Dec 12, 2016 - 1779
Oleh: Afiza Kamrulzaman
Foto:
5 Sebab Ketawa Beri Kecantikan Dari Dalam
1. Banyak kajian tentang proses penuaan membuktikan bahawa ketawa menggalakkan peredaran darah ke kepala dan hati. Kitaran darah yang lancar sangat bagus untuk kesihatan total juga mencerna kecantikan dari dalam.
2. Ketawa tanpa sekatan memberikan kelegaan buat fizikalmu. Beberapa bahagian otot turut bersenam bersama ketika kamu ketawa termasuklah diafragma, otot abdomen dan bahu. Inilah aktiviti senaman yang paling ringkas dan mudah.
3. Peredaran darah ditingkatkan pada semua organ utama termasuklah otak! Apabila kesihatan organ utama dalam keadaan baik, ia jelas terpancar pada seri wajahmu.
4. Sesetengah laporan kajian, ketawa dapat mengurangkan kesakitan. Pakar perubatan juga menggunakan terapi ketawa di dalam rawatan kanser bersama penyakit kronik lainnya.
5. Apabila kita ketawa, tahap hormon stres dikurangkan dan tahap hormon sihat ditingkatkan. Sistem imunisasi dilancarkan dengan pembebasan endorphins, yakni ‘natural feel-good chemicals’.