Mar 11, 2017 - 9532

Bibir Merekah dan Hitam — Atasinya Cuma Dengan Telur dan Uncang Teh. Tak Percaya? Baca Ini!

Lupakan seketika pengilat bibir atau gincu untuk menyerlahkan kecantikan bibirmu. Ada seleksi petua asli yang terbukti keberkesanannya hingga kini.

 

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

Kredit foto: Getty Images 

 

 

 

“JIKA yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir,” dan “Bertanam tebu di bibir,” adalah antara perumpamaan dan pepatah lama menggambarkan tutur manis yang terluah dari bibir. Malah, apabila berkomunikasi pasti bahagian bibir menjadi titik tumpu untuk melihat dan mendengar kata-kata yang diungkap.

 

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee juga memberi signifikasi kecantikan wanita dalam judul lagu Azizah seperti “Senyumanmu yang manis, gigi kamu yang putih...” yang terlihat dari bibir nan manis dan menawan. Oh, hati siapa yang tidak tergoda melihat bibir nan merah menguntum senyum lantas membangkitkan aura sang pemiliknya terlihat lebih manis, bukan?

 

Namun, sayangnya dalam meniti arus pecutan hidup dan kerancakan teknologi bersilih ganti, tidak ramai mengetahui ada rangkuman petua tradisi yang boleh memelihara kecantikan bibir. Istimewa Puri Petua Asli edisi ini, kami bongkar rahsia kecantikan bibir secara semula jadi yang mudah dan masih praktikal untuk diamalkan. 

 

 

 

Kredit foto: Arkib InTrend Malaysia

 

 

 

FAKTOR BIBIR KELIHATAN HITAM 

 

Hormon Estrogen dan Proses Regenerasi

Seperti perihal kulit, keindahan bibir juga dipengaruhi oleh hormon estrogen, yakni hormon yang dapat membantu proses penggantian kulit (regenerasi). Apabila usia semakin bertambah, kadar estrogen menurun sehingga melemahkan proses regenerasi.

 

Tanpa proses regenerasi, maka kulit tidak berupaya melindungi dan melembap hingga beransur- ansur mengerut dan mengendur. Pada saat itulah bibir kelihatan kering dan hitam. 

 

 

 

 

Tabiat Merokok 

Kebiasaan merokok juga menjadi punca bibir kelihatan hitam. Perubahan ini berlaku kerana ketika menghisap rokok, asap dan panas rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya mengenai bibir sehingga sel-sel darah merah yang mati tadi akan mengeluarkan pigmen, lalu tertimbun di bibir. Hasilnya, lapisan luar bibir mulai hitam.

 

Selain itu setiap hasil pembakaran pada hujung rokok akan menimbulkan karbon yang juga akan menambah pekat warna bibir. Bukan sekadar bibir yang mengalami transisi warna, malah gigi juga beransur kekuningan akibat tabiat merokok yang berterusan. 

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

Pemilihan Gincu yang Salah

Kulit bibir tidak memiliki melanin yang melindungi kulit. Hal ini kerana bibir dilapisi kulit tipis dan di dalamnya terdapat membran selaput lendir. Oleh kerana itu, kulit bibir amat sensitif dan apabila dilapisi dengan bahan asing yang tidak sesuai ia membuatkan warna bibir menjadi gelap.

 

Contohnya penggunaan gincu yang tidak sesuai dengan kulit dan jika digunakan dalam waktu yang lama boleh menyebabkan bibir lama-kelamaan menjadi kehitaman. Cara pantas mencegahnya adalah dengan membersihkan bibir selepas menggunakan gincu dengan pembersih khusus.

 

Ia bertujuan membersihkan bibir daripada sisa-sisa gincu yang tertinggal kerana ia boleh menyebabkan bibir kelihatan hitam. Selain itu, penggunaan salap bibir dapat membantu memerahkan bibir serta melembapkan bibir dalam masa sama. 

 

 

 

 

Kredit foto: Getty Images 

 

 

MERAWAT BIBIR YANG HITAM 

Berikut adalah ritual alami untuk memulihkan pelbagai masalah bibir. Cubalah seleksi petua berikut:

  • Sapukan madu pada bibir selama lebih kurang 15 minit lalu bilas dengan air bersih.

 

  • Sapukan ubat gigi pada bibir tiga minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, dalam masa sama ubat gigi juga boleh menanggalkan kesan gincu pada bibir kamu. 

 

 

 

MERAHKAN BIBIR 

Selain madu asli, kamu juga boleh menyapukan mentega atau marjerin pada bibir sebelum tidur. Amalkan petua ini setiap hari, insya-Allah bibir kamu kelihatan merah semula jadi. 

 

 

 

MENGHILANGKAN LEBAM PADA BIBIR 

Untuk menghilangkan atau mengurangkan kesan lebam bibir, cuba petua ini. Ambil halia dan tumbuk sampai lumat sehingga halia mula mengeluarkan air. Amalkan menyapu pada bibir setiap malam  sebelum tidur dan biarkan ia kering secara semula jadi. 

 

 

 

Kredit foto: Getty Images 

 

 

LEMBAPKAN BIBIR 

Rendam satu uncang teh dalam cawan. Kemudian, angkat uncang  teh dan biarkan sejuk seketika. Tempelkan uncang teh tersebut pada  bibir selama lima minit. Selepas itu angkat dan biarkan selama 10 minit lalu  bersihkan bibir dengan air. Amalkan dua hari sekali, insya-Allah bibir kamu menjadi lebih lembab dan halus. 

 

 

 

ATASI MASALAH BIBIR KERING DAN PECAH

 

  • Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa. Kemudian, minum air campuran ini beberapa kali. Insya-Allah lama- kelamaan kesan bibir pecah beransur hilang. 

 

  • Lazimnya bibir akan pecah dan kering apabila cuaca terlalu panas. Untuk mengatasi masalah ini, campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata dan amalkannya untuk mengelakkan bibir kering dan pecah. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Kacang Soya, Telur Kuning, Kacang Hijau dan Tepung Ubi Boleh Mencerahkan Kulit Putih Semula Jadi

  • Seterus →

    Resepi Sihat (dan Lazat!) Hanis Zalikha Mengenyangkan Baby Yusuf yang Wajar Anda Contohi