Nov 29, 2017 - 7377

Kulit Masih Perawan — SAKINAH Pilih Natasha Skincare Sebagai Duta Produk Sulungnya

Ramai yang mengenalinya sebagai pelakon yang ‘sempoi’ dan tidak mementingkan kecantikan. Namun, mengenali Natasha memberinya pengertian baru terhadap penjagaan kulit.

 

 

 

 

 

 

 

 

Mengapa Sakinah bersetuju untuk dipilih sebagai duta Natasha?

 

Jawapannya senang sahaja. Ini adalah kerana Natasha merupakan sebuah jenama produk penjagaan wajah dan rawatan kecantikan yang terulung di Indonesia dengan lebih dari 20 tahun kredibiliti di dalam industri kecantikan. Dengan pengalaman selama itu, mana mungkin saya katakan tidak kepada NATASHA.

 

Tambahan lagi, saya tertarik dengan konsep inovasi produk dan rawatan kecantikan “Nature’s meet Technology” di mana setiap rangkaian produk NATASHA diformulasi dengan bahan sumber botani yang diperakui.

 

Pada pendapat saya ianya sangat bagus kerana tiada sebarang bahan kimia digunakan dan saya merupakan seorang yang sangat gemarkan produk yang mengandungi bahan semulajadi. Menggunakan produk yang diperbuat daripada sumber semulajadi seperti sudah sebati dengan diri saya.

 

Yang menariknya lagi dengan rangkaian produk daripada NATASHA ini sehingga membuatkan saya tertarik dan bersteuju untuk menjadi duta kepada produk ini adalah kerana setiap produk dan rawatan yang terdapat di NATASHA dicipta khusus mengikut kesesuian dan juga keperluan kulit setiap individu yang berbeza dan unik.

 

Saya percaya setiap kulit individu adalah unik dan berbeza jadi pada saya tidak salah untuk mencuba sesuatu yang memang dicipta khusus untuk kulit kita. Yang paling penting sekali, kesemua rangkaian produk NATASHA adalah Halal.

 

 

 

 

 

 

Apakah 3 produk Natasha yang menjadi kegemaran Sakinah?

 

Tiga produk kegemaran atau mesti ada Sakinah adalah:

 

Pertama – NATASHA by dr. Fredi Setyawaan Oxygen Bubble Facial Cleanser

Kalau boleh saya ingin katakan kesemua rangkaian produk daripada NATASHA telah menjadi kegemaran saya. Saya telah menggunakan produk daripada NATASHA ini selama beberapa bulan dan saya dapat lihat keberkesanannya sejak kali pertama saya menggunakannya, jadi untuk memilih antara tiga produk kegemaran itu agak susah kerana semuanya menjadi pilihan hati saya.

 

Jika diminta untuk memilih tiga produk kegemaran saya, semestinya NATASHA by dr. Fredi Setyawan Oxygen Bubble Facial Cleanser yang menjadi asas kepada rejim penjagaan kulit wajah.

 

Produk ini bagi saya sangat menarik dan unik dengan formulasi yang membentuk buih dengan sendiri yang membersih kotoran dengan mendalam serta tidak memerlukan begitu banyak penggunaan air ketika proses pembersihan.

 

Oleskan pembersih ini pada kulit wajah, biarkan ia selama satu minit dan selepas itu akan kelihatan buih mula terbentuk dan kotoran pada wajah yang terkumpul cukup hanya dibersihkan dengan menggunakan kapas muka. 

 

Sangat mudah bukan? Sebab itulah produk ini menjadi pilihan nombor satu saya. Selain itu bagi saya produk ini juga sangat sesuai untuk setiap wanita yang Sakinah yakin sibuk menggalas tugasan profesional dan juga tanggungjawab mereka sebagai seorang suri rumah dan ibu.

 

Macam saya lah senang cerita. Antara kelebihan lain produk ini juga yang membuatkan Sakinah jatuh cinta dengannya adalah kerana produk ini membersihkan solekan tebal dengan mudah dan pada masa yang sama ianya tidak mengeringkan kulit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kedua - NATASHA by dr. Fredi Setyawan Moisturizing Caviar Complex Day Serum

 

NATASHA by dr. Fredi Setyawan Moisturizing Caviar Complex Day Serum juga adalah antara produk yang boleh saya katakan menjadi kegemaran saya. Ini kerana, umum mengetahui akan pelbagai manfaat kecantikan yang boleh diperolehi daripada Caviar.

 

Jika anda semua belum tahu, Caviar sangat terkenal dengan manfaat anti-penuaan dan juga kaya dengan amino asid, vitamin dan mineral yang sememangnya sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan dan kelembapan serta  keanjalan kulit wajah kita.

 

Sakinah memang akan sentiasa memakai serum ini setiap hari kerana saya rasa kulit terasa seperti diberikan nafas baru. Mana tidaknya, Caviar juga boleh membantu mencegah dan merawat tanda-tanda awal penuaan. Pada masa yang sama, Caviar juga mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi di mana ianya baik untuk kesihatan kulit wajah.

 

Pada masa yang sama, Sakinah sangat gemarkan NATASHA BY DR FREDI SETYAWAN UV FILTER MOIST DAY CREAM kerana krim tabir suria ini adalah antara yang terbaik yang pernah saya miliki. Sebab utama saya sukakan krim tabir suria dari NATASHA ini adalah kerana kulit saya terasa sangat lembut dan yang paling penting ianya langsung tidak meninggalkan rasa melekit ketika dipakai.

 

Pemakaian krim tabir suria adalah sangat penting kerana jika kita selalu terdedah kepada cahaya matahari, krim tabir suria mampu memberikan perlindungan daripada kulit terbakar dan seterusnya boleh merosakkan sel kulit kita.

 

 

 

 

 

 

 

Boleh Sakinah kongsikan pengalaman pertama kali menggunakan produk Natasha?

Pertama kali ketika Sakinah menggunakan rangkaian produk dari NATASHA ini terasa seperti cinta pandang pertama. Mengapa Sakinah katakana sebegitu adalah kerana rangkaian produk daripada NATASHA ini adalah bebas dari wangian, tapi jangan risau walaupun tiada bahan wangian ditambah, ianya masih mempunyai bau yang menyenangkan.

 

Sebab itulah Sakinah sangat sukakannya. Anda akan teruja untuk mencuba sesuatu produk itu apabila ianya mempunyai bauan yang menyenangkan. Selain daripada itu, tekstur bagi setiap produk tidak begitu berat dan sangat sesuai untuk digunakan di Malaysia yang mempunyai cuaca yang lembab. Kulit Sakinah tidak langsung berminyak dan kelihatan segar sepanjang hari.

 

 

 

 

 

 

 

Apakah persamaan diantara Sakinah dan Natasha?

Bagi Sakinah persamaan diantara saya dan juga Natasha adalah tentu sekali moto dan juga prinsip yang dibawa oleh jenama NATASHA itu sendiri tentang deifinisi kecantikan. “A Beautiful Skin is a Healthy Skin” itulah moto dan juga prinsip kecantikan yang dipegang oleh NATASHA.

 

Ini secara tidak langsung melihatkan bahawa NATASHA telah menukar persepsi wanita asia yang umumnya berpendapat kulit yang cantik itu adalah untuk memiliki kulit yang cerah. Saya sendiri tidak percaya kepada persepsi dan tanggapan itu. Jika anda lihat saya, saya tidak lah begitu cerah dan saya rasa setiap warna kulit itu adalah unik dan membawa keistimewaannya yang tersendiri.

 

Jika kita yakin dengan apa yang kita miliki, warna kulit itu tidak seharusnya menjadi kayu ukur untuk mendifinisikan kecantikan. Saya sendiri tidak begitu gemar dengan ketaksuban sesetengah individu untuk mengejar definisi “kulit cerah” itu sendiri kerana pada masa kini saya lihat ramai wanita yang memilih produk atau rawatan kecantikan yang boleh membahayakan kesihatan kulit mereka.

 

Mungkin mereka hanya akan berpuas hati dengan melihat hasilnya pada masa sekarang, tetapi mereka harus ingat dan juga berfikir untuk efek dan juga kesan jangka masa panjang rawatan “pencerahan” ini kepada kulit mereka. Memiliki kulit yang cerah bukan lah segalanya. Saya yakin NATASHA mampu memberi kesedaran kepada wanita untuk berbangga dengan keunikan diri anda dan tampil yang dengan kulit yang sihat.

 

 

 

 

 

 

 

Apakah tips kecantikan Sakinah untuk pembaca InTrend?

Pada pendapat saya, penjagaan kecantikan bermula dari dalaman dan dilengkapkan dengan penjagaan dari luaran. Apabila tubuh badan anda sihat, anda akan berasa positif, dan menyerlahkan penampilan penuh keyakinan.

Selain daripada menjaga kecantikan luaran, saya juga sangat menitik beratkan kecantikan dan juga kesihatan dalaman.

 

1. Bersenam

Mungkin umum sudah tahu bahawa saya sangat gemar melakukan aktiviti senaman. Senaman dan juga mengamalkan gaya hidup sihat itu seperti sudah sebati dengan kehidupan seharian saya.

 

Saya tidak boleh lalui hari hari saya tanpa melakukan senaman. Walau sesibuk mana pun saya, saya akan mencuri sedikit masa untuk saya melakukan senaman.

 

Selalunya jika saya ada masa yang lapang, saya gemar untuk melakukan aktiviti senaman larian. Selalunya Sakinah akan berlari disekitar kawasan rumah. Jika tidak berlari saya juga gemar melakukan senam robik ringkas sekita 15 minit hingga 20 minit. Tetapi jika saya tidak terlibat dengan pengambaran saya akan pergi ke gym untuk mengeluarkan peluh.

 

Bagi saya gym itu sudah menjadi seperti rumah kedua saya. Saya rasa sangat selesa ketika saya berada di gym. Di sini Sakinah ingin berkongsi sedikit fakta menarik apabila kita berpeluh.

 

Apabila kita berpeluh ketika melakukan senaman, secara tidak langsung toksin di dalam badan akan keluar dan pada masa yang sama berpeluh ketika bersenam juga dapat menurunkan kadar stress. Sebab itulah saya suka berada di gym. Saya rasa tenang dan tidak stress.

 

 

 

2. Minum air sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari

Selain itu juga, saya akan pastikan sekurang kurangnya saya meminum 2-3 liter air setiap hari. Ini kerana meminum air kosong/suam mempunyai banyak kesan yang baik kepada tubuh badan kita.

 

Antaranya ia mampu memperbaiki sistem pencernaan, memperbaiki peredaran darah dan yang paling penting ia juga mampu memperbaiki sel kulit kita.

 

 

 

 

 

3. Lebihkan pengambilan buah-buahan

Sebagai seorang yang sangat pentingkan kesihatan, saya amat mengambil berat tentang apa yang saya makan setiap hari. Saya akan pastikan makanan yang saya akan makan mestilah seimbang dan semestinya buah buahan menjadi antara keutamaan dalam diet saya.

 

Selalunya, Sakinah akan makan buah buahan terlebih dahulu sebelum menikmati hidangan utama. Antara buah buahan yang menjadi kegemaran Sakinah adalah epal, kiwi dan juga pisang kerana buah buahan ini sangat bagus dan elok untuk kulit kita.

 

 

 

 

 

4. Lindungi kulit dari pencemaran

Kepada wanita di luar sana yang banyak terdedah kepada sinaran matahari seperti saya, saya ingin menasihatkan anda semua supaya sentiasa memakai krim tabir suria.

 

Sama ada anda gemar bersolek atau tidak, pengunaan krim tabir suria amatlah penting bagi melindungi kulit kita daripada sinaran UV. Seperti saya, jika saya ada sesi pengambaran di luar dan terdedah kepada cahaya matahari, saya akan pastikan krim tabir suria sentiasa berada bersama saya.

 

Krim tabir suria dari NATASHA ini menjadi kegemaran saya kerana ianya terasa lembut dan paling penting krim tabir suria ini tidak melekit apabila saya memakainya .

 

Sakinah ingin memberi sedikit tips, jangan pandang enteng kepada pemakaian krim tabir suria ini kerana jika kita banyak terdedah kepada cahaya matahari tanpa perlindungan ia boleh menyebabkan kulit terbakar, menyebabkan jeragat, merosakkan sel kulit dan juga mempercepatkan proses penunaan.

 

 

 

 

 

5. Krim Malam

Penggunaan krim malam adalah amat penting dalam rejim penjagaan wajah anda kerana kajian menunjukan bahawa kadar serapan kulit wajah lebih tinggi pada waktu malam dan sel-sel kulit diperbaharui sewaktu kita tidur.

 

Krim malam juga dipercayai dapat mencegah masalah penuaan kulit dan mengekalkan keanjalannya. Pada masa yang sama, memakai krim malam juga membuatkan kulit Sakinah terasa segar dan bermaya apabila bangun keesokan harinya.

 

 

 

 

6. Manjakan diri

Selain daripada bersenam, Sakinah juga gemar pergi ke spa untuk memanjakan diri. Sesekali apabila sudah penat berkerja tidak salah rasanya untuk kita memanjakan diri dengan rawatan kecantikan.

 

Semestinya Sakinah memilih Natasha Beauty & Wellness yang menyediakan pelbagai jenis rawatan kecantikan untuk wajah, rambut dan spa badan. 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Jangan Asyik Bising Berat Badan Naik, Tapi Tak Bersenam” — Ini PESAN Dato’ Sheila Majid Kalau Nak Langsing

  • Seterus →

    Berat Badan Turun 27kg, Wow! — Ini Rahsia Kurus SITI SARAH Paling Berkesan, Anda MESTI BACA & Amalkan