Sep 21, 2016 - 305

“Sebelum Hasilkan Album Baru, SAYA FIKIRKAN PEMINAT DAHULU” — Ini Pengakuan Ikhlas Anuar Zain untuk Peminat Setianya

Dalam diam-diam ubi berisi, rupanya Anuar Zain ada perancangan lain iaitu sibuk membuat album terbaru sebagai hadiah kepada peminatnya.

 

Oleh:

 

Sumber:


PENANTIAN lima tahun berakhir, kini Anuar Zain kembali dengan sebuah karya istimewa khas buat peminat setianya. Setiap lagu di dalam album terbaru ini mempunyai keistimewaan dan ceritanya tersendiri.  

“Saya menghasilkan album ini khas buat peminat yang banyak menyokong karier seni saya. Malah proses menyiapkan album ini ada cabarannya, saya dan team (Anuar Zain Network Sdn Bhd) berusaha mengharunginya. Saya akui proses membuat lagu dengan elemen ‘mixing’ dan ‘mastering’ adalah satu proses yang merumitkan. Malah, penghasil album ini sangat teliti dari pelbagai sudut bagi memastikan album ini berjalan dengan lancar dan menghasilkan sebuah album yang berkualiti. Saya berharap kesemua lagu di dalam album ini sedap didengari oleh pendengar,” ujar Anuar Zain. 
 

 

Lagu ‘Meletop’ 

Pastinya lagu yang terdapat dalam album terbaru Anuar Zain ini menjadi hits seperti lagu ‘Andainya Takdir’ yang dipilih sebagai single pertama. Lagu ini dipilih kerana ia sesuai untuk dijadikan lagu pertama bagi penceritaan pendek yang membabitkan beberapa buah lagu dalam album ini. Malah, album ini masih mengekalkan label "Anuar Zain" sebagai judul album terbarunya, sama seperti album terdahulu.

“Saya tidak mahu meletakan judul album dengan nama lain kecuali ia menggunakan nama “Anuar Zain” sendiri. Saya menghasilkan album ini untuk memberi kepuasan kepada peminat yang mahu mendengar lagu saya,” ujar Anuar. 

 

 

Album ini mengandungi lapan buah lagu, empat daripadanya mendapat sentuhan daripada komposer Malaysia manakala selebihnya adalah sentuhan komposer Indonesia.

Malah, Anuar Zain turut menulis lirik sendiri menerusi lagu ‘Selamat Malam’ yang dimuatkan dalam album "Anuar Zain”. Selain itu, ada beberapa buah lagu di dalam album ini menggunakan khidmat orkestra dari Prague dan Budapest. 

 

Sumber:
 

Video Klip Menyentuh Hati

Selain itu, Anuar Zain turut menghadiahkan sebuah muzik video 'Andainya Takdir' khas buat peminatnya. Bukan sahaja menjadi seorang penerbit, malah Anuar Zain juga menyumbang idea asal bagi muzik video ‘Andainya Takdir’. Merealisasikan idea ini dalam bentuk visual sepenuhnya muzik video ini adalah, Amor Rizan.
Saksikan muzik video Andainya Takdir pada Jumaat, 23/9/2016 ini!


Tonton muzik video 'Andainya Takdir' <KLIK DI SINI>



Kepada semua peminat Anuar Zain, anda boleh miliki album ini pada Oktober dan juga boleh membeli dalam talian di www.lazada.com. Pre-oder album Anuar Zain akan dibuka mulai 23/9/2016 hingga 30/9/2016. 
 

 

 

Komen Peminat Mengenai Album terbaru Anuar Zain: 





 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    5 Sebab Mengapa Peminat Wanita di Malaysia ‘Jatuh Cinta’ dengan Afgan

  • Seterus →

    Pernah dianggap ‘KAMPUNG’, Selepas 15 Tahun Amelina Kembali Membalikkan Tanggapan Itu. Ini Jawapannya…