-hari. Tapi cabarannya kali ini, kami perlu menyelami dan menjiwai watak solekan yang kami buat sendiri, pada wajah sendiri. Susah juga rupa-rupanya ya.



Saya terus kongsi lagu itu dengan kawan-kawan jurusolek. Lebih-lebih lagi pada Eva Shahrul yang selama ini bertindak sebagai Pengarah Video untuk video-video terdahulu. Eva biasa membuat kerja-kerja solekan untuk drama dan filem, jadi pengalamannya sangat-sangat membantu proses videografi kami. 



Kami tak rehearsal pun. Semua yang berlaku hari itu, memang spontan. Bila dah berkumpul beramai-ramai, idea pun datang mencurah-curah.



Kami semua berkawan baik. Kata orang, kalau cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Ukhuwah ini tak terbina sehari dua, atau sebulan dua. Kalau orang kata kami ni akrab macam adik-beradik pun kami setuju. Kami pakat-pakat kumpulkan wang RM100 seorang untuk biaya kos makan minum sepanjang shooting. Lepaslah juga wang untuk bayar pembantu videografi yang banyak menyelia proses penggambaran dan suntingan. Selebihnya, Studio SOL tanggung seadanya. Adalah sikit-sikit, takat yang mampu. Kurang lebih kami halalkan. Yang penting, semangat nak beraya, dan berparodi raya! Haha.   


Surya ingin ucapkan sesuatu kepada penonton Video Muzikal Parodi Raya “Malam Pesta Aidilfitri” Jurusolek Malaysia 2016?

Okey, saya dan SOL Studio ingin ambil kesempatan ini untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat jurusolek yang sudi luangkan masa untuk penggambaran muzikal parodi ini. Terima kasih banyak kerana kerjasama hebat, tak berkira langsung penat dan kudrat. Terima kasih juga kerana bersusah-payah sediakan segala macam props dan kelengkapan. Terima kasih yang tak terhingga kepada tuan director, Eva yang sepanjang hari bertungkus-lumus, tak jemu-jemu (dan tak serik-serik!) melayan kerenah kami. Begitu juga, penghargaan saya buat juruvideo. 



Semoga ukhuwah kita tak terhenti di sini. Izinkan saya akhiri Syawal ini dengan ucapan, “Hello gang, kita ada SETAHUN dari sekarang untuk brainstorm idea parodi raya 2017 tau! AWAS! Kikikiii…”


Video Muzikal Parodi Raya “Malam Pesta Aidilfitri” Jurusolek Malaysia 2016 telah dijayakan oleh: 

Pengarah: Eva Shahrul 
Videografi: @lgraphixworks Photographer & Retoucher 
Editor Video: Surya Zainul 
Pelakon: Barisan Jurusolek Profesional Malaysia; terdiri daripada Baby Elle, Emma Mustafa, Sheila Mohamad, Deqsha, Chika, Kelrina, Tiar Zainal, Ayangkamell, Mizse Majid, Vee Muhammad, Mango, Sha Tambee, Aida G, Mimie Romyza, Ann Karim, Surya Zainul dan Eva Shahrul. 
Lagu Asal: 'Selamat Hari Raya' (Saloma)
Produser: Surya Zainul 
Penaja Lokasi: SOL Studio

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.