Apr 27, 2018 - 12011
Sumber foto: Instagram
TIPS 1 Kemas Kini ‘Wardrobe’
Selak almari pakaianmu. Lihat apakah helaian baju yang harus kamu singkirkan? Jika selama ini kamu punya banyak seleksi pakaian warna gelap seperti hitam sahaja, masanya untuk kamu selitkan warna dalam koleksi pakaian seperti merah dan kuning.
TIPS 2 Ubah Potongan dan Warna Rambut
Bosannya dengan gaya rambut lurus kejung dan hitam dari awal kamu bekerja lagi. Masanya, untuk kamu keluar dari kepompong gaya selamatmu itu! ubah gaya rambut pendek yang lebih fun dengan fringe dan beranikan diri mewarnakannya dengan rona rose blonde.
Sumber foto: Instagram
TIPS 3 Belai Dirimu
Luang masa memanjakan diri di spa atau salun. Lakukan rawatan rambut, berurut atau apa sahaja yang boleh merehatkan dirimu. Percayalah, sebaik melangkah keluar dari situ nanti, kamu akan berasa lebih cantik dan yakin!
TIPS 4 Kuku Neon
Jangan biarkan kukumu dibiar sepi. Ayuh, lakukan pedicure dan manicure, kemudian jangan lupa hiasinya dengan cat kuku rona terang seperti merah jambu atau selangkan dengan putih. Pasti memberikan mood gembira sepanjang harimu.
Sumber foto: Instagram
TIPS 5 Kasut Tumit Tinggi
Walaupun pumps atau sandal itu lebih selesa, tidak salah sesekali ‘membangunkan’ gayamu dengan sepatu tumit tinggi. Nikmati setiap hentakan tumit tinggi itu, yang membuatkan kamu melangkah lebih yakin dengan bunyi hentakan yang buat diri berasa gah.
TIPS 6 Kuasa Minyak Wangi
Semburkan wangian kegemaranmu sebelum melangkah keluar. Menerusi satu kajian yang dibuat, aroma wangi yang menenangkan mampu merangsang mood yang baik untuk seseorang itu.
Sumber foto: Instagram
TIPS 7 Bermekaplah
Wajah pucat menjana kepada mood yang membosankan dan keyakinan yang rendah. Kata Beauty Guru Christian Dior, Peter Philips; “Trend solekan hari ini bukan lagi bergantung pada apa yang dikatakan di majalah. Ia berpandukan apa mood kamu dan bagaimana kamu mengekspresikan dirimu. Cubalah apa pun; matte, ekstrem, natural, asalkan kamu menyenanginya."
TIPS 8 Cuba Gincu 'Bold'
Dengan secalit gincu mampu mengubah segalanya. Mampu menaikan air mukamu, memberi keyakinan dan seterunya memberikan elemen ‘wow’ dalam dirimu. Cuba Dior Addict Lacquer Stick yang memberikan limpahan warna mewah dengan efek berkilauan dan tahan lama.
Sumber foto: Instagram
TIPS 9 Senyumlah!
Walau dalam apa situasi, pastikan ada senyuman terukir di wajahmu. Senyumlah kepada sesiapa sahaja kerana senyuman tidak hanya memberi manis buat wajah tetapi juga menyembuhkan kebencian, membangkitkan semangat dan mampu mengukir kenangan manis! Selamat bekerja!
INI PESANAN CIK MANGGIS DAN SOPHIA LIANA
“Sebagai wanita, kecantikan itu adalah hak asasi tanpa perlu ada limitasi. Setiap wanita itu cantik dan akan rasa lebih bahagia jika kecantikannya itu dihargai terutamanya oleh insan-insan yang disayangi di sekelilinginya. Pujilah, kerana itu lumrah untuk setiap insan. Dan, sebagai wanita, kita perlu ada rasa untuk tampil cantik walau apa jua status kita, kerana cantik itu tidak mahal dan tidak sukar. Dengan hanya sekuntum senyuman yang beroles gincu pun sudah memberi raut wajah yang berseri dan mampu menawan hati yang memerhati. Percayalah pada kecantikan dirimu!”