Oct 05, 2017 - 24460

“Berat Zaman ‘AF’ Sampai Sekarang Naik 7kg” — Ini CARA Paling Berkesan NANA MAHAZAN Kurus Walau Beranak 2

Semua tahu dia bagaimana? Kuat bercakap, walau tanpa disoal. Kerap bertemunya di acara kecantikan, buat mahu tahu juga rahsianya.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamurlzaman 

 

 

 

 

 

 

 

 

NANA Mahazan. Kecil-molek orangnya. Cantik. Fotogenik. Mudah mesra. Petah berkata-kata. Begitulah dia. Kalau dulu, namanya sering dikaitkan dengan rancangan realiti, Akademi Fantasia, kini dia mampu berdiri dengan sendirinya. Siapa kata dia menyepi? Ada sahaja aktivitinya.

 

Malah, bagi orang majalah seperti saya, kerap juga bertemunya di majlis pelancaran produk. Atas kelebihannya petah berkata-kata itu, dia juga kini menceburi bidang pengacaraan. “Ya, Nana sibuk dengan rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 dan Pop TV.

 

Seronok mengacara kerana kita dapat berkongsi apa yang kita mahu lontarkan pada medium yang tepat.” Selain mengacara, Nana nampaknya sedang melalui fasa hidup bahagia sebagai isteri dan ibu dengan menguruskan sendiri anak-anaknya.

 

“Syukur dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Nana dan suami amat mementingkan pendidikan mereka. Justeru, Nana berkorban dengan mengimbangi antara keduanya; kerjaya dan keluarga. Namun, pastinya keluarga pilihan pertama,” tuturnya jujur.

 

 

 

 

 

Nana dilihat semakin langsing walaupun selepas melahirkan anak. Apa rahsianya?

Sebenarnya, Nana agak sukar untuk bertambah berat badan. Nana bertuah kerana mempunyai metabolisme yang tinggi, jadi dengan sedikit pergerakan fizikal sudah membuatkan Nana lekas berpeluh dan membakar lemak.

 

Walaupun senaman. Bukan untuk kurus semata-mata, tetapi demi stamina dan kesihatan keseluruhan tubuh. Punya susuk tubuh kecil adalah kelebihan orang seperti saya.

 

 

Berapa berat Nana terkini dan terdahulu (zaman AF)?

Oh, seperti yang Nana katakan tadi, Nana susah untuk gemuk. Jadi, dari dulu lagi berat Nana memang tidak mencanak. Kalau tidak silap, ketika di Akademi Fantasia, sekitar 41.9 kilogram dan sekarang 47—48 kilogram.

 

Alhamdulillah, rasanya Nana okey dengan berat badan yang sekarang ini. Orang kata sesuailah dengan status sebagai ibu beranak dua. Hahaha...

 

 

 

 

 

Nana seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dan amat berdisiplin, betul? Boleh kongsikan dengan InTrend rutin seharian Nana dalam penjagaan diri?

Tidak juga. Saya tidaklah terlalu health freak. Apa yang saya lalui setiap hari mengikut keselesaan dan rutin yang mampu saya lakukan. Mungkin kalau ada perubahan gaya hidup dulu dan sekarang adalah disebabkan oleh pengaruh suami, memandangkan suami Nana seorang yang sangat menjaga pemakanannya. Jadi, alang-alang menyediakan menunya begitu, Nana dan anak- anak pun ikut sama.

 

 

 

Kerap dilihat mewakili produk sebagai jurucakap, kenapa agaknya Nana selalu menjadi pilihan?

Alhamdulillah, rezeki. Entahlah, mungkin mereka fikir sesuai untuk Nana yang berstatus ibu sekarang. Ya, kebanyakan produk yang Nana wakili berkehendakkan Nana bercerita menerusi pengalaman Nana sebagai isteri dan ibu.

 

Bukankah peranan ibu hari ini sungguh mencabar dan memerlukan lebih banyak pengalaman para ibu di luar sana untuk dijadikan inspirasi?

 

 

 

 

 

 

Bagaimana penjagaan kulit Nana? Nana punya masalah kulit wajah yang serius?

Oh, tengok sahaja hari ini, ya, jujurnya Nana mempunyai sedikit masalah kulit muka kerana kulit Nana jenis yang sensitif. Penjagaan Nana seperti biasa dengan langkah mencuci, menyegar dan melembap.

 

Dan, Nana juga cuba mengamalkan pemakanan yang sihat kerana diet yang baik juga menyumbang kepada kulit yang sihat. Itu Nana percaya. 

 

 

 

 

 

 

 

Apakah aset pada bahagian diri Nana? Kenapa?

Nana tidak nampak aset secara fizikal pada diri Nana. Bagi Nana, kekuatan Nana adalah personaliti diri, mungkin. Nana suka dan kuat bercakap, mudah bergaul dengan sesiapa sahaja.

 

Bagi Nana itulah aset Nana dalam apa jua yang Nana lakukan. Rasanya itu lebih baik daripada bergantung kepada sesuatu yang boleh berubah usia demi usia; maksud Nana aset fizikal.

 

 

 

 

 

 

Nana lebih banyak berhabis untuk apa? Mekap? Set penjagaan kulit? Produk rambut? Suplemen? Mengapa?

Kasut dan alat solek. Nana pencinta kasut dan ingin kumpul sebanyak yang boleh, hahaha. Dan, ya Nana juga suka bersolek. Nana suka explore jenis-jenis solekan yang berbeza-beza. Nana suka mencuba sesuatu yang baru. Antara banyak- banyak item solekan, gincu adalah item yang paling Nana suka kumpul.

 

 

 

Haruman kegemaran Nana?

Chanel Madame Moiselle. Baunya sungguh klasik dan elegan!

 

 

 

 

 

 

Apakah rutin Nana sebelum melangkah ke kamar beradu?

Nana akan memastikan kulit dalam keadaan bersih dan mengenakan pelembap dan sesekali memakai mask untuk merehatkannya.

 

 

Cantik itu adalah...

Keyakinan diri yang dimiliki. How you carry yourself dan yakin apabila membawa diri. Itulah yang Nana pandang sebagai cantik!

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Saya Berhijab Kerana Allah, Bukan Sebab Boyfriend” — Ini Rahsia Cantik SHERRY IBRAHIM Luar & Dalam

  • Seterus →

    Rajin CUCI DARAH! — Ini Rupanya Rahsia Kulit Ifa Raziah Gebu, Anjal & Awet Muda, Sila Baca