Jan 27, 2017 - 1007

7 Helah Mudah Solekan Profesional yang Mesti Anda Pelajari, No. 3 daripada Jurusolek Gucci Westman

Amati cara solekanmu selama ini? Ada cacat-celanya? Nah, masanya menjadi pro! Perelok mana yang pincang.

 

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman

 

 

 

 

 

TIPS 1

Wajah Segar 

Untuk memiliki wajah yang kelihatan segar dan bebas cela, Pat McGrath menyarankan kamu menyeratakan bedak asas ke serata wajah. Kemudian, tekapkan tisu pada buah pipimu. Ia memudahkan kamu melayangkan pemerah pipi kelak. 

 

 

Kredit foto: Estee Lauder

 

 

 

 

Tips 2

Sapuan Sekat 

Ingatan jurusolek Nico Guilis, setiap kali menyapukan bedak asas, pastikan kemasan akhirnya sekata dan sempurna. Namun, berus bukanlah jawapan akhir. Malah, penggunaan jari juga mampu memberikan hasil yang baik.

 

Beliau sendiri menggunakan jari untuk meratakan bedak asas sebagai pelembap semula jadi, ia memberikan peluang untuk kamu menekannya terus pada bahagian memerlukan lebih litupan. Pesannya juga; elakkan menggunakan span untuk bedak asas berasaskan air. 

 

 

 

TIPS 3 

Ajnas Cara 

Tips Gucci Westman untuk menjadikan satu alat solek lebih multifungsi; setiap orang seharusnya mempunyai pewarna pipi fushia yang boleh menyerlahkan bibir dan pipi mereka.

 

Sama ada kamu berkulit cerah atau gelap, merah jambu adalah warna terbaik memancarkan seri wajah. Pilih creamy atau opaque pink lalu adunkannya dengan sedikit pelembap dan oleskan pada daerah pipi. 

 

 

Kredit foto: DIOR

 

 

 

 

TIPS 4

Bibir Berkilau 

Untuk bibir tiga dimensi dan berkilat tanpa kelihatan melekit, cuba tips Jurusolek Rasmi Oscars, Bruce Grayson ini; gunakan Q-tip yang sedikit lembap untuk menekap pigmen shimmer putih, kuning atau emas pada tengah bibir ke arah dalam untuk memberikan impak basah berkilauan tanpa perlu menggunakan pengilat bibir. 

 

 

Kredit foto: Bobbi Brown 

 

 

 

 

TIPS 5

Maskara 

Sekiranya kamu sudah memiliki bulu mata yang panjang lebat, tidak perlu solekan lain yang keterlaluan. Tumpukan pada sapuan maskara. Kata Jurusolek Selebriti, Kara Yoshimoto Bua, maskara yang sudah dipakai seharusnya digunakan dalam tempoh sebulan saja untuk hasil yang baik. Mulakan sapuan dengan menggoyangkan maskara dari akar bulu mata menuju ke luar dan atas. 

 

 

Kredit foto: Chanel 

 

 

 

 

 

TIPS 6 

Magis ‘Glitter’ 

Pada satu peringkat usia, glitter dianggap kurang sesuai untuk diaplikasikan. Saranan Diane Kendal, sepuhkan glitter di tengah kelopak mata, gunakan tekstur matte untuk sapuan sekitar mata yang lainnya. Impak kilauannya akan terlihat saat mengerdipkan mata. Elakkan kemilau pada tulang pipi dan sudut dalam mata. 

 

Kredit foto: Make Up For Ever

 

 

 

 

TIPS 7 

Aplikasi Tepat 

Untuk aplikasi bronzer yang tepat, Jurusolek Selebriti, Carmindy menyarankan agar bronzer disapukan pada pelipis, sepanjang sisi wajah dan di bawah tulang pipi dalam bentuk ‘C’. Jauhkan warna bronzer kamu pada tengah wajah. Bronzer yang terlalu banyak pada tengah wajah membuatkan wajah nampak tua. 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    6 Tips Solekan Mata Menggoda 2017 yang Mesti Anda Cuba Apabila Keluar Temu Janji

  • Seterus →

    Ketahui Tabiat Cantik Anda Menerusi Zodiak — Gemini 'Classy', Virgo Cerewet, Sagittarius Paling Malas?