Oct 01, 2016 - 2048

Badan Langsing Sharifah Sakinah Buat Wanita Makan Hati Melihatnya. INI RAHSIA SAKINAH.

Badannya tegap, ringan dan langsing, jadi idaman semua wanita. Sharifah Sakinah menceritakan rutin hidupnya.


Oleh: Afiza Kamarulzaman 
afiza_kamarulzaman@astro.com.my 

 
 

Wearing pants from @myapparelzoo

A photo posted by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Sumber: @sharifah_sakinah
 
 

daily agenda: wake up Drink coffit @teaptop Cardio eat work eat work eat go home Drink detox tea @teaptop sleep

A photo posted by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Sumber: @sharifah_sakinah
 
 

ADHD burn more calories LOL! Morning guys 😀

A photo posted by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Sumber: @sharifah_sakinah
  

RATA-RATA sudah maklum dengan pembabitan pelakon kontroversi ini dengan penganjuran program kesihatannya yang asalnya dibuat sekadar suka-suka, yang kemudiannya menjadi punca pendapatan. Selain itu, semasa artikel ini ditulis, dia giat menghabiskan penggambaran filem Pekak. Lantaran itu, masa agak terhad untuk mengadakan sebarang shooting dengan majalah.

Mujurlah, orangnya lurus dan kelakar, setiap kali temu bual tertangguh, dia akan menghantar WhatsApp lucu yang buat saya hilang rasa nak marah. Betullah, karakternya begitu; gila-gila dan sangat positif!
 

 

Nothing should stop you from feeling the energy. #PureBOOSTX #adidasMY

A photo posted by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Sumber: @sharifah_sakinah
 

Bagaimana tiba-tiba Kina muncul dengan program kesihatan?

Asalnya, Kina buat untuk diri sendiri. Kina memang suka bersenam dan jogging setiap pagi. Satu hari itu, rasa macam bosan buat seorang, jadi Kina war-warkan di Instagram, sesiapa yang nak sertai? Ala-ala aktiviti bersama peminatlah konon. Daripada hanya beberapa orang, akhirnya jadi berpuluh.

 
 

💪🏿

A photo posted by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Sumber: @sharifah_sakinah
 

Jadi, kami putuskan untuk buat betul-betul program ini dengan melancarkan website sendiri dan melakukan road tour ke luar Kuala Lumpur. Harus diingatkan, program ini bukan sekadar bersenam seperti di gimnasium, ia punya banyak program dan Kina selalu janji kepada semua pengikut bahawa mereka pasti mampu membakar 1000 kalori untuk setiap sesi.

Paling penting, kena fokus apabila melakukannya. Badan kena tahan penat. Jangan cepat malas. Senaman pun ada banyak kategori, mesti tahu jenis badan sendiri dan peringkatperingkat senaman yang betul. Bukan masuk-masuk terus nak kurus saja.
 

Takkan sekadar bersenam sahaja, bagaimana dengan diet?

Kina selalu cakap dengan orang ramai, kalau tak suka bersenam, jaga makan. Kalau tak boleh kawal makan, bersenam! Ini kerana, 80 peratus faktornya daripada diet dan selebihnya melalui senaman. Bersenam ni untuk fit, bukan terus boleh kurus. Kalau betul-betul nak kurus, jaga makan dahulu. Kina pun kaki makan tetapi perlulah seimbang. Kina sendiri ada cheat week. Selepas puas makan, Kina kembali menjaga. Jangan culas makan. Makanlah ikut waktu tetapi pada kadar berpada.

 
 

Amira Irdina is back! Apa lagi perempuan ni nak 🤔 #isterivstunang

A photo posted by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Sumber: @sharifah_sakinah

 


Apa komen Kina tentang wanita Melayu yang dikatakan paling malas bersenam dan tidak kisah menjadi gemuk?

Betul! Orang kita antara yang ramai punya berat badan berlebihan. Kebanyakan mereka, makan secara tidak sihat. Cuba tengok di Australia, pinggan makan mereka penuh warna, sekalipun makan pasta.

Kina pun kadang-kadang tak faham cara makan di sini. Di Malaysia, makanan sihat agak mahal. Tetapi itu pun bukan alasannya. Kalau salad mahal, gantikan dengan ulam-ulaman. Apa kata kita ubah budaya makan kita. Tutup mata pada kuih-muih atau pisang goreng.

Dengan Kina senang saja, kalau degil sangat, Kina cakap saja; “Nak makan-makanlah, nanti tengok sajalah badan tu depan cermin ya!” Sebab itulah, syarikat menjual produk pelangsingan kaya di sini sebab orang kita mahu jalan pintas untuk kurus. Mana ada kak, boleh kurus selama-lamanya dengan produk saja. Masa makan kuruslah, apabila berhenti, badan naik balik.
 

Sumber: @sharifah_sakinah
 
 
 

#aliaBastamam #klfw2016

A photo posted by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Sumber: @sharifah_sakinah
 

Bagaimana Kina mengagumi kecantikan seseorang wanita itu?

Kina kagum dengan sesiapa sahaja yang Nampak cantik dan sihat terutamanya wanita yang sudah berkahwin dan beranak-pinak tetapi kekal cantik. Baru-baru ini, Kina terserempak dengan Nadia Mustapha, badan dia macam anak dara walaupun dah beranak tiga. Begitu juga Lisdawati dan Rita Rudaini, badan masih maintain. Bukan senang tau. Kina pun selalu membayangkan, mampu ke Kina jadi seperti mereka kalau Kina dah beranak-pinak nanti? Sekarang ni, bolehlah cakap, kan? (ketawa).

 
 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.