Dec 28, 2016 - 641
Oleh: Afiza Kamarulzaman
10 Tips Pakai Hitam Pada Solekan yang Anda Boleh Cuba
TIPS 1
Kalau mengalit celak hitam tebal, pastikan kamu bikin dahulu dot di hujung dalam, tengah dalam luar mata. Kemudian sambungkan keseluruhan garisan untuk elak alitan tersasar.
TIPS 2
Solekan smokey eyes menggunakan pembayang hitam memberi roh edgy. Untuk suntikkan elemen lebih ‘hidup’, titipkan glitters pada tengah kelopak mata atau oleskan gloss untuk efek bersinar.
TIPS 3
Solekan smokey eyes hitam, secantiknya dipadankan dengan kening coklat cerah untuk seimbangkan tonanya agar tidak malap dari kening ke mata.
TIPS 4
Tidak salah untuk menggandingkan solekan mata hitam dengan bold lips seperti gincu merah cili atau hot pink. Ia sesuai untuk solekan malammu.
TIPS 5
Jika mahu membawakan solekan mata hitam di siang hari, elakkan bold lips, sebaliknya gandingkan dengan nude lips atau salap bibir sahaja.
TIPS 6
Untuk menaikkan lagi seri solekan menggunakan rona hitam pada mata, bagi kita yang berkanta mata gelap, bolehlah memakai kanta lekap rona kelabu cerah atau hazel. Ia memberikan kontra yang lebih memukau!
TIPS 7
Hitam pada bibir? Mengapa tidak? Caranya; sapukan dahulu bedak asas pada bibir. Lukiskan bentuk bibir menggunakan pensel bibir terlebih dahulu. Sapukan gincu hitam menggunakan berus bibir.
TIPS 8
Jika terdapat kesilapan saat mengaplikasikan rona hitam, jangan dipadam dengan tisu. Golekkan putik kapas pada bedak asas atau penyamar cela, kemudian leretkan lembut pada bahagian yang comot tadi.
TIPS 9
Apabila mengalitkan celak mata hitam pada garis mata bawah, anda boleh gunakan teknik smudge pada garis itu agar tidak kelihatan seleret semata-mata. Teknik ini juga bagus untuk elak air muka terlihat garang.
TIPS 10
Hitam untuk kening? Ermm, boleh cuba tetapi elakkan lukisan tepat pada hujung dalamnya. Pastikan ada nada pada sepanjang alitan kening itu, tona cerah ke gelap.
Produk Untuk Solekan Hitam Pilihan InTrend
Celak atau penggaris mata jenis cecair adalah produk WAJIB ADA untuk realisasikan solekan hitam, manakala item selebihnya boleh dianggap sebagai compliment solekan. Selamat mencuba!
COLLECTION Glam Crystals Dazzling Gel Liner
MARC JACOBS Feather Noir Mascara
CLE DE PEAU BEAUTE Concealer
MAKEUP FOR EVER Pro Sculpting Brow
ESTEE LAUDER Double Wear Nude Cushion Stick Radiant Makeup
KAT VON D Metal Crush Eye Shadow
BURBERRY Beauty Black Glitters