Jan 17, 2017 - 1676
Oleh: Afiza Kamarulzaman
TIPS 1
Persiapkan asas sekeliling mata dengan sapuan penyamar cela di bawah mata untuk menyeragamkan tona kulit di sekitarnya. Sapukan primer pada dasar kelopak mata untuk mencantikkan warna pembayang mata nanti dan kesan yang tahan lama.
TIPS 2
Pilihlah warna pembayang mata yang pekat dan mewah untuk pertemuan malam bagi membundarkan lagi matamu itu. Sapukannya mengikut tiga tona warna cerah membawa ke warna lebih gelap atau aplikasi teknik solekan mata berkabut.
Kredit foto: www.dior.com
TIPS 3
Suntikkan seri riasan kelopak mata dengan tekstur shimmer berkilat pada akhir solekan pembayang mata. Sepuhkan di hujung sudut dalam mata dan separuh garis mata bawah. Ini akan memberikan suis bercahaya kepada matamu.
TIPS 4
Celak mata tidak boleh diabaikan. Pilih celak mata hitam berpena pekat dan lembut kala dileretkan. Alitan celak mata penting untuk menghidupkan bentuk mata dan memberikan efek mata lebih galak.
TIPS 5
Lebihkan gaya dramatik dengan pemakaian bulu mata palsu. Oh, sungguh ia sangat membantu memekarkan lagi bukaan matamu nanti! Jangan lupa, selepas memakai bulu mata palsu, sapukan maskara untuk mendakapkan antara bulu mata asli dan bulu mata palsu itu.
TIPS 6
Akhir sekali,jangan lupa ukirkan keningmu secantik mungkin kerana ia tiang seri wajah. Lukiskan dahulu garis luar bentuk kening. Kemudian penuhkan bahagian tengah kening bermula dari bahagian hujung luar. Sikatkan keseluruhan bentuk kening untuk efek lebih natural menghala ke luar. Hasilnya, kening bertambah cantik.