Dec 02, 2016 - 1948

20 Istilah Haruman yang Anda Mesti Ambil Tahu, Sebahagiannya Pelik-pelik. Bacalah! Ini Ilmu Cantik

Cuba belek botol haruman anda di meja solek. Tahukah anda cara menyebut ramuan yang tercetak pada kotaknya? Apa pula maksudnya?

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

Sumber foto: Avon 

 

WANGIAN adalah item kecantikan yang mesti ada di atas meja solekan anda. Adakah anda tahu bahawa setiap haruman ini mempunyai istilah yang tertera di sebalik kelalanganya. Apakah maksud sebenarnya? 

 

1. Absolute Atau esen haruman. Material aromatik terkuat yang diekstrak daripada bunga atau tumbuhan. 

2. Accord Campuran dua atau lebih wangian untuk menghasilkan bau baru yang lebih lengkap dan berlainan. 

3. Aldehydes Komponen organik yang dihasilkan menerusi material semula jadi. Boleh juga diperolehi secara sintesis. 

4. Aqueous Merujuk kepada haruman yang berkonsepkan aroma ‘air’. 

5. Attar Apa sahaja minyak pati haruman yang disuling daripada bunga. 

6. Base Notes Atau nota asas, iaitu fasa ketiga atau terakhir dalam penyejatan minyak wangi atau haruman yang tertinggal pada kulit. 

 

TORY BURCH Eau de Parfum

 

7. Balsamic Nota mewah, manis dan hangat yang dihasilkan menggunakan balsam dan damar. Ia dikategorikan sebagai haruman oriental. 

8. Bouquet Campuran lebih daripada satu nota bunga-bungaan. 

9. Camphoraceous Karakter yang segar, bersih dan dingin yang terbina daripada kayu putih dan turut dihuraikan oleh rosemary dan nota herbal lainnya. 

10. Chypre Disebut sebagai ‘sheepra’ atau dalam bahasa Perancis, Cyprus. Dikaitkan dengan bau woodsy, mossy dan earthy. 

11.Citrus Nota haruman yang segar dan masam daripada lemon, oren, limau gedang dan bergamot

12. Eau de Cologne Larutan yang mengandungi kira-kira tiga peratus komponen dalam alkohol/water base. Lebih ringan berbanding minyak wangi. 

 

VICTORIA SECRET Victoria EDP

 

13. Eau de Parfum Larutan minyak wangi alkoholik yang mengandungi 10-15 peratus komponen pewangi. 

14. Eau de Toilette Larutan minyak wangi berasaskan air/alkohol yang mengandungi tiga ke lapan peratus komponen pewangi. 

15. Essential Oil Minyak pati yang mempunyai kepekatan wangian yang tinggi daripada tumbuhan yang diperolehi menerusi kaedah penyulingan. 

16. Extrait Ekstrak atau nama lainnya pewangi alkoholik yang mengandungi 15-45 peratus komponen minyak wangi di dalam alkohol. 

17. Perfume (Extrait) Haruman berkepekatan paling tinggi dan tahan lama, mengandungi 20-50 peratus komponen haruman. 

 

ESCADA Born In Paradise EDT

 

18. Top Note Nota atas yang pertama akan dibau sebaik minyak wangi disemburkan pada kulit. Biasanya, ia bahan yang paling mudah berubah. 

19. Spicy  Salah satu jenis nota haruman yang pedas dan hangat seperti minyak cengkih, kayu manis dan thyme. 

20. Woody Bau kayu-kayan kering yang segar, menjadi salah satu bahan utama untuk menghasilkan wangian. 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    [EKSKLUSIF] M.A.C Bakal Lancarkan Koleksi Bangin’ Brilliant Pada Jun Ini!

  • Seterus →

    TIPS Memakai Haruman Untuk Lelaki, Paling Berguna Jika Pasangan Anda Seorang Perokok