Jul 27, 2017 - 20538

20 Tips Penjagaan Kulit Kepala dan Rambut Khas buat Wanita Berhijab — No. 12 Anda Mesti Lakukan!

Wanita berhijab, jangan abaikan penjagaan kulit kepala dan rambut. Malah, kamu seharusnya menggandakan penjagaan itu berbanding yang tidak berhijab.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

 

 

1. Lakukan cucian rambut secara berkala. Selang sehari antara yang disarankan atau sebaik kamu terasa kulit kepala terlalu berminyak. Sambil mencuci, urut dan gosok kulit kepala untuk beberapa ketika.

 

2. Pilihlah syampu dan perapi yang betul dan tepat untuk jenis rambut kamu. Minta nasihat pakar rambut seperti di salun di mana mereka boleh melakukan ujian ke atas kulit kepala kamu untuk mencari penjagaan paling sesuai.

 

3. Elakkan mencuci menggunakan air hangat kerana ia menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Bilasan air sejuk lebih wajar untuk melembutkan kutikel rambut.

 

 

 

 

 

 

4. Adalah menjadi satu kesalahan besar jika memakai tudung ketika rambut masih basah. Pastikan rambut benar-benar kering sebelum mengenakan tudung. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan kelemumur dan hujungnya bercabang. Malah kulit kepala yang tidak kering menyebabkannya berminyak.

 

5. Selepas membuka tudung dan mahu mencuci rambut, sikat dahulu rambutmu dengan sikat bergigi lebar. Ia adalah langkah yang bagus untuk elak rambut gugur begitu banyak saat mandi.

 

6. Sebaik pulang ke rumah, jangan terus mencucinya. Buka tudung dan lepaskan rambut. Biarkan dahulu peluh pada liang kulit kepala kering sebelum dicuci.

 

 

 

 

7. Pilih anak tudung yang diperbuat daripada gentian semula jadi seperti kain kapas. Dan elakkan anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala.

 

8. Elakkan mengulang pakai anak tudung yang sama tanpa dicuci. Jagalah kebersihan rambut dengan menjaga juga kebersihan anak tudung dan tudung yang disarungkan saban hari.

 

9. Walaupun terdapat begitu banyak fesyen bertudung berlapis-lapis, namun sebaiknya pilihlah gaya tudung yang tidak begitu tebal lapisannya. Ini bagi membolehkan kulit kepala ruang benafas dan mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan minyak.

 

10. Untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat, diet yang baik juga sangat penting. Penjagaan dalaman! Ambillah makanan tambahan seperti biotin, silica, Vitamin B, C dan E, besi dan Omega-3.

 

 

 

 

11. Sepanjang memakai tudung, biasanya rambut diikat ketat. Justeru, apabila berada di rumah, lepaskannya selama yang boleh. Rambut yang kerap diikat menjadikannya mudah gugur dan mengubah tekstur halusnya.

 

12. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat. Longgarkan ikatan getah rambut agar rambut mampu ‘bernafas’.

 

13. Sebulan sekali, lakukan trim di hujung rambut untuk membuang bahagian yang bercabang atau merekah.

 

14. Gunakan pewangi rambut untuk disembur ke serata rambut sebelum dan selepas memakai tudung sekirangnya ada bau yang kurang enak.

 

 

 

 

 

15. Walaupun bertudung, masih ada keperluan untuk kamu mengaplikasi penggunaan serum atau pelembap rambut. Namun, sebaiknya oleskan beberapa jam sebelum memakai tudung atau pakai sahaja pada waktu malam sebelum tidur.

 

16. Dalam masa bertudung itu, jika ada peluang menanggalkannya (seperti di surau atau ketika ke tandas), bolehlah dilakukan urut ringan ke kepala untuk memberi kelegaan dan rasa relaks.

 

17. Sebulan sekali kunjungi salun rambut untuk mendapatkan rawatan rambut dan kulit kepala. Mengurut kulit kepala membantu melancarkan aliran darah agar rambut dapat tumbuh dengan sihat dan mengurangkan stres setelah seharian dipekup.

 

 

 

 

 

18. Tahukah kamu, memilih tudung yang berwarna lembut mampu memberikan kesan sejuk kepada kulit kepala, seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut? Jadi, elakkanlah memakai tudung berwarna gelap ya!

 

19. Seperti juga kulit wajah, kulit kepala memerlukan sentalan atau eksfoliasi untuk menyingkirkan sel kulit mati. InTrend menyarankan kamu mencampurkan beberapa camca gula bersama syampu kamu dan gosokkan ke kulit kepala. Awas, jangan gosok menggunakan kuku, sebaliknya gunakan hujung cari untuk menyental kulit kepala secara lembut. Lakukannya seminggu sekali.

 

20. Selepas bersyampu, jangan culas memakai perapi rambut. Sapukan perapi hanya pada bahagian helaian rambut. Jangan terkena pada kulit kepala untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Jurusolek Dedahkan Rahsia Solekan PRIYANKA CHOPRA yang Buat Anda Terkejut Melihatnya!

  • Seterus →

    12 ‘Trick’ Cantik HOT MOMMY Hollywood yang Mesti Anda Cuba — Beyonce & Gwen Stefani Selalu Amalakan Helah Ini!