Mar 06, 2017 - 159

Dari Ciptaan Tattoo ke Palet Alat Solek, Kat Von D Kini Guru Cantik yang diburu

Baru sahaja dibawa masuk ke Malaysia tahun lepas, jenama alat solek terkenal, KateVon D Beauty terus mendapat tempat di hati pengguna Malaysia. Malah, ia menjadi antara jualan terlaris di gedung Sephora.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

Kredit foto: Sephora

 

 

PENGARUHNYA terhadap dunia kosmetik sangat besar, malah bukan saja disanjung kerana dia pemilik jenama alat solek tersohor sekarang ini, tetapi personaliti diri juga menjadikannya idola ramai wanita. 

 

Kat Von D sangat dikenali sebagai pencipta cacah dan mogul mekap terulung dunia. Daya kreatif dan imaginasinya membuatkan dia begitu cinta dengan setiap cabang seni yang ada di sisinya.

 

Daripada penciptaan cacah, dia meluaskan imaginasi seninya ke penghasilan alat solek yang tidak hanya menyediakan seleksi warna mempesona dan formula terbaik, malah dilengkapi rekaan laker dan palet yang berperincian artistik. Ayuh, kenalinya dengan beberapa soalan santai.

 

 

 

 

Apa yang membuatkan anda jatuh cinta dengan kerjaya sebagai pencipta cacah dan pengusaha alat solek? 

Cacah memberi impak yang besar dan mampu mengubah hidup seseorang. Begitu halnya dengan dunia mekap. Saya tidak dapat lupakan pengalaman kali pertama mengenakan bulu mata palsu dan ia membuatkan saya berkata wow dan memberikan dimensi baru dalam kehidupan saya. Kedua-duanya bukan hanya satu seni malah refleksi personaliti seseorang itu. 

 

 

 

 

Apa istimewanya koleksi ini buat anda dan tiga produk paling anda gemari? 

Perincian produk ini cukup bermakna dan proses kreatifnya menjadikan rangkaian ini berbeza dengan produk lain di luar sana. Sukar untuk saya memilih tiga produk kegemaran kerana saya pakai kesemuanya tetapi jika didesak ya, saya pilih gincu merah, Tattoo Liner dan bedak asas

 

 

Bagaimana anda berasakan koleksi ini sungguh ‘awesome’ kepada wanita Malaysia? 

Bukan hanya kerana spektrum warnanya yang pelbagai untuk dicuba, tetapi juga formulasinya yang berkualiti tinggi dan tahan lama dipakai dengan cuaca di Malaysia yang sangat panas dan mudah buat kita berpeluh. 

 

 

 

 

Kami peminat mekap sangat teruja menerima kehadiran Kat Von D Beauty di Malaysia, bagaimana dengan anda? 

Tentunya, saya lebih lagi teruja! Sudah lama saya menunggu masa yang sesuai untuk hadir di sini membawakan Kat Von D Beauty kepada pengguna Malaysia. Saya bangga apabila mendapat tahu jenama kami menjadi jenama permintaan paling tinggi di Sephora dan berada di ranking pertama. Terima kasih Malaysia! 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.