Oct 29, 2016 - 17128

Pesanan Teragung — “Rayyan Bukan Sekadar Kekuatan Nana, Malah Pelindung Kepada Nana”

Siti Nordiana, fenomenanya tercetus selepas bergelar juara Gegar Vaganza 2. Dia kembali menyengat dengan ‘come back’ yang menjadi.


Oleh: Afiza Kamarulzaman 
afiza_kamarulzaman@astro.com.my
 

APA perubahan ketara dalam kehidupan Nana selepas menjuarai Gegar Vaganza 2? 

Nana sangat bersyukur dengan rezeki yang semakin bertambah. Boleh dikatakan saban hari Nana menerima undangan menyanyi sehingga ada yang terpaksa ditolak. Alhamdulillah, karier seni Nana nampaknya semakin berkembang baik, semakin bertambah peminat dan pengikut.

Sebagai ibu, walaupun Nana akui mempunyai masa yang agak terhad untuk bersama Rayyan (anak tunggal Nana) sekarang ini, namun dia nampaknya faham. Mungkin kerana tinggal dengan mak di Seremban. Rayyan tidak terasa kesunyian sangat. 

 

 

Sweetheart 💞💞

A photo posted by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

 

Bagaimana Nana memiliki kekuatan sebagai ibu tunggal pada usia yang muda? 

Nana bergelar ibu tunggal sebelum pemergian Faizal lagi (bekas suami). Tetapi, bebanan status itu lebih terasa selepas arwah pergi kerana semua tanggungjawab dan nafkah anak kini tertanggung di bahu Nana seorang. Arwah dulu seorang bapa yang bertanggungjawab dan penyayang. Dia sangat mengambil berat hal ehwal Rayyan. Jadi, susah senang hal anak masih kami kongsi bersama. Selepas arwah pergi, Nana berusaha mencari nafkah lebih, semua tawaran nyanyian Nana penuhi demi Rayyan.

Bagi Nana, Rayyan bukan sekadar kekuatan Nana, malah pelindung kepada Nana daripada melakukan perkara-perkara tidak baik. Maklumlah, berstatus ibu tunggal tidak mudah, apatah lagi Nana seorang selebriti, bergelumang di kota Kuala Lumpur yang penuh dengan dugaan. Syukur, apabila terbayangkan wajah Rayyan menjadikan Nana lebih waspada dan ingat yang di atas sana. Nana takut, jika sesuatu perkara buruk yang Nana lakukan, balasannya kena kepada orang yang Nana sayang. 

 

 

Kongsikan detik-detik pemergian Faizal dulu? 

Seminggu sebelum arwah pergi, Nana dapat rasakan perubahan pada diri arwah. Cakapnya agak pelik. Ada sekali, Rayyan tidak mahu bercakap dengannya di telefon, arwah merajuk dan terus terkeluar perkataan, ‘Abah mati ya!’ Kemudian, dia asyik suruh Rayyan jaga Nana baik-baik.

Arwah pergi pada 1 Januari 2011, ketika usia Rayyan dua tahun lebih. Meninggal mengejut akibat kolesterol tinggi menyebabkan Nana terkejut kerana arwah seorang yang sihat dan aktif bersukan.

Masih ingat lagi, pada hari kematiannya, adik arwah telefon Nana minta dibawakan Rayyan ke hospital dengan segera. Sebaik tiba, arwah hanya mampu senyum dan memandang kami. Dia tidak berdaya untuk berbual. Nana tinggalkan Rayyan bersamanya dan langsung pulang ke Seremban. Beberapa jam selepas itu, Nana dapat panggilan kedua mengatakan Nana perlu kembali semula kerana arwah tenat. Sayangnya, arwah telah menghembuskan nafas terakhir sebaik Nana tiba.

Rayyan anak yang kuat. Hingga kini, dia tidak pernah menyesali apa yang berlaku, mungkin waktu itu dia masih kecil. Namun, Rayyan selalu kata dia ingat wajah bapanya. Nana selalu tunjukkan gambar arwah kepadanya dari kecil hingga kini supaya ingatannya tetap segar. 

 

 

Morninggg dari mama & ayan💞💞 #sitinordiana #rayyannakhaie .. Tqsm @elzahraaoutlet untuk tudung yg selesa ini 😘😘

A photo posted by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

 

Ramai yang kata 'come back' Nana seperti imbauan Nana yang sama, masih muda? Yake?

Nana tidaklah begitu menjaga kecantikan, cuma Nana suka bersenam. Nana berzumba di rumah hampir setiap hari. Bagi Nana, apabila tubuh kita kecil dan kurus, automatik kita akan nampak muda. Nana berhenti makan sebelum jam tujuh malam. Banyakkan minum air putih dan sedaya upaya potong gula terutamanya jika Nana ada target khusus untuk kurus. Nana juga ada aplikasi pengiraan kolesterol. Dari situ, kita tahu sukatan pengambilan diet harian yang betul. Agak leceh tetapi itulah cara mendisiplinkan diri. 

 

 

Styling by @abushaefhamza Suit @ardaputraofficial 😘😘

A photo posted by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

 

Tips jaga suara? 

Kalau dulu Nana main nyanyi ikut suka. Cuma sekarang Nana sudah berguru dengan guru vokal. Jadi, kita sudah tahu teknik yang betul untuk melontarkan suara. Sebenarnya menyanyikan lagu slow yang bernada tinggi lebih memerlukan enaga luar biasa berbanding yang rancak kerana tenaga itu bukan sekadar daripada pergerakan fizikal semata. Nafas yang ditarik juga memerlukan tenaga.

Nana hindari membawa lagu yang akan kita nyanyikan ketika rehearsal. Malah, waktu rehearsal pun, Nana tidak akan melontarkan nada suara sebenar. Biarlah energi itu kita simpan untuk hari sebenar. Elakkan makanan bersantan dan berminyak. 

 

 

Nana rasa cantik waktu... 

Selepas bersenam. Rasa badan ringan, segar dan muka pun berseri-seri dengan peluh! 

 

 

Penjagaan diri ketika berpantang dulu? 

Nana berpantang dengan mak mentua. Bagusnya, kerana kita akan lebih berdisiplin berbanding mak sendiri, kita akan culas. Nana memang ikut segala apa yang diamalkan orang dulu-dulu. 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.