Mar 15, 2017 - 3620
Oleh: Afiza Kamarulzaman
Kredit foto: InTrend Malaysia
1. BIBIR
✔ Punchypouts! Bibir rona klasik merah tidak pernah padam dalam trend solekan saban tahun. Apa kata untuk tahun ini, cuba rona beri dan hot pink dalam tekstur pusam atau kilau, pastikan warnanya terang.
✘ Nude lips bukanlah tidak relevant etapi agak tidak hangat untuk tahun ini. Ia nampak dull dan buat kamu kelihatan tidak menyerlah. Lupakannya untuk seketika.
2. MATA
✔ Selain pembayang mata rona pastel dan pop untuk kelopak mata, musim ini apa kata kamu cuba pembayang mata glitters. Glitters sangat in untuk tahun ini.
✘ Pembayang mata bertekstur shimmer yang agak membosankan. Apatah lagi jika ia menampilkan warna-warna pucat.
3. BULU MATA
✔ Secantiknya dengan sapuan maskara berlapis-lapis atas dan bawah. Sekirannya mahu berbulu mata palsu cukuplah dengan ukuran yang tipis dan tepat pada bentuk mata.
✘ Bulu mata palsu yang melebihi garis mata asli. Ya, mungkin kamu mahu kelihatan seperti gadis Korea tetapi ia tidak sesuai untuk bentuk mata wanita Melayu yang rata-ratanya bulat dan bundar.
4. CELAK
✔ Smudgy eyeliner! Celak yang dialit tebal tadi kemudiannya diadun menebar lebih dari garis mata seakan-akan menjadi solekan smokey eyes. Atau cuba juga solekan mata lentik mata atas dan bawahnya dibiar polos.
✘ Garis mata hitam pekat yang dialit sepanjang garis bentuk mata atas dan bawah. Ia menampakkan air muka yang garang dan keras.
5. PEMERAH PIPI
✔ Keutamaan layangan pemerah pipi kini diberikan pada pelipis atau rahang wajah. Hanya cuitan warna pada buah pipi, tetapi lebihnya kepada menaikkan tulang pipi menerusi bronzer atau highlighter.
✘ Melayangkan pemerah pipi senada warna daripada buah pipi sehingga ke tepi wajah berdekatan telinga. Kamu hanya akan kelihatan seperti badut!
6. KULIT
✔ Kanvas wajah yang segar dengan kemasan primer dan bedak asas yang ringan menjadi pilihan serlahkan asas solekan. Berikan suntikan glow pada kulit untuk tampak wajah nampak berseri.
✘ Litupan bedak asas yang tebal dengan gemburan bedak berdebu pada lapisan atas kulit. Ia sungguh outdated!
7. PENGAPLIKASIAN
✔ Sama ada untuk menyapukan bedak asas, pembayang mata atau pemerah pipi, gunakanlah berus yang bersesuaian. Selain menjaga kebersihan, ia juga memberikan efek sapuan lebih sempurna dan terlihat profesionalisme kamu.
✘ Menggunakan jari! Selain bimbang dicemari bakteria, menggunakan jari juga membuatkan sapuan tidak konsisten dan menyukarkan sebaran formul pada setiap ruang kulit.
8. KENING
✔ Kening yang penuh,bushy dan statement- making harus kamu miliki tahun ini. Ala kening Brooke Shields! Tak perlu dipantis tipis atau diukir tepat, cukup yang asli dikemasi dengan berus.
✘ Kening tipis atau yang dibentuk bersegi tepat. Oh, sungguh hodoh! Apatah lagi, dilukis garis bersegi tepat dengan pensel hitam pekat.
9. ' SHADING / CONTOURING'
✔ Sembunyikan kekurangan wajah dengan penggelapan pada sisi wajah, tulang hidung, rahang dan tepi dahi. Adun sesempurna tanpa kesan berbelak.
✘ Shading keterlaluan dengan menampakkan garis berbelak yang nyata! Jangan tinggalkan garis tanpa diadun menggunakan berus bersesuaian.