Nov 09, 2016 - 3936
Oleh:
Sumber: Dayang Nurfaizah
TIDAK semua berbangga berkulit hitam manis, apatah lagi dalam kamus cantik wanita Melayu, kebanyakannya mendefinisikan kulit cantik itu haruslah ‘putih melepak’. Namun, saya amat gemar sama kulit Dayang Nurfaizah. Walaupun hitam manis tapi apabila dipadankan dengan ‘solekan mahal’, dia nampak begitu eksklusif!
Look 1
Lihat ini! Untuk kulit albumnya pada tahun 2007, Dayang nampak begitu ‘mahal’ dengan solekan keemasan dengan mainan tekstur shimmer pada kelopak mata dan bibir. Malah, lapisan kulitnya juga diselaputi base yang glowing.
Sumber: Dayang Nurfaizah
Look 2
Siapa kata kulit hitam manis tidak boleh bersolek tebal? Solekan yang seimbang diberikan pada mata dan bibir. Matanya dibentuk tegas dengan lukisan celak melentik dan bibir merah menyala. Saya suka bila keningnya dipalit coklat cerah senada warna rambutnya.
Sumber: Dayang Nurfaizah
Look 3
Haaa, mungkin ada yang tak gemar look ini. Tapi, inilah solekan trendy di awal tahun 2000 dulu dengan solekan mata dan bibir hampir senada. Warna gincu begini antara yang disukai, dipadankan dengan lip gloss berkilau-kilau.
Sumber: Dayang Nurfaizah
Look 4
Kulit albumnya tahun 2002. Tampil dengan imej rambut pendek. Solekan mata nampak ketara dengan penggunaan pembayang mata cerah. Waktu itu, bulu mata hanya disapu maskara, belum lagi hangatnya bulu mata palsu. Yang penting, gincu rona gelap, yang sekarang ini sudah kembali trendnya.
Sumber: Dayang Nurfaizah
Look 5
Saya bagi lima bintang untuk look ini! Dayang nampak beraura. Waktu ini, jurusolek lebih gemarkan solekan earth tone. Mainan warna coklat dan perang sememangnya juara untuk kulit Dayang. InTrend Sayang Dayang!
Sumber: Dayang Nurfaizah
Dan ini adalah hasil solekan untuk penggambaran sampul hadapan InTrend...