Dec 05, 2016 - 1101
Oleh:
LELAKI juga perlu menjaga keperluan 'kecantikan' dirinya. Jika pasangan anda selalu 'terlupa' untuk melakukannya, maka adalah menjadi tugas anda untuk selalu mengingatkan si dia. Kami ada beberapa tips mudah untuk pasangan anda praktikkan, hanya dengan minyak wangi kesukaannya. Cubalah!
TIPS HARUMAN BUAT LELAKI
TIPS 1 Apa Fungsi Kulit Kering dan Kulit Lembap Bila Memakai Minyak Wangi?
Sembur minyak wangi pada kulit yang lembap. Tahukah anda, kulit yang kering menyerap aroma lebih lambat dan membuatkannya tidak tahan lama. Jadi, anda disarankan supaya memakai losen terlebih dahulu.
TIPS 2 Di Mana Patut Lelaki Semburkan Minyak Wangi?
Jika wanita disarankan menyembur minyak wangi pada titik nadi kerana di situ terdapatnya aliran darah yang maksimum, lelaki pula digalakkan menyembur haruman di sekitar tengkuk dan dada.
TIPS 3 Minyak Wangi Jenis Apa yang Lelaki Mesti Beli?
Gaya hidup aktif memerlukan lelaki cenderung kepada aroma yang lebih kuat. Lelaki disarankan untuk memiliki sekurang-kurangnya TIGA JENIS haruman maskulin seperti formal (untuk ke tempat kerja atau di siang hari), ‘sporty’ (ketika melakukan aktiviti riadah) serta aroma seksi (untuk bersama si dia atau acara malam).
TIPS 4 Apakah Teknik yang Betul Bila Menyembur Minyak Wangi?
Bagi lelaki yang tidak mahu aroma yang keterlaluan pada tubuhnya, semburlah minyak wangimu pada jarak empat ke enam inci dari kawasan sasaran. Elakkan menyembur pada sesuatu kawasan itu dengan semburan yang lama/panjang.
TIPS 5 Panduan Haruman Untuk Lelaki Perokok dan Bermotosikal
Semburan minyak wangi untuk ‘menutupi’ bau badan lelaki, sebenarnya tidak memadai. Lebih-lebih lagi jika si lelaki itu kuat merokok atau menunggang motosikal setiap hari. Bau asap rokok serta bau asap kenderaan dari jalan raya mudah ‘melekat’ dan tertinggal pada pakaian yang dipakai, menghasilkan bau yang hapak jika lelaki tidak memakai jaket. Jadi, pastikan pasangan anda selalu memakai deodoran atau pakailah ia bersama ‘body mist’ supaya bau haruman yang telah dipakainya itu tidak kalah dengan bau hapak asap rokok.
HARUMAN BUAT PASANGAN ANDA
DAVID BECKHAM The Essence (50ml), RM189
AVON Infinite Seduction For Him EDT (50ml), RM69
JAMES BOND 007 SkyFall EDT (50ml), RM97; (75ml), RM147; (125ml), RM197
DAVIDOFF The Game EDT (40ml), RM170; (60ml), RM210; (100ml), RM280