Dec 19, 2016 - 1730

5 Tips Ringkas Pelihara Kulit Kala Cuaca Sejuk dan Kering yang Perlu Anda Tahu

Peredaran cuaca membuatkan kulit anda tidak bermaya, kusam dan kering. Ayuh, lindungi kulit anda dengan tips-tips berguna ini.

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

1. LEBIH LEMBAPAN 

Pakai lembapan lebih daripada kebiasaannya. Cuaca kering mengenyah lembapan semula jadi kulit dengan lebih cepat. Jadi, carilah lembapan yang lebih ‘rich’ untuk kesan hidrasi mencukupi buat keperluan kulit. 

 

 

 

Kredit foto: First Aid Beauty, Sephora Holiday 2016

 

 

 

2. TABIR SURIA

Walau pada cuaca sejuk dan tidak terik, tidak bermakna kamu tidak perlu memakai tabir suria. Cuba sapukan broad-spectrum sunscreen sekitar wajah dan tangan, 30 minit sebelum keluar rumah. 

 

 

Kredit foto: Shiseido

 

 

 

3. LINDUNGI MATA 

Bahagian mata antara bahagian kulit yang paling terkesan jika dihidrasi. Rehatkan mata selama yang boleh. Tekapkan dengan uncang teh basah atau timun. Kemudian, sapukan krim mata. 

 

Kredit foto: www.ikahwin.my

 

 

<< 8 Petua Asli Paling Berkesan yang Pasti Buat Kulit Anda Kelihatan Cerah >> KLIK DI SINI

 

 

4. LINDUNGI TANGAN 

Tangan adalah bahagian yang mempunyai kulit paling tipis berbanding bahagian badan yang lain dan paling kurang kelenjar minyak. Amat sukar untuk mempertahankan lembapan tangan ketika cuaca kering dan sejuk. Jadi, selain mengoleskannya losen, pakailah sarung tangan kapas untuk melindunginya. 

 

Kredit foto: L'occitante, Sephora

 

 

 

5. MINUM BANYAK AIR PUTIH 

Hanya itu jalan terbaik untuk menggantikan lembapan di dalam dan luar badan. 

 

Kredit foto: 4.bp.blogspot.com

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Adakah Anda Tahu, Ketawa Beri Kecantikan dari Dalam? Ini 5 Sebabnya..

  • Seterus →

    30 Pesan Cantik Mak Andam yang Mesti Anda Ikut, No. 7 & 17 Tips Paling Mujarab