Jan 31, 2017 - 9038

Ketahui Tabiat Cantik Anda Menerusi Zodiak — Gemini 'Classy', Virgo Cerewet, Sagittarius Paling Malas?

Percaya atau tidak, rutin dan tabiat cantik seseorang juga dipengaruhi oleh zodiak. Jom kita siasat!

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

 

 

Capricorn 

Mementingkan jenama sesuatu produk kerana itu mereka tidak kisah untuk berbelanja lebih kepada produk berjenama mahal. Tambahan pula, kebanyakan warga Capricorn memiliki kulit sensitif. Rutin kecantikan mereka sangat praktikal dan tersusun. 

 

 

Aries 

Bijak menyolekkan bahagian wajah mereka yang menonjol. Utamakan kesempurnaan kening. Menghabiskan masa di hadapan cermin untuk memastikan penampilan menarik dan melangkah penuh yakin. 

 

 

Aquarius 

Suka dilihat sebagai pelopor sesuatu trend kerana keberanian mereka untuk bereksperimen dengan perkara baru. Rona-rona unik jadi pilihan. Solekan mereka punya warna tetapi masih rasional. 

 

 

 

Kredit foto: CLINIQUE Pop Matte Lip Colour 

 

 

 

Taurus 

Untuk membangkitkan gaya sensual, wanita Taurus sinonim mengaplikasikan rona warm earthy. Ia menyuntik elemen semula jadi dan keaslian wajah. Sifatnya yang setia menjadikan mereka selalunya kekal lama pada satu-satu jenama 

 

 

Pisces 

Memiliki gaya kecantikan Old Hollywood yang klasik. Juga gemarkan solekan bibir mungil dengan olesan warna terang. Bagi penjagaan kulit, mereka mementingkan pelembap untuk kelembutan kulit. 

 

 

Gemini

Sentiasa mahukan kebebasan untuk tampil menawan. Mereka tidak sukakan sesuatu yang statik, jauh sekali untuk tampil sama sepanjang masa. Mereka tidak akan kekal lama pada satu-satu jenama dan sukakan classy dan keanggunan. 

 

 

Kedit foto: Laura Mercier infusion de rose nourishing Collection

 

 

 

Cancer

Sukakan solekan yang bermain dengan light dan shine. Justeru, alat solek bertekstur shimmer menjadi pilihan. Mereka kurang gemar solekan yang terlalu garang. Sebaliknya sukakan solekan asas dewy fresh yang natural. 

 

 

Leo

Rambut! itulah aset utama bagi wanita Leo. Penjagaan dan penggayaan rambut berada pada tangga teratas dalam carta kecantikan mereka. mereka sanggup berhabis untuk membeli produk penjagaan rambut yang berkesan. 

 

 

Virgo

Mahukan yang terbaik dalam urusan kecantikannya. Dan amat cerewet mengenai bahan kandungan yang terdapat dalam sesuatu produk itu. mereka gemarkan produk yang dibuat daripada bahan semula jadi dan organik. mereka sanggup membuat produk kecantikan sendiri gunakan bahan di dapur. 

 

 

 

Kredit foto: Urban Decay Full Spectrum Eyeshadow Palette

 

 

 

Libra

Kecantikan adalah sebuah pakej lengkap dalam satu pembungkusan. mereka sangat sukakan apa saja yang terlihat cantik dan mementingkan keseimbangan penampilan. malah, solekan wajah juga perlu ada keharmonian dan seimbang agak tidak kelihatan canggung. 

 

 

Scorpio

Suka warna-warna gelap terutamanya untuk gincu mereka. zodiak mereka melambangkan mereka sebagai seorang yang misteri dan menggoda; rasional lagi kreatif. Pilihan produk mereka untuk sesuatu hari itu bergantung kepada siapa yang ingin mereka temui. Bukan kerana mahu mengujakan orang itu tetapi mahu menawannya. 

 

 

Sagittarius 

Bukan orang yang renyah. Segalanya harus pantas dan dalam keadaan sedia. Secalit salap bibir dan sapuan pelembap sudah memadai untuk mereka meninggalkan rumah. mereka jarang bersolek, namun dengan hanya sedikit calitan solekan sudah mampu mengubah mereka menjadi wow! 

 

 

Kredit foto: KERASTASE Discpline Curl Ideal 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    7 Helah Mudah Solekan Profesional yang Mesti Anda Pelajari, No. 3 daripada Jurusolek Gucci Westman

  • Seterus →

    10 Kesilapan Wanita Perlu Tahu Apabila Memakai Gincu. No. 8 Awas, Wanita! Jangan Sesekali Buat, Ya!