Oct 20, 2016 - 2172

10 Gelagat Kandid AYDA JEBAT #MuahCiked Bukti Dia Tepat Jadi Model Produk Cantik

Penangannya hebat. Dia tetap bersemangat dan cantik berseri-seri walau dirakam foto kandid. Dialah... #muahciked AYDA JEBAT!


Oleh: &



 

MENCARI wajah penghias sampul hadapan bukanlah satu keputusan yang mudah. Pelbagai aspek ditimbang tara. Masakan tidak, inilah wajah yang akan menjadi kayu ukur keberhasilan penjualan majalah. Kami sebulat suara bersetuju pelakon muda popular berbakat besar, Ayda Jebat jadi pilihan.

Berbekalkan 2 JUTA pengikut di Instagram selain 93.2 RIBU pengikut di Twitter, tiada sebab mengapa tidak kami memilihnya. Dia viral, malah berjaya mencetuskan fenomena trending dalam drama bersiri. Selepas tiga kali sesi temu bual di telefon, dek kerana kekangan waktu dan jadual yang padat, akhirnya Ayda Jebat mengotakan janjinya.

Foto-foto kandid di bawah adalah bukti Ayda Jebat aktres yang cantik, memang tepat dia dipilih sebagai wajah produk kecantikan. Jom tengok aksi Ayda Jebat.



Bagaimana Ayda disunting menjadi duta Aura White?

Saya dilantik sebagai duta tahun lalu sewaktu Rindu Awak 200% masih disiarkan. Mengenai AuraWhite Bubbly, ketika itu mereka sedang mencari selebriti yang petah bercakap dan mahukan personaliti yang muda dan aktif selain punya kumpulan peminat remaja.

Ia adalah minuman kolagen untuk remaja seawal 12 tahun hingga 25 tahun. Pihak AuraWhite menghantar e-mel mahu cari model untuk melakukan sesi fotografi. Dan selepas membaca butiran e-mel tersebut, saya tawarkan diri untuk menjadi model. Selepas memahami konsep dan apa yang dimahukan, saya menjalani sesi fotografi Aura White Bubbly. Saya tertarik melihat pembungkusan produk ini yang berwarna-warni selain harganya mampu milik, iaitu RM80 sahaja.




 



Kelab peminat, antaranya AJ Screamer cukup fanatik dan sentiasa di belakang menyokong perjalanan karier Ayda. Bagaimana Ayda ‘menjaga’ dan berkomunikasi dengan mereka?

Saya layan mereka seperti keluarga sendiri. Aktifnya mereka kerana masing-masing mempunyai tugas tersendiri. Misalnya ada ahli jawatankuasa yang dilantik untuk sebarang acara. Sebenarnya AJS wujud sejak saya menyertai Akademi Fantasia.

Tetapi berbekalkan kepercayaan dan sokongan, mereka masih setia hingga kini. Ada sahaja aktivti yang dirancang bagi memastikan kelab peminat ini sentiasa aktif. Sesiapa sahaja boleh mendaftarkan diri sebagai ahli, 
kemudian diberikan ID juga kad keahlian sebagai bukti.


 




Syukur AJS aktif di setiap negeri termasuk Sabah Sarawak, Brunei, Indonesia dan Singapura. Saya hanya akan menangis apabila melihat sokongan yang tidak berbelah bagi diberikan kepada saya. Apabila terkenangkan setiap ringgit yang mereka 'bazirkan' untuk saya, sudah cukup membuatkan saya terharu. Terima kasih semua. 




 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Apakah Rahsia Kekal Cantik Rita Rudaini, Neelofa, Rozita Che Wan dan 13 Selebriti Tempatan? Ini Jawapan Mereka

  • Seterus →

    "Nelly Pernah Miliki Berat Badan 58kg!" Ini Rahsia Nelydia Senrose Boleh Kurus dengan Cepat