Oct 07, 2014 - 9

Senaman Untuk Anjalkan Wanita

Membentuk payudara lebih anjal sekali gus memastikan kelangsungan hubungan intim antara suami isteri.

rgff4w3.jpg

Senaman ringkas jika dilakukan secara konsisten dapat membantu kamu memiliki bentuk tubuh yang diingini. Atau lebih tepat lagi, ia mampu mencantikkan pinggul, membentuk payudara lebih anjal sekali gus memastikan kelangsungan hubungan intim antara suami isteri. Berikut adalah antara tips dan senaman ringkas untuk kamu aplikasi.

Mengetatkan Faraj
Caranya: Duduk di atas kedua-dua tumit kaki. Tegakkan badan dan tangan kanan hendaklah ke belakang untuk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemudian cuba kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas. Lakukannya selama lima saat lalu hembuskan nafas dan kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini tiga kali seminggu. Senaman ini membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan.

Mencantikkan Pinggul
Lunges – Jarakkan kaki selari antara satu sama lain. Buka langkah besar dengan kaki kanan di depan dan kaki kiri di belakang. Turunkan tubuh perlahan-lahan sambil membengkokkan lutut. Jaga lutut selaras ke depan lalu kembali ke posisi pertama. Ulangi langkah yang sama berulang kali.

Tegangkan Payudara
Lakukan di hadapan cermin dengan meletakkan tapak tangan menghadap satu sama lain di hadapan dada. Pastikan siku keluar dan tekan tapak tangan kamu bersama- sama. Ulangi langkah ini sebanyak 20 kali.

Hadapkan tubuh pada dinding dan sandar dengan tangan selari bahu. Tekan dinding dalam lima saat. Berjabat tangan dan ulangi senaman ini 15 kali.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: