Aug 28, 2017 - 10934

“Saya Berhijab Kerana Allah, Bukan Sebab Boyfriend” — Ini Rahsia Cantik SHERRY IBRAHIM Luar & Dalam

Si Gadis berwajah bujur sirih ini punya kecantikan wajah Melayu nan jelita. Manis berbicara dan molek pekerti menambahkan perisa cantiknya itu.

 

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

 

 

 

 

WALAUPUN kini agak jarang menemui wajahnya di kaca televisyen membintangi drama tempatan, namun, hakikatnya Sherry Ibrahim tetap sibuk dengan jadual hariannya. Usai penggambaran tempoh hari, Sherry terbang ke London dan sebaik kembali Kuala Lumpur baru InTrend berkesempatan menemubualnya.

 

“Sekarang ini, Sherry sibuk sebagai host untuk rancangan di sebuah stesen swasta. Alhamdulillah, rezeki Sherry dalam bidang pengacaraan pula.” Lebih menarik lagi, dalam diam Sherry juga kini bergelar usahawan kecantikan apabila melancarkan jenama kosmetiknya sendiri iaitu Deeja Cosmetics. Pasti ramai yag mahu tahu apakah benar Sherry cantik dengan produknya sendiri?

 

 

 

 

 

 

 

 

Wah, sudah punya label kecantikan sendiri. Bagaimana terlintas untuk mencipta rangkaian Deeja Cosmetic ini dan apa keistimewaannya buat peminat Sherry?

Sebagai wanita, kita tidak dapat lari daripada urusan kecantikan diri. Biar apa pun status kita, menjaga kecantikan itu satu rutin normal bagi seorang yang bernama wanita. Sherry memang minat berniaga dan sukakan kecantikan. Lalu digabungkan kedua- duanya, maka lahirnya Deeja Cosmetic yang berkesan merawat kulit wajah bukan hanya untuk wanita malah lelaki juga.

 

Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Ia penjagaan asas kulit tetapi bertindak sangat mendalam. Terdapat tujuh item dalam rangkaian Deeja Cosmetic iaitu Sabun, Toner, Krim Siang (dengan SPF45), Krim Malam, Krim Nano, Diamond Foundation dan Vitamin C. Usah ragui untuk menggunakannya kerana ia produk yang memiliki kelulusan KKM dan dijamin halal.

 

 

 

 

 

Boleh kongsikan pengalaman pertama kali berhijab?

Sherry berhijab kerana hati terbuka secara tiba-tiba. Mungkin itulah yang dikatakan hidayah. Sesungguhnya, Sherry berhijab kerana Allah SWT,untuk diri sendiri dan sudah tentunya juga Sherry lakukannya demi ibu bapa Sherry.

 

Merekalah yang mendorong Sherry untuk memilih jalan ini selain ahli keluarga yang lain dan kawan-kawan rapat Sherry. Sherry mula berhijab ketika hari jadi Sherry tahun lepas. Allahu Akbar, betapa besarnya kuasa Allah ketika itu kerana dalam masa yang cukup singkat Dia permudahkan segala urusan. Alhamdulillah...

 

 

 

 

 

Bagaimana perasaannya sewaktu mula-mula berhijab?

Awalnya, Sherry akui agak kekok juga dan mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk sesuaikan diri dengan keadaan apabila berada di luar. Maklumlah, kalau dulu atas kepala tidak bertutup, tetapi kini dilitupi tudung.

 

Alhamdulillah, seperti yang Sherry katakan tadi, Allah permudahkan segala urusan dan hingga kini Sherry rasa lebih selesa dan selamat dengan berhijab. Begitulah, perkara baik Allah pasti permudahkan.

 

 

 

 

 

 

Bagaimana dengan penjagaan kecantikan diri Sherry?

Sherry amat menitiberatkan aspek kecantikan diri. Sherry sentiasa pastikan kulit wajah dalam keadaan terjaga sama ada dalam keadaan bersolek atau tidak.

 

Selain menggunakan Deeja Cosmetic untuk mencantikkan kulit wajah, Sherry juga mengamalkan pengambilan suplemen untuk sokongan penjagaan kulit wajah, rambut dan badan. Sebagai perempuan, kita harus ‘berbelanja’ sedikit untuk pelaburan pada masa hadapan.

 

 

 

 

 

 

 

Berapa kerap Sherry mengunjungi spa atau salun untuk rawatan memanjakan diri?

Kalau ikutkan sibuk memanglah tidak punya kesempatan untuk perkara ini. Namun, Sherry akan pastikan Sherry ada sedikit masa terluang untuk ke spa sekurang-kurangnya sebulan sekali.

 

Kalau ke spa, Sherry gemar melakukan rawatan skrub badan dan hamam. Tidak lupa juga sesi berurut dua minggu sekali. Oh, best sangat apabila punya ruang untuk memanjakan diri setelah seharian tubuh ‘dilanyak’ kesibukan kerja!

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana Sherry menghargai kecantikan diri?

Menghargai kecantikan diri dengan produk yang bersesuaian dengan kulit, rambut atau dalaman Sherry. Tidak pernah berkira dengan apa jua rawatan dan produk, asalkan ia berkesan dan my body is happy! Sesekali reward diri, okey.

 

 

 

 

 

Pada pengamatan Sherry, apa kesilapan wanita dalam memburu kecantikan?

Ada yang terlalu obses untuk kelihatan cantik dalam masa yang singkat sehingga sanggup melakukan pembedahan plastik, suntikan botoks dan pelbagai lagi rawatan short cut. Ingatlah, bahawa untuk kekal cantik perlukan disiplin, masa dan pengorbanan. Baru, ia hadir secara semula jadi dan kekal selamanya.

 

 

 

 

Seseorang wanita itu akan lebih cantik jika..

Kecantikan dalaman dan luaran seiring. Lebihkan istiqamah dalam menjaga maruah, keperibadian, personaliti dan gaya hidup. Apabila kedua-duanya terjaga, maka terserlahlah kecantikan seseorang itu.

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    12 ‘Trick’ Cantik HOT MOMMY Hollywood yang Mesti Anda Cuba — Beyonce & Gwen Stefani Selalu Amalakan Helah Ini!

  • Seterus →

    “Berat Zaman ‘AF’ Sampai Sekarang Naik 7kg” — Ini CARA Paling Berkesan NANA MAHAZAN Kurus Walau Beranak 2