Nov 12, 2016 - 50176

“Dulu Suka Mekap Tebal. Lama-lama Baru Sedar, Buruk Rupanya Bila Bersolek Tebal” — Anzalna Nasir

Betul, Anzalna Nasir sudah cantik asli dengan kulit bercahaya dan rambut hitam ikal berkepuk-kepuk.

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman

 

 

 

WAJAHNYA yang ayu menghiasi iklan minyak wangi Syahirah Jewel menambat hati sesiapa sahaja. Kenapa Anzalna? Pasti ada sesuatu yang menarik tentangnya sehingga disunting menjadi duta kepada produk terkenal itu. Anzalna ketika dihubungi, sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 148 episod Memori Cinta Suraya, sebuah drama yang dipetik daripada telenovela Mexico, Simpre Tuya Acapulco (A Love To Remember) yang digubah kepada versi Asia.

 

 

Pada pendapat Anzalna, sejauh mana pentingnya minyak wangi itu dalam melengkapi hari dan diri seseorang?

Tanpanya, hidup tak sempurna. Anzalna sendiri selalu dikelilingi orang. Adakala orang datang dekat untuk bergambar. Jadi, amat perlu untuk Anzalna kekal wangi sepanjang masa. Malah, minyak wangi juga mampu memberikan mood yang lebih baik kepada diri seseorang. Contohnya, kalau Anzalna stres, semburkan sahaja Syahirah Jewel Crystal ini, ia merelakskan. Minyak wangi juga membuat kita tampil lebih yakin.

 

 

Bagaimana dengan penjagaan kecantikan lainnya?

Anzalna punya kulit sensitif. Anzalna menggunakan produk penjagaan kulit yang dipantau oleh doktor. Rambut pula, Anzalna tidaklah terlalu rumit tentangnya. Ia anugerah daripada faktor genetik kerana mak mempunyai rambut yang lebat dan hitam. Walaupun pada usia lanjut sekarang, boleh dikira berapa helai sahaja uban mak. Badan pula, terus terang Anzalna katakan Anzalna tidak menjaga makan dan tidak juga kaki bersenam. Mungkin kerana penat bekerja, badan tak naik-naik.

 

 

Bagaimana hidup tanpa solekan?

Kalau dulu, Anzalna akui memang suka bersolek tebal. Namun, lama-kelamaan baru sedar betapa ‘buruknya’ rupa Anzalna apabila bersolek tebal. Kini Anzalna lebih sukakan solekan yang ringkas, light dan masih mampu menyerlahkan kulit asli. Kalau untuk sehari-hari pun, solekan Anzalna cukuplah dengan maskara dan pengilat bibir.

 

 

 

Siapakah ikon cantik di mata Anzalna?

Thalia. Tolak tepi kisah peribadinya, sebagai wanita dia cukup sempurna. Cantik rupanya, mantap tubuhnya, berpersonaliti menarik, boleh menyanyi, berlakon dan sangat berbakat. Apa lagi yang kita mahu sebagai wanita, bukan?

 

 

Apa tafsiran Anzalna mengenai cantik dari dalam?

Ia satu kecantikan yang lahir daripada personaliti dan attitude seseorang itu. Walau bagaimana rupanya, ia tidak menjadi isu. Kerana, hadirnya dilihat dan disukai daripada yang apa yang ditampilkan secara dalamannya.

 

 

Tips minyak wangi daripada Anzalna?

Semburlah pada bahagian tubuh bernadi untuk merangsang aromanya lebih semarak. Jangan sembur terus pada pakaian anda.

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Sari Yanti Kekal Kecil Molek Dengan Berat Cuma 44 Kg, Ini Petua dan Amalannya

  • Seterus →

    Orang Gendut Nak Kurus Patut Baca Ini, Air Kelapa Rupanya Mujarab Kuruskan Badan