Sep 29, 2016 - 825
Oleh:
APA kaitan antara aura dan kecantikan?
Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Dalaman diri sangat penting diperkuatkan kerana ia berkaitan dengan kemampuan menerima kenyataan diri, keperibadian dan hati yang baik jua bertanggungjawab. Semua ini harus dipancarkan oleh gelombang aura yang kuat agar ‘nur’ dapat diserlahkan pada luarannya.
Kita memiliki aura positif atau negatif jika...
Aura sentiasa berubah-ubah, bergantung pada cara kita mengendalikannya. Energi positif biasanya terpancar apabila kita berada dalam keadaan yang tenang, positif, ceria, rasa sihat dan berseri-seri. Energi negatif berlegar apabila kita membiarkan fikiran buruk/negatif menguasai diri, stres, sedih, cepat marah, kehadiran kita tidak disenangi dan wajah kusam. Untuk bertuah, kita perlu berada bersama orang yang positif.
Adakah aura ini boleh disamakan dengan susuk?
Susuk adalah amalan kuno yang ada pantang-larangnya. Aura pula sesuatu yang boleh dimiliki oleh semua orang, antara sedar atau tidak. Ia pancaran dari medan elektromagnetik yang berada dalam tubuh seseorang. Aura ini akan memancarkan pesona diri yang lebih kuat, lantas membuatkan seseorang itu kelihatan menarik menerusi gelombang positif. Aura ini boleh meningkat dan meningkat. Ia anugerah Tuhan.
Bagaimana untuk menolak aura negatif?
Antaranya, jauhilah orang yang negatif kerana kita akan menyerap aura negatif itu juga.
Bagaimana menonjolkan aura positif?
Miliki keyakinan diri, sentiasalah berasa bahawa kamu cantik, lihat kelebihan diri dan bukan kelemahan yang ada. Boleh juga melakukan amalan meditasi untuk menenangkan diri.
Sebagai umat Islam, air wuduk mampu mencantikkan aura kerana aura atau medan tenaga elektromagnetik berbentuk wap-wap air yang mengelilingi tubuh. Ia berwarna pelangi dan sangat menarik.
Amalan mandi bunga dan aromaterapi juga mampu menaikkan seri wajah. Batu permata, kristal, barang berjenama, teman, persekitaran dan lain-lainnya juga penyumbang kepada aura baik.