Jun 08, 2017 - 12824
Sumber foto: Shutterstock.com
GUSAR menghadapi takdir penuaan, dan kerutan halus semakin beraja di wajah kalian? Tahukah anda, ia dapat dicegah atau sekurang-kurangnya dilambatkan?
Kembalikan kekuatan otot, kecantikan kulit, tingkatkan ketebalan tulang, serta tebalkan kulit yang makin menipis. Jom kita cuba teknik ini, pasti anda tampil 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar.
INI KAEDAH TERBAIK MENCEGAH KEDUT YANG ANDA PERLU TAHU
Bibir:
Bibir dan sekitarnya amat terdedah terhadap munculnya kedutan, terutama bagi si perokok. Perokok sering kali menekan atau mengerut bibir semasa menarik dan menghembus asap, di sinilah ia terarah kepada munculnya garis-garis kedutan pada permukaan bibir anda.
Cara Terbaik Mencegahnya:
Hindari tabiat merokok. Gunakan produk tabir suria dengan SPF15. Selain itu, anda boleh menggunakan krim khusus untuk sekitar bibir agar dapat menambah lembapan dan menutup kedutan sedia ada.
Mata:
Kulit di sekitar mata lebih nipis dibandingkan bahagian kulit yang lain. Oleh yang demikian kulit di bahagian mata lebih cepat menghadapi proses penuaan ini. Kedutan terbentuk setiap kali kita ketawa, menangis, atau mengecilkan mata akibat silau.
Cara Terbaik Mencegahnya:
Dengan penggunaan krim mata pada setiap pagi dan sebelum tidur di samping mengenakan kaca mata hitam untuk menahan sinar matahari yang bakal merosakkan mata anda. Kedutan tersebut dapat anda atasi.
Sumber foto: Shutterstock.com
Tangan:
Kulit yang nipis boleh menyebabkan tanda-tanda penuaan muncul terlebih dahulu sebelum pada wajah. Sinar matahari yang mempercepat proses penuaan di tangan.
Cara Terbaik Mencegahnya:
Kerap menggunakan krim atau losen tangan yang mengandung SPF15 atau lebih. Digalakkan lagi sekiranya krim tersebut mempunyai vitamin E kerana ia akan menyerap radikal bebas yang merosakkan kulit anda.
Leher:
Otot mengendur akibat kurangnya senaman dan aktiviti olahraga. Senaman dapat mengencang otot muka dan tubuh, terutamanya bahagian leher.
Cara Terbaik Mencegahnya:
Anda dinasihatkan menggunakan krim anti-wrinkle (antikedutan) yang digunakan untuk wajah. Gunakan kedua-dua tangan dengan arah ke atas, saat mengoleskannya. Kulit leher lebih sensitif daripada kulit wajah. Elakkan pemakaian krim mengandungi AHA (alpha-hydroxy acid).
7 TIPS INI AMAT BERGUNA UNTUK MENGATASI KEDUT
Anda ingin kekal muda walau angka umur sudah bertambah? Ini tips mudah yang anda kena cuba:
TIPS 1
Elakkan mencuci muka dengan sabun yang mengandungi bahan kimia kerana ia dapat mengurangi lembapan kulit pada wajah anda.
TIPS 2
Buang tabiat merokok! Kandungan nikotin pada rokok menyebabkan munculnya kedutan mata permukaan wajah, terutama pada hujung mata dan bibir.
TIPS 3
Hindari kenaikan atau penurunan tubuh yang terlalu drastik kerana ia akan terarah kepada kedutan di bahagian paha dan betis.
TIPS 4
Amalkan senaman yang teratur, terutama yang bersifat menenangkan seperti yoga.
TIPS 5
Kenakan kaca mata hitam sebagai pelindung kulit sekitar mata. Pilih kaca mata yang mampu bertindak balas dengan lensa yang lebar.
TIPS 6
Perbanyakkan meminum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas air suam setiap hari.
TIPS 7
Memakan buah-buahan atau sayuran segar atau vitamin khusus dengan bahan antipengoksidaan.