Jan 26, 2017 - 1366

EKSKLUSIF! Ragam-ragam Menarik dari Bilik Solek InTrend yang Anda Tidak Pernah Lihat

Suasana gila-gila dan ‘fun’ menghidupkan bilik solek InTrend dari pagi membawa ke senja. Hasilnya tetap luar biasa!

 

Warna ‘Popsical’ di Wajah

 

 

 

 

 

 

TIPS PAKAR SOLEK

Lupakan rosy cheek. Sebaliknya sapu lembut warna pastel seperti hijau, ungu, kuning dan biru pada bawah tulang pipi agar nampak segar dan ceria. Adun merah jambu sampai hujung sisi pipi mengenai kening bagi menyuntik aura feminin. Untuk imbangi solekan popsical pada pipi, diamkan solekan mata dan bibir dengan warna polos. Tingkatkan dinamik pada rias kuku dengan biru laut pusam.

 

 

 

 

 

Gaya ‘Edgy’ dengan ‘Double Impact’

 

 

 

 

 

‘TRICK’ SOLEKAN YANG ANDA BOLEH CUBA

Double impact memberikan kesan dinamik pada solekan. Namun, kamu harus pandai memadan warna agar tidak sarat. Bibir jingga berkilau gabungan high cheek coral serta celak hitam tebal membentuk boyish brow mencipta trend solekan edgy musim ini.

 

 

 

 

Interpretasi Moden dengan Warna Hangat

 

 

 

 

 

 

TIPS TEKNIK SOLEKAN ‘PATCHY’ 

Interpretasi moden buat watak feminin diangkat dengan limpahan warna hangat seperti fuschia, kuning dan jingga berunsur krim pada kelopak mata. Teknik patchy diadaptasi dari pentas peragaan untuk satu seni kreatif dalam solekan. Tumpuan warna pada mata mendominasi solekan, lalu kerana itu solekan wajah perlu polos. Rona ungu pusam pada jemari meningkatkan kontras pada solekan.

 

 

 

 

Bibir Mungil dipercik Pesona ‘Candy’

 

 

 

 

 

PESAN JURUSOLEK, TONJOLKAN BIBIR ANDA, JANGAN TAKUT!

Memasang bibir girang dengan kroma gula-gula membawa kelainan buat penggemar fesyen. Jauhi teknik perfect blending. Lukis bentuk bibir terlebih dahulu. Kemudian penuhi ulas bibirmu dengan lima rona berbeza seperti merah jambu, merah, mocha, nude dan putih.

 

 

 

 

TEKS & PENYELARAS Shafezah Abdul Wahab

FOTOGRAFI Wan Izhar Abu Bakar

SOLEKAN Khir Khalid

JURURIAS KUKU & DANDANAN Bong

MODEL Kateryna Models

DIGITAL IMEJ Wan Izhar & Norbaiti

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Lihat! Apa yang Telah Gadis Ini Lakukan Sehingga Dia Transform Seperti Wajah Supermodel?

  • Seterus →

    Kenapa Tak Boleh Cuci Rambut Dengan Air Hangat? 15 Tips Ini Jawab Kemusykilan Cantik Anda