Feb 22, 2017 - 2002
Oleh: Afiza Kamarulzaman
APA yang terjadi apabila empat watak srikandi — Mulan, Elsa, Pocahontas dan Snow White yang popular dalam filem-filem animasi dunia, dikumpulkan untuk menjadi model sebuah majalah fesyen dan kecantikan? Editor Kecantikan InTrend telah mencuba formula ini dan ternyata hasilnya tidak menghampakan!
EPIK 1
Apabila Srikandi Mulan Menjadi Model Kosmetik...
TIPS TONJOLKAN SOLEKAN MATA DENGAN APLIKASI CELAK
Ramai wanita mengakui, mereka kurang pandai menggunakan celak jenis pensel, apatah lagi jenis cecair. Mengatasinya, anda boleh lukis garis putus-putus mengikut lengkuk atau garisan linear yang anda mahu. Kemudian, barulah anda sambung garisan yang terputus-putus itu.
EPIK 2
Apabila Elsa Frozen Berhenti Membekukan Dunia dan Menjadi Model InTrend...
TIPS ADUN SOLEKAN YANG 'COOL' DAN 'ICY'
Anda boleh menggabungkan dua tona iaitu rona hijau dan dan biru supaya warnanya lebih dinamik. Lebih cantik jika menggunakan pembayang mata dengan pigmen berkilau-kilauan.
EPIK 3
Pocahontas, Anak Powhatan, Ketua Puak Algonquian Indian yang Lincah dan Bijak
TIPS KONTURKAN BENTUK MUKA SUPAYA TAMPAK LEBIH 'SHARP'
Kebanyakan jurusolek profesional menyapukan dulu shading powder atau bronzer rona gelap pada kulit asli, kemudian barulah mereka mengaplikasi bedak asas. Paling bagus, adunlah kedua-duanya supaya tampak bersebati. Gunakan berus muka bulat supaya kesannya lebih lembut, asli dan gembur pada wajah.
EPIK 4
Kisah Snow White dan Sebiji Epal Beracun yang Telah Menidurkannya
TIPS CIPTA SOLEKAN INI
Supaya seulas bibir anda kelihatan lebih merah bernyala, sapukan pensel bibir rona merah terang sebelum anda mula bergincu.