Jan 29, 2017 - 29822

“Saya TAK DIET, Tapi Ini yang Saya Buat Untuk Langsingkan Badan” — Ramona Zamzam

Walaupun tidak diasak skandal atau kontroversi melampau, dia gigih bekerja. Malah sejak berkahwin, Ramona Zamzam kelihatan cantik dan semakin langsing. Apakah rahsianya?

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

Kredit foto : Instagram

 

 

Ramai yang mengagumi susuk tubuh Ramona yang seksi, apa rahsianya? 

Ramona suka makan. Tiada istilah diet langsung. Ramona boleh makan berpinggan-pinggan nasi sehari! Cuma Ramona selalu bersenam di gimnasium. Walaupun tidak kerap tetapi sekali bersenam, Ramona pastikan ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

 

Ada juga sesekali, bermain badminton, berbasikal dan berenang. Atau mungkin kerana genetik Ramona yang memang kurus seperti mak. Bagusnya, Ramona punya metabolisme yang tinggi. Jadi, lemak senang terbakar (ketawa). Ramona juga amalkan minuman kolagen dan Rose Hip Vitamin C. 

 

 

 

 

Dulu, pernah berdepan masalah kulit yang serius. Bagaimana mengatasinya? 

Oh, kulit Ramona sangat teruk satu ketika dulu. Banyak jerawat, ruam dan bintik-bintik. Puas berjumpa pakar kulit tetapi tidak mendatangkan kesan, sedangkan duit banyak habis. Akhirnya, Ramona sedar ia berpunca daripada amalan pencucian mekap yang tidak sempurna. Ramona ubah cara jaga muka.

 

Selain menggunakan pencuci muka, Ramona juga akan menggunakan Milk dan Oil Cleanser untuk memastikan mekap benar-benar ditanggalkan. Ramona hanya akan berhenti mencuci muka sehingga kapas yang disapu pada muka kelihatan putih! 

 

 

 

 

Rahsia cantik yang ingin anda kongsikan? 

Be happy! Bergelak ketawalah. Jangan runsingkan fikirkan dengan perkara negatif. Percayalah, apabila kita gembira dan positif, kecantikan itu akan datang sendiri. Daripada sudut psikologi dan sains pun kata begitu. Cuba lihat bezanya pada otot muka kita antara berkerut dan ketawa.

 

Mana yang mendorong kedutan dan yang mana menegangkan wajah? Ramona sendiri tidak layan benda-benda remeh. Contohnya, impak Instagram dan sebagainya. Apa pun yang orang nak tulis, biarkan. Jadi profesional dan relaks. 

 

 

 

 

 

Siapa ikon cantik Ramona? 

Angelina Jolie. Bukan kerana rupanya saja, tetapi lihatlah pada personaliti dirinya, kerja amal yang dilakukan malah Jolie sanggup membantu golongan Islam walaupun berbeza fahaman. Ramona juga suka dengan wanita yang lasak seperti lakonannya yang mantap dalam filem bergenre aksi. Sungguh sempurna! 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Siapa Cantikkan 5 Artis Ini di AJL 31?

  • Seterus →

    Umur 38, Sudah Beranak Satu — Jaclyn Victor Tetap Langsing Bagai Anak Dara! Ini Rahsia Jac