Dec 25, 2017 - 46052

Berat Badan Turun 27kg, Wow! — Ini Rahsia Kurus SITI SARAH Paling Berkesan, Anda MESTI BACA & Amalkan

Makin hari, makin cantik, makin langsing. Patutlah Shuib selalu memuji isterinya yang sentiasa cantik di matanya itu. Apa agaknya rahsia Siti Sarah kekal langsing?

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

Kredit foto:

 

 

 

WALAUPUN sibuk menguruskan rumahtangga dan perniagaannya, Siti Sarah masih tidak rehat daripada dunia nyanyian yang dicintainya ini. Berkejaran ke persembahan pentas, Siti Sarah masih berkesempatan menyiapkan single yang akan keluar Januari nanti.

 

Katanya lagi, walaupun mungkin agak sepi daripada publisiti media, namun hingga Mei 2018, jadualnya sudah terisi penuh dengan pelbagai agenda. Baru-baru ini juga dikhabarkan Sarah terlantar di wad. Menurut Sarah, dia mengalami tekanan darah rendah akibat terlalu penat bekerja.

 

Manakan, menguruskan suami, anak-anak dan kerjaya seninya, pastilah tidak menang tangan. Apa pun, kecantikan diri tidak pernah diabaikan. Nah, siapa kata, setelah berkahwin dan punya anak keliling tidak mampu bersiap cantik sentiasa?

 

Dengarkan apa rahsia Siti Sarah yang kelihatan semakin terserlah apatah lagi kini bergelar usahawan produk kecantikan.

 

 

 

 

 

 

Ramai sangat yang mahu tahu apa rahsia Sarah memiliki tubuh langsing sekarang ini?

Kalau dulu, Sarah pernah memiliki berat badan sehingga 70kg dan kini menyusut ke 43kg, sesuai dengan ketinggian Sarah. Kalau ditanya apakah rahsia kurus?

 

Jawapan Sarah, paling penting adalah menjaga pemakanan. Sarah tidak percaya pada acara diet yang menolak karbohidrat, buah atau apa-apa yang boleh untuk dimakan. Sarah masih ambil nasi setiap hari. Cuma Sarah kurangkan pengambilan tepung gandum.

 

Sarah tukarkan tepung gandum biasa kepada yang gluten free jika sesekali teringin mahu makan cucur atau kuih-muih. Makan secara kerap tidak mengapa tetapi jangan makan banyak pada satu waktu. Latih perut untuk menerima kuantiti makanan yang bertepatan sahaja.

 

 

 

Kredit foto:

 

 

 

 

 

 

Apakah menu harian Sarah?

Untuk sarapan Sarah kisar buah naga, baby spinach, pisang dan produk whey protein Sarah iaitu Monstarfit. Tengah hari Sarah makan nasi seperti biasa bersama lauk-pauk seperti ikan goreng dan sayur- sayuran.

 

Cuma, pesan Sarah gunakan minyak tulen kelapa sawit yang tidak dicampur dengan minyak lain. Dan, jangan ulang pakai minyak menggoreng lebih daripada sekali.

 

Manakala, untuk makan malan, Sarah masih mengambil nasi seperti makan tengah hari tadi. Kuantiti nasi, cukuplah sebesar penumbuk. Jika lapar, ulang makan lagi. Tidak mengapa.

 

 

 

 

 

Bagaimana pengambilan produk ‘whey protein’ Sarah itu?

Sebenarnya, Sarah sudah puas mencuba beberapa jenis produk pelangsingan yang ada di pasaran dan kebanyakan buat Sarah hampa. Mungkin tidak kena dengan badan Sarah.

 

Jadi, Sarah keluarkan produk sendiri, Monstarfit yang berasaskan protein dalam membantu cutting lebih menarik dan membina bentuk tubuh pejal/mantap. Tidak sekadar menurunkan berat badan. Dalam tiga bulan pengambilan Monstarfit, berat badan Sarah mulai menurun.

 

Namun, Sarah sekadar mengambilnya untuk tiga bulan dan kemudian rehat seketika untuk sebulan sebelum meneruskannya kembali. Sarah percaya, apa pun produk yang kita ambil, perlukan masa untuk tubuh berehat seketika setelah beberapa lama tubuh menyerap formula itu.

 

 

 

 

 

 

Sarah kelihatan lebih cantik selepas kahwin, bahagia agaknya?

Mungkin kerana penjagaan yang baik ketika berpantang selepas melahirkan anak. Kata orang, seseorang perempuan itu jika mahu melakukan transformasi diri, lakukan ketika tempoh berpantang.

 

Waktu inilah, tubuh boleh melalui proses detoksifikasi dari hujung rambut ke hujung kaki. Sarah memang mengamalkan proses berpantang cara Melayu yang betul. Yang mana tidak sesuai, Sarah tinggalkan.

 

Contohnya, ada yang kata orang berpantangtidakbolehminumbanyakair. Sedangkan, air itulah penting untuk kita kembali bertenaga, melancarkan darah, susu badan dan elak sembelit.

 

 

 

 

 

Sarah rajin bersenam?

Sebenarnya, Sarah galakkan wanita untuk bersenam walaupun hakikatnya Sarah sendiri jarang berkesempatan melakukannya. Namun, jika ada masa terluang, Sarah akan mengajak anak-anak berenang atau jogging.

 

 

 

Rasanya Sarah seorang yang percaya pada penjagaan dalaman, ada mengamalkan pengambilan jamu?

Oh, Sarah sangat suka jamu! Sarah akan rebus sendiri bahan-bahan jamu seperti kecur, temu kunci, ibu kunyit, halia, manjakani, halba dan sebagainya. Sarah akan minum air rebusan itu seminggu sekali atau menjadikan bahan-bahan itu sebagai sauna. Tubuh akan rasa segar, ringan dan bertenaga selepas itu.

 

 

 

 

 

 

Sarah gemar bersolek?

Sarah bukan seorang yang gila bersolek. Kalau tidak ke mana-mana majlis, Sarah lebih selesa dengan wajah togel. Kalau keluar pun cukup dengan secalit gincu.

 

 

 

 

 

 

Apakah nasihat Sarah buat pembaca InTrend tentang kecantikan diri yang patut wanita amalkan?

Paling penting, jaga pemakanan! We are what we eat. Amalkan jamu kerana ia bagus untuk dalaman seorang perempuan dan yang bagusnya ia selamat tanpa campuran bahan berbahaya.

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Kulit Masih Perawan — SAKINAH Pilih Natasha Skincare Sebagai Duta Produk Sulungnya

  • Seterus →

    Rendam Air Garam, AMALKAN Makan Sup Kentang — Ini RAHSIA 10 Selebriti Berseri Luar Biasa di Permaidani Merah