Mar 14, 2018 - 1096

12 KESILAPAN dan Sebab Pengantin Tak Naik Seri — Atasi Dengan Abu Daun Kepala, Buat Spa Kaki Asam Keping

Ramai pengantin terlepas pandang hal-ehwal diri. Ini sebab banyak pengantin perempuan tak berapa naik seri dan nampak ala kadar waktu bersanding. Kalau inginkan wajah gilang-gemilang, ayuh amalkan petua ini.

 

 

 

Sumber foto: Getty Images 

 

 

MENJELANG hari bahagia memeterai cinta pastinya mencetuskan pelbagai rasa. Gembira, teruja, berdebar dan segala macam perasaan semuanya ada. Kurangkan tekanan yang dirasa dan apa yang lebih penting tampilkan diri kamu sehabis cantik! Istimewa bulan ini, InTrend kongsikan 12 petua yang kami rasakan perlu dan mesti kalian cuba saat diri diikat sebagai isteri. Kecantikan dan seri pengantin itu pasti menjadi milik kalian dengan aplikasi petua warisan zaman berzaman. 

 

 

 

Kesilapan 1 

Wajah Pengantin Nampak Kelam, Kusam dan ‘Kepam’

Untuk menaikkan seri muka, kami sarankan bakal pengantin mencuba petua ini. Makan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Mulakan dengan bacaan selawat ke atas nabi dan surah Al-Fatihah, insya-Allah wajah kamu kelihatan berseri-seri di hari perkahwinan nanti. 

 

 

 

 

Sumber foto: Getty Images 

 

 

Kesilapan 2

Kuku Tangan Nampak Tak Cantik Bila Batal Air Sembahyang

Letakkan lima hingga 10 keping asam keping dan garam halus ke dalam sebesen air suam. Biarkan selama 15 minit dan rendamkan tangan atau kaki selama 20 hingga 30 minit. Insya-Allah kuku kelihatan lebih bersih dan cantik. 

 

 

Kesilapan 3

Gigi Kekuningan-kuningan Bila Tersenyum Atas Pelamin 

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Kemudian bakar sehingga menjadi abu. Gosokkan gigi dengan abu daun kelapa tersebut. Ulangi proses ini untuk dapatkan gigi yang lebih putih dan berkilat. 

 

 

Kesilapan 4

Mata Nampak Sembap

Lekap pada bawah mata dengan uncang teh yang telah digunakan. Biarkan semalaman dan lakukan tiga kali seminggu sebelum tidur.

 

 

 

 

Sumber foto: Getty Images ​

 

 

Kesilapan 5

Kulit Muka Nampak Pucat 

Sapukan bibir dan muka dengan madu lebah asli setiap malam. Lakukan selama seminggu dan hasilnya, kulit muka dan bibir kelihatan kemerah-merahan secara semula jadi.

 

Sumber foto: Getty Images 

 

 

 

Kesilapan 6

Kulit Badan Kepam Tak Bercahaya

Amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan tubuh untuk menanggalkan daki. Gosokkan juga pada bahagian pelipat seperti leher, pangkal paha dan bawah lengan. Lama-kelamaan, daki beransur hilang dan kulit tubuh lebih bersih.

 

 

Kesilapan 7

Tapak Tangan Kasar

Sapukan minyak kelapa pada kaki atau tangan setiap malam. Biarkan selama 20 minit lalu gosokkan hampas kelapa pada kaki dan tangan. Selepas itu basuh bersih dengan air suam. Insya-Allah hasilnya kulit kaki dan tangan lebih halus dan lembut.

 

 

Kesilapan 8

Mata Layu Tak Bercahaya 

Sepasang mata nan ayu dan segar pasti jadi dambaan kamu bukan? InTrend kongsikan rahsia mata bersinar secara semula jadi. Basahkan kapas dan masukkan ke dalam air teh pekat yang sejuk. Kemudian, pejamkan mata dan letakkan kapas tersebut pada mata beberapa ketika. Amalkan beberapa kali dalam seminggu dan insya-Allah mata kamu sentiasa segar dan bersinar.

 

 

Kesilapan 9

Rambut Kasar dan Keras

Jika kamu bercadang membasuh rambut pada keesokan hari, lurutkan rambut dengan minyak bijan sebelum tidur. Selepas bangun tidur pada waktu pagi, syampu rambut dan bilas sampai bersih. Lap rambut sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun untuk dijadikan perapi rambut. Jika kamu berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika kamu memiliki rambut kerinting, seelok-eloknya biarkan seketika dan kemudian barulah disikat. Ia bertujuan mengelakkan hujung rambut daripada putus dan bercabang.

 

Kesilapan 10

Kulit Kelam Tiada Seri 

Bosan dengan ritual mandi susu dan pupur untuk dapatkan kulit tubuh yang cerah? Cuba ini, ambil sebiji limau nipis dan belah dua. Gosokkan pada muka dan seluruh badan ketika mandi. Insya-Allah, kulit akan kelihatan cerah, licin dan harum.

 

 

Sumber foto: Getty Images 

 

 

Kesilapan 11

Air Muka Wajah Tiada Cahaya Indah 

Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. Campurkan sedikit air dan satu camca besar madu asli. Kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. Biarkan lebih kurang
15 minit, kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam. Hasilnya, kulit wajah tegang,  lembap, lembut, rasa lebih segar dan licin. Amalkan tiga hingga empat kali sebulan dan kamu akan memiliki kulit wajah yang cantik bermaya. 

 

 

 

Sumber foto: Getty Images 

 

 

Kesilapan 12

Rambut Berbau Hapak 

Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan ke kepala, Biarkan beberapa ketika selepas itu barulah dicuci menggunakan air suam. Ia boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Tiga 3 Rahsia Cantik REEN RAHIM Paling Ringkas — Jika Mahu Kulit MULUS Mesti Amalkan Tips Ini!

  • Seterus →

    9 Transformasi Ini Anda MESTI CUBA Untuk Gaya Lebih ‘Vibrant’ — No. 8 Paling Senang Nak Buat!