Jan 12, 2017 - 2148

Lihat! Apa yang Telah Gadis Ini Lakukan Sehingga Dia Transform Seperti Wajah Supermodel?

Cuma dengan bedak asas yang betul, sedikit lentikan celak dan warna gincu yang menonjol, gadis ini berubah va-va-voom!

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

Wajah Asal Sebelum disolek 

 

 

 

Wajah Selepas disolek Dengan Teknik yang Betul 

 

 

5 TEKNIK CIPTA WAJAH SEGAR JANUARI 2017!

Apakah anda sudah bosan dengan kanvas wajah tahun lalu? Nah, serlahkan gaya lebih elegan, sesuai kematangan usia tahun baru. Kami tunjukkan langkah demi langkah yang mudah di sini. Jom cuba! 

 

 

LANGKAH 1

Selepas menyapukan bedak asas, mula melukis kontur wajah anda dengan shading pada sisi wajah dan tulang hidung.

 

 

 

LANGKAH 2

Selepas melukis kening, anda perlu sapukan pembayang mata rona coklat kemerahan pada segenap kelopak mata anda.

 

 

 

LANGKAH 3

Cuba solekan mata ekor lentik. Caranya, leretkan celak tekstur krim hitam pada garis mata atas lalu melentik ke hujung.

 

 

 

LANGKAH 4

Layangkan pemerah pipi rona jingga kecoklatan pada sisi buah pipi dengan tekstur yang sedikit berkilau.

 

 

 

LANGKAH 5

Pilih gincu rona pirau (ungu gelap) tanpa gloss untuk gaya wajah lebih yakin dan terpancar aura elegan. 

 

 

 

 

DAN INI 3 PRODUK YANG ANDA PERLU CUBA

 

 

MAKE UP FOREVER Pro-Sculpting Palette 

 

 

 

 

M.A.C Retro Matte Liquid Lip Colour

 

 

 

 

MAYBELLINE Eyestudio Gel Eyeliner

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.