Apr 14, 2017 - 128306

Dato’ Siti, Erra Fazira & Kerabat Diraja — Mereka Pernah Dapat Sentuhan MAGIS Nurul Shukor di Hari Perkahwinan

Sentuhan magis Nurul Shukor telah menyemarakkan ramai pasangan pengantin. Hasil solekannya tidak pernah diragui. Berseri di pelamin, bercahaya di foto!

 

 

 

 

Sumber foto:

 

 

NURUL SHUKOR bukan nama baru dalam dunia persolekan Malaysia. Berbakat besar dan terkenal, Nurul telah berkecimpung dalam bidang solekan dan andaman ini hampir dua dekad dan kini melebarkan sayap ke tahap lebih komersial. Beliau kini aktif sebagai jurusolek untuk majalah, kecantikan dan fesyen, konsert dan muzik video. Profesion jurusolek membawanya ke merata negara termasuk Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun dan Amerika Syarikat. 

Selembut salju seindah budi, Nurul Shukor telah mencitrakan pesona anggun kebanyakan selebriti ternama, di kalangan kerabat dan juga sesiapa sahaja yang ingin mendapat sentuhannya di majlis perkahwinan. 

 

 

Bagaimana boleh terlintas di hati kecil ingin menjadi jurusolek? 

Kak Nurul sememangnya sukakan perkara-perkara yang cantik. Menghasilkan sesuatu seni yang cantik dan kreatif perlukan komitmen yang penuh. Minat Kak Nurul dalam bidang ini membuatkan Kak Nurul melangkah ke persada solekan ini.

 

Lama- kelamaan dengan penglibatan yang berterusan membuatkan Kak Nurul nekad serius dalam bidang solekan dan andaman ini dan akan teruskannya sehingga mampu. 

 

 

Selain melakukan solekan dan andaman, Kak Nurul juga dikenali sebagai celebrity make up artist. Apa bezanya andaman perkahwinan dan solekan selebriti yang lain?

Hmm... kalau diikutkan tak ada bezanya. Kedua-duanya mahu dilihat cantik dan glamor. Kadang kala yang membezakannya adalah konsep dan tema. Walau bagaimanapun elemen glamor pasti ada dalam kedua-dua solekan. 

 

 

 

Sumber foto: Bustamam Mokhtar/White Studio 

 

 

Tips menaikkan seri wajah pengantin?


Bagi Kak Nurul, wajah bakal pengantin perlulah bersih. Barulah solekan lebih jelas. Begitu juga solekan, haruslah bersih dan kelihatan simple namun ada daya penariknya. Rambut perlu didandan rapi dan tidak terlalu over do. Tidur yang cukup adalah ubat terbaik bagi bakal pengantin. 

 

 

Bagaimana Kak Nurul tentukan jenis solekan dan andaman sesuai dengan majlis?

Solekan untuk acara nikah, sanding mahupun resepsi memerlukan solekan lebih glamor yang mana akan menambahkan seri pengantin. Namun acara nikah tidak memerlukan solekan terlalu tebal. Kekalkan solekan calm dan neutral untuk menampilkan raut manis seseorang itu. 

 

 

Sebelum melangkah kepada ‘mak andam’, apa perlu dilakukan bakal pengantin terlebih dahulu? 

Bagi memudahkan serta mencantikkan wajah sebelum bersolek, pastikan wajah kamu bersih. Lakukan rawatan wajah seperti facial dan scrubbing dua minggu sebelum. Pastikan juga kamu mengambil diet yang bagus sebelum perkahwinan dan sudah pasti rehat yang cukup agar wajah kelihatan lebih fresh. Kesannya, Kak Nurul pun dapat hasilkan solekan yang cantik dan menawan. 

 

 

Sumber foto:

 

 

Elemen yang perlu dititikberatkan dalam soal solekan pengantin?

 Bagi Kak Nurul, kebersihan adalah tunggak utama kecantikan. Bersihkan dahulu wajah (lakukan facial) sebelum bersolek. Yang penting, teknik solekan mengikut kesesuaian bentuk muka, rona kulit serta personaliti seseorang itu. 

 

 

Apa teknik atau trend yang menjadi favourite Kak Nurul? 

Sepanjang penglibatan dalam bidang ini, Kak Nurul mengaplikasikan teknik shading. Ia adalah asas dalam seni solekan kerana teknik shading yang
betul dan berkesan mampu mengubah bentuk dan struktur tulang muka.

 

Ia bukan sekadar meruncingkan wajah bulat atau berpetak malah ia penting untuk kontur wajah supaya membentuk dimensi wajah lebih sempurna. Bahagian penting melakukan shading adalah temple, tulang hidung dan bawah dagu. 

 

 

Bagaimana Kak Nurul mendapat inspirasi solekan pengantin?

Kak Nurul suka berkongsi pendapat dan berinteraksi bersama client tentang konsep yang dimahukan. Sesuaikan solekan dan dandanan mengikut kesesuaian masa, tempat dan tema. Cara paling baik untuk mendapatkan solekan terbaik di hari perkahwinan adalah lakukan trial make up terlebih dahulu. 

 

 

 

 

Bila masa yang sesuai untuk melakukan trial make up?

Trial make up selalunya dilakukan sebulan sebelum hari perkahwinan. Ia dilakukan awal supaya bakal pengantin yang mencari dapat menemui solekan tepat untuk hari perkahwianannya. 

 

 

Bagaimana mahu mengelakkan solekan luntur di bawah spotlight terang?

Tiada sebarang cara untuk mengelakkan solekan luntur. Si pengapit haruslah terus menerus touch up pengantin. Sebaik- baiknya gunakan blotting paper. Walau bagaimanapun, sekiranya melakukan face waxing, liang roma tidak dapat bertindak aktif dan dapat mengurangkan kadar peluh pada wajah. 

 

 

Perlukah pengantin lelaki juga bersolek? Bagaimana?

Pasti! Pengantin lelaki juga perlukan sedikit solekan tetapi tidaklah setebal mana. Cukuplah sekadar meletakkan compact powder, sedikit blusher dan hanya glos neutral. Solekan tipis dilakukan untuk mengelakkan pengantin lelaki kelihatan pucat dan wajah berminyak. 

 

 

Sumber foto:

 

 

 

Siapa yang perlu melakukan solekan pengantin lelaki ini. Adakah si pengapit ataupun jurusolek sendiri? 

Oh, jangan harapkan si pengapit. Dia juga tidak tahu asas solekan.Bagi Kak Nurul, si pengantin lelaki perlu mendapatkan khidmat solekan daripada profesional juga kerana kadang-kala wajah lebar pengantin lelaki memerlukan shading, malah biasanya lelaki mempunyai ulas bibir lebih gelap. Perlu ditambah gincu sedikit. 

 

 

Apa pula sikap dan telatah pengantin yang menjadi cabaran kepada Kak Nurul sepanjang karier ini?

Kalau difikir balik macam- macam orang macam- macam lagi ragamnya. Terpaksalah kita akur. Tetapi, perangai yang lembap dan tidak fokus adalah  cabaran utama bagi Kak Nurul kerana ia mengganggu kerja Kak Nurul. 

 

 

Kongsikan pengalaman dan detik manis ketika mengandam Datuk Siti Nurhaliza.

Detik manis bersama Datuk Siti Nurhaliza adalah pada hari nikahnya, Datuk Siti ada berbisik ke telinga Kak Nurul, “Terima kasih banyak-banyak selama ini bersama Siti dalam susah senang dan menjaga Siti.” Kata-kata Datuk Siti itu benar-benar mengusik hati Kak Nurul. 

 

 

 

 

Datuk Siti sudah biasa dengan andaman Kak Nurul. Bagaimana Kak Nurul membezakan wajah Datuk Siti di hari perkahwinannya agar kelihatan berbeza daripada show biasa? 

Kak Nurul tidak menganggap Datuk Siti sebagai selebriti di waktu itu. Apa yang Kak Nurul fikirkan beliau adalah client (pengantin) yang mahukan satu solekan memukau di hari perkahwinannya.

 

Pada hari nikah, Kak Nurul mengenakan solekan neutral dan light supaya menaikkan seri anak dara. Di Kuala Lipis pula Kak Nurul mengenakan strong colors kerana keadaan tempat yang lebih terbuka. 

 

 

Apa komen Datuk Siti Nurhaliza tentang solekan Kak Nurul dan apa pula perasaan Kak Nurul? 

Datuk Siti sangat sukakan kedua-dua solekan Kak Nurul, sudah tentu Kak Nurul turut gembira dengan reaksinya. Pada majlis resepsi di KL Convention Centre, Kak Nurul mahu duduk di hadapan melihat Datuk Siti bersanding bagaikan raja dengan penampilan berbeza daripada kedua-dua hari itu. Jadi, Kak Nurul mencadangkan kepada Datuk Siti mendapat perkhidmatan Mia (jurusolek Indonesia). Jelas sekali beliau nampak berbeza malam itu. 

 

 

 

 

 

Kak Nurul juga pernah menyolek pengantin diraja. Kongsi sedikit pengalaman di istana.

Menghadiri istana untuk solekan puteri raja memerlukan banyak protokol. Kak Nurul perlu menjaga tatasusila dan menghormati etika berpakaian (warna dan pakaian rasmi) serta batasan percakapan mengikut adat. Daripada segi solekan, tidak banyak bezanya.

 

Perlu berbincang bersama kerabat diraja tentang konsep dan kemahuan kerabat. Berasaskan pakaian, Kak Nurul sesuaikan solekan serasi dengan imej serta darjat kebesarannya. Tentang rambut pula, Kak Nurul diberi kebebasan untuk mendandan gaya anggun dan sesuai. 

 

 

Apa pula perasaan dan cabaran Kak Nurul menatap wajah golongan kerabat ini?

Pada mula-mulanya memang nervous dan bimbang namun lama-lama sudah okey. Cabaran? Rasanya lebih ringan cabarannya berbanding selebriti kerana selesai sahaja solekan seakan- akan selesainya tanggungjawab. Hanya menunggu que sekiranya perlu touch up ataupun ditukar solekannya. 

 

 

 

 

 

Antara selebriti yang pernah mendapat sentuhan Kak Nurul di hari pekahwinan mereka? 

Erra Fazira, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Mastura, Haiza, Raja Puan Perak Tuanku Zara Salim, YBhg Cik Julita Aishah dan ramai lagi sebenarnya. 

 

 

Ramai beranggapan solekan Nurul Shukor mahal dan untuk berada sahaja? Benarkah? 

Memang benar. Kak Nurul akui harga yang ditawarkan agak mahal tapi ia memadai melalui apa yang dipersembahkan kepada client dengan result yang diperakui semua (pengantin) amat berbaloi dengan harga yang dibayar.

 

Harga perkhidmatan Kak Nurul bermula dari RM100 ke atas (bergantung kepada jenis perkhidmatan yang diperlukan). Kak Nurul sedia menerima tempahan daripada sesiapa sahaja, tidak kira golongan dan bangsa, namun bergantung kepada jadual. 

 

 

Ceritakan sedikit tentang Nurul Shukor Touch.

NURUL SHUKOR TOUCH diasaskan daripada cita-cita dan minat yang mendalam Kak Nurul pada bidang ini. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah tempahan baju pengantin, baju kasual, salun, akademi solekan dan perkhidmatan solekan dan andaman. 

 

 

 Sumber foto:  

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Memori Pertunangan NING BAIZURA dan OMAR SHARIF — Dari ‘Blind Date’ Jadi ‘Soulmate’

  • Seterus →

    “44 Hari Saya Cuma Makan Ikan Salmon” — Rahsia DIANA NASIR Kembali Langsing Lepas 100 Hari Pantang