Jan 23, 2017 - 2830

Siapa Cantikkan 5 Artis Ini di AJL 31?

Anugerah Juara Lagu ke-31 tidak ketinggalan menyaksikan teknik solekan pentas yang paling cantik dan paling menyerlah. Siapa yang mempersiapkan lima wajah bintang ini?

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman

 

 

 

 

ANUGERAH Juara Lagu ke-31 berlabuh tirai semalam. Usah kita pertikai, kemenangan dan kekalahan siapa? InTrend mahu diskusi lima solekan yang menarik perhatian semalam. Jurusolek mana yang bikin mereka siap cantik?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artis: DAYANG NURFAIZAH 

Jurusolek: Bosco

“Penggunaan bronzer, highlighter dan glitters disempurnakan dengan baik untuk solekan Dayang malam itu. Bosco bijak mengatur tiga elemen penting ini untuk ‘memahalkan’ wajah hitam manis Dayang. InTrend suka dengan warna gincu hitam anggun matte itu. Tidak semua sesuai membawakannya se’daring’ Dayang.   

 

 

 

 

 

 

Artis: MISHA OMAR 

Jurusolek: Chomel

“Jarang sekali Misha muncul dengan solekan sebegini. Kelainannya tentulah pada alitan celak biru bawah mata yang beri kelainan kepadanya. Jurusolek Chomel mengharmonikannya dengan layangan pipi dan sapuan gincu bibir senada; jingga manis. Memantulkan wajah Misha tampak segar, berseri dan urban; cukup rencahnya.”

 

 

 

 

 

 

Artis: Sarimah Ibrahim

Jurusolek: Nuex Rosli

“Berkulit sihat dan berwajah cantik tidak memerlukan Sarimah untuk bersolek keterlaluan dan tebal. Nuex menonjolkan matanya yang bundar menerusi pemakaian bulu mata palsu ekstra dengan cuitan kilatan emas di sudut dalam mata. Paling ketara adalah flushed cheeks yang buat wajahnya nampak manis dan fresh.”

 

 

 

 

 

 

Artis: FARA FAUZANA

Jurusolek: Syed Faizal

“Gandingan selalu Fara dan jurusolek, Syed buat solekannya sentiasa intim untuk wajahnya. Menampilkan solekan selamat dan bersih sesuai dengan penampilan Fara yang berhijab. Solekan mata dominasi ungu lembut diganding santai dengan layangan pipi dan bibir rona peach, terlihat sedondon tudungnya.”

 

 

 

 

 

Artis: JACLYN VICTOR

Jurusolek: Othong Danish

“Pembukaan yang mantap daripada Jaclyn Victor semalam pasti menarik perhatian ramai. Punya wajah yang ‘sharp’, Jaclyn juga sentiasa berhati-hati dengan setiap elemen mekap yang diaplikasikan. Sesuai lagak diva membuka majlis semalam, Othong memilih bold lips untuk Jac menerusi nuansa ungu yang memukau!”

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Zulin Aziz Berjaya Turunkan Berat Badan 10 Kilogram. Percaya atau Tidak? Ini Rahsianya

  • Seterus →

    “Saya TAK DIET, Tapi Ini yang Saya Buat Untuk Langsingkan Badan” — Ramona Zamzam