Oct 17, 2016 - 12144

Apakah Rahsia Kekal Cantik Rita Rudaini, Neelofa, Rozita Che Wan dan 13 Selebriti Tempatan? Ini Jawapan Mereka

Kita selalu lihat mereka tersedia cantik di lensa kamera mahupun di karpet merah. Tahukah kamu mereka punya amalan cantik yang boleh diikuti dengan mudah, tanpa kos besar?


Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 


 

1. Rita Rudaini

“Saya kuat makan jamu sejak zaman remaja lagi kerana pengaruh mak dan ibu saudara. Saya elakkan makan makanan sejuk seperti timun. Pantang ini penting terutamanya buat wanita yang sudah beranak.” 

 

2. Fauziah Latiff 

“Sebelum keluar rumah, saya mencuci dan menyapu esen wajah. Saya pastikan kulit dilindungi tabir suria yang punya nilai SPF yang mencukupi untuk melindunginya daripada sinar UV.” 

 

3. Natasha Hudson

“Banyakkan makan makanan yang tinggi serat. Saya makan beras perang. Makanan yang berasaskan organik sangat baik untuk kecantikan kulit dan wajah. Amalkan juga minum jus buah.” 

 

4. Diana Amir 

“Saya ambil Blinq Beauty Drink, suplemen B-Complex dan Yakult sebotol sehari. Saya juga minum banyak air masak. Alhamdulillah, kulit makin elok.” 

 

5. Ifa Raziah 

“Sebulan sekali saya buat rawatan cuci darah (Ozone Therapy) untuk membuang kolesterol dalam darah, awet muda dan elak penyakit kronik.” 

 

6. Ziana Zain 

“Setiap pagi, saya amalkan minum jus hijau seperti timun atau epal hijau. Saya ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti. Tengah hari dan malam, biasanya saya jarang ambil nasi, cukuplah dengan sayur atau lauk.”

 

7. Marsha 

“Banyakkan minum air. Saya amalkan pemakanan yang betul dan bersenam. Untuk kulit, saya suka membuat pupur sendiri seperti daripada adunan buah atau sayur.” 

 

8. Dato' Sheila Majid 

“Saya dijaga ketat ketika tempoh berpantang; sentiasa berstoking, tidak boleh menjerit, tidak boleh membaca, bengkung hanya dibuka ketika berurut sahaja.” 

 

9. Atilia Haron

“Saya berhabis untuk suplemen bagi menggantikan zat makanan yang kurang kerana saya tak suka sayur. Antaranya, multivitamin, fiber dan minuman kesihatan Nectar dan Kinohimitsu. 

 

10. Eja 

“Saya tidak makan makanan berminyak, kurangkan gula, garam dan minuman manis. Banyakkan minum air masak dan amalkan suplemen untuk tenaga, lebih-lebih lagi apabila masuk usia 40-an.” 

 

11. Rozita Che Wan 

“Kalau boleh, lepas makan, jangan terus minum air. Berjalanlah 20 tapak agar makanan mudah hadam. Apabila berpantang selepas melahirkan, jangan sesekali berkipas, jauh sekali berhawa dingin!” 

 

12. Sari Yanti 

“Buah; snek saya setiap hari. Kalau ke penggambaran, saya membawa sebiji mangga bersama pisau. Anggur pula menjadi teman menonton televisyen. Jika tidak, jambu dan yogurt.” 

 

13. Amy Mastura  

“Rambut adalah aset saya. Selain mencuci dan merapi, rawatan intensif perlu untuk mengekalkan keremajaan rambut dan kesihatan kulit kepala.” 

 

14. Nadiya Nisaa 

“Setiap pagi, saya minum air suam yang diperah lemon.Seminggusekali, minumjus pegaga dan madu. Juga, senaman tabata dua ke tiga kali seminggu.” 

 

15. Neelofa 

“Saya tidak punya banyak produk penjagaan wajah. Kulit pun sensitif. Cukup dengan penanggal mekap, pencuci muka dan pelembap kulit.” 

 

16. Faezahelai 

“Saya amalkan diet kalori. Kata Kelvin Zahari, jangan makan lebih 1300 kalori sehari. Tidak salah untuk makan tapi kawal kuantiti dan kalori di dalamnya.” 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Yasmin Hani Kurus 'Melidi' Selepas Melahirkan Noah. Apa Rahsianya!

  • Seterus →

    10 Gelagat Kandid AYDA JEBAT #MuahCiked Bukti Dia Tepat Jadi Model Produk Cantik