Apr 30, 2018 - 1138

“Saya Minum Teh Hijau atau Teh Hitam” — Ini Rahsia Kekal Langsing ADELINE TSEN, Baca Ini

Dia antara selebriti bukan Melayu yang disenangi ramai. Selain bakat yang dimiliki, Adeline juga seorang yang mudah didekati dan fasih pula berbahasa Melayu.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

 

 

BERKESEMPATAN mengenalinya dengan lebih dekat ketika sama- sama ke Sepanyol untuk acara Kiehl’s membuka banyak rahsianya yang tidak diketahui umum. Orangnya sangat sederhana dan sentiasa bercakap yang baik-baik.

 

Boleh saya katakan Adeline Tsen antara wanita yang cantik dalam, cantik luarannya. Seronok berbual dengannya terutama bab kecantikan diri. Dia antara yang banyak mendapat tajaan penjagan diri seperti rawatan rambut, penjagaan kulit dan sebagainya.

 

Katanya, untuk diberi tawaran sebegitu, kita harus bersikap lebih terbuka, jangan terlalu berkira dan jujurlah dengan setiap apa yang kita paparkan. Selain sibuk dengan penggambaran di lokasi, Adeline juga bakal muncul dengan kempen produk penjagaan muka yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

 

Melihatkan rutinnya di akaun Instagram, Adeline seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan rutin senaman yang konsisten. Ayuh, kita korek apa lagi rahsia tampil cantik, sihat dan energetik sepertinya.

 

Kenapa saya kata energetik? Tempoh hari sebaik tiba di KLIA selepas penerbangan dari Barcelona, dia terus ke tandas menyalin baju dan katanya akan pecut ke Shah Alam untuk shooting terakhir. Geleng kepala saya, sedangkan yang lain terus mahu pulang ke rumah untuk sambung tidur.

 

 

 

 

 

 

Adeline nampak bersungguh ke gimnasium kebelakangan ini, ada apa-apa ‘target’?

Betul, saya memang aktif di gimnasium sejak akhir-akhir ini kerana saya semakin sedar bahawa semakin bertambah usia, tubuh kita perlu lebih dijaga. Saya mahu kelihatan cergas, fit, sihat dan muda pada masa yang sama.

 

Saya tidak mahu usia menjadikan saya letih, lesu dan tua. Lagi pula, saya akan muncul dengan filem baru dan kempen iklan, justeru saya harus tampil solid dan fit untuk gambar dan video nanti. Ia penting bukan sekadar memiliki tubuh yang cantik tetapi juga fit.

 

 

 

 

 

 

Apa rutin harian sebaik bangun tidur?

Tentunya tengok handphone, hahaha... Kemudian, mandi dan bersarapan dengan teh hijau atau teh hitam bersama pisang. Saya akan melakukan cardio workout untuk 30 minit atau satu jam.

 

Kadang-kadang, saya akan bersenam dahulu sebelum sarapan kerana ia lebih pantas membakar lemak ketika perut kosong.

 

 

 

Adeline punya kulit wajah yang cantik, bagaimana menjaganya?

Sama seperti orang lain juga, setiap hari saya akan mencuci muka pada waktu pagi dan malam. Kemudian, sapu serum untuk nutrisi tambahan buat kulit.

 

Saya menggunakan set penjagaan kulit Kiehl’s kerana setiap kali saya mencuba produknya, semuanya bertindak baik dengan kulit saya. Mungkin juga kulit saya jenis yang tidak bermasalah.

 

 

 

 

 

 

Solekan bagaimana menjadi kesukaan Adeline?

Saya sukakan solekan yang natural. Light nude dan tidak terlalu tebal. Sebolehnya, asas wajah biar natural agar dapat menyerlahkan kulit asal wajah saya.

 

Sebagai kontranya, saya suka aplikasikan gincu ‘shine bright’ seperti warna maroon atau merah. Inilah caranya memantulkan aura wajah saya. hahaha...

 

 

 

Apakah ‘makeup tools’ yang selalu Adeline usung di dalam tas tangan kala berpergian?

Christian Dior Lipglow sentiasa ada di dalam tas tangan saya selain pemerah pipi dan bedak asas by Terry. Jika tidak, sebatang gincu sudah memadai untuk saya touch up kala perlu.

 

 

 

 

 

 

 

Adakah apa-apa tips kecantikan yang ingin Adeline kongsi sama pembaca InTrend?

Ya, minum banyak teh hijau atau teh hitam untuk membantu pencernaan anda dan meningkatkan kadar metabolisme badan yang sekali gus mempercepat proses pembakaran lemak. Jangan lupa juga minum banyak air tanpa gula untuk melancarkan sistem tubuh.

 

Lagi pun pengambilan gula dalam jumlah yang banyak tidak baik untuk kesihatan. Lakukan detoks sebulan sekali untuk tiga hari bagi menyingkirkan toksik dalam tubuh. Ingat ya, kecantikan itu seharusnya bermula dari dalam, yakni pemakanan yang baik juga sangat membantu.

 

Ia adalah asas kepada keseimbangan kecantikan diri. Jangan lupa bersenam secara konsisten.

 

 

 

Falsafah cantik Adeline?

Kecantikan itu bukan hanya pada rupa. Cantik itu cahaya dari dalam hati. #shinebright.

 

 

 

 

 

Bimbangkah anda tentang penambahan usia?

Ya, rasanya semua orang sedikit bimbang tentang meniti usia. Namun, seperti yang saya katakan tadi, makan secara sihat membantu kamu nampak muda tahun demi tahun. Sesekali manjakan diri di spa untuk terapi diri.

 

Bantu kulitmu dengan rawatan yang tepat dan untuk mengurangkan garis halus dan kedutan. Jangan lupa serum muka untuk dioleskan pada waktu siang dan malam. Ia benar-benar membantu.

 

Malangnya, adakala stres membantutkan semuanya. Jadi, pilihlah produk yang tepat untuk mendampingi usiamu itu. Mulakan rutin ini sebelum terlewat.

 

 

 

Haruman kegemaran Adeline jenis yang bagaimana? Suka yang baunya lembut atau wangi menusuk?

Banyak minyak wangi yang menjadi kesukaan saya! hahaha... Tapi, yang paling menjadi kesayangan ialah daripada Christian Dior dan Yves Saint Laurent. Baunya tahan lama walaupun selepas mandi. Ia juga buat saya rasa mewah dan elegan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    9 Transformasi Ini Anda MESTI CUBA Untuk Gaya Lebih ‘Vibrant’ — No. 8 Paling Senang Nak Buat!

  • Seterus →

    Amal Pakai Bedak Sejuk dan Skrub Muka — Ini Rahsia Kecantikan Paling Mujarab bagi NAD ZAINAL