Dec 29, 2017 - 2385
Oleh: Afiza Kamarulzaman
UNTUK ‘menang gaya’ di acara karpet merah, selebriti seharusnya punya persediaan awal dan tidak lokek untuk ‘melabur’. Lihat seperti selebriti antarabangsa ini:
Jennifer Lawrence
Dia tidaklah terlalu bertegas untuk kelihatan terlalu langsing dengan mengamalkan diet yang keterlaluan. Dia lebih percayakan penjagaan dalaman dengan mengamalkan meminum air teh dandelion dan chamomile untuk melegakan stress.
Teh chamomile membantu melegakan tubuh dan menurunkan tekanan diri manakala teh dandelion menyokong penyingkiran water retention dan mengenyah toksin dalam tubuh. Bukankah kedua perkara ini juga penting untuk mempersiapkan diri melangkah lebih yakin di karpet merah selain mekap yang mampan dan gaun yang gemerlapan? Selain itu juga, dia mengamalkan rendaman mandian garam epsom yang turut membantu proses detoksfikasi.
Jennifer Lawrence
Zooey Deschanel
Dia sangat berdisiplin dalam menjaga pemakanannya. Dia mengamalkan porsi makanan yang melebihkan sayur, buah, kekacang dan sedikit daging untuk kekal dalam bentuk tubuh yang molek.
Dia juga menjauhi snek terutamanya semakin hampir ke majlis penting. Menurutnya, jika dia mengambil snek berlebihan, membuatkannya kurang selera makan untuk makanan lainnya. Ini mengganggu piramid makanan yang baik untuk dirinya. Kebiasaannya, dia mengambil tiga menu dalam sehari. Dalam jarak ruang itu, dia mengambil epal untuk mengalas perut.
Zooey Deschanel
Kerry Washington
Tidur nyenyak, bangun awal dan work out adalah rahsianya untuk tampil segar bertenaga di karpet merah. Selain itu, dia juga percaya bahawa mempunyai jalinan kerja yang baik dengan pakar rambut dan mekap juga bonus untuk dia tampil menarik nanti.
Lebih daripada itu, dia juga sangat menjaga apa yang dimasukkan ke mulutnya, dalam erti kata lain dia menjaga dietnya. Tubuhnya sangat sensitif. Justeru, dia hanya akan makan makanan yang menjadikannya berasa lebih baik dan bukan sebaliknya. Tidak ketinggalan, latihan di gimnasium bersama guru Pilates, Nonna Gleyzer.
Kerry Washington
Giuliana Ranncic
Malam sebelum majlis, dia akan menyemburkan spray tan daripada Veronique untuk tampil bergemerlapan. Dia juga akan menjadualkan beberapa sesi latihan ekstra dengan jurulatihnya, Franklin Wesbrooks kira-kira dua minggu sebelum acara karpet merah berlangsung.
Untuk persediaan wajah pula, dia akan mencuba rawatan kulit dengan Raj Kanodia yang dipanggil Fractora. Rawatan ini membantu teksturnya kulitnya menjadi lebih mulus dan anjal yang membantu solekan tampil lebih cantik dan sempurna.
Giuliana Ranncic
Sofia Vergara
Untuk penjagaan kulit wajah, dia mengamalkan Apple Stem Cell Facial menerusi pakar kulit, Sonya Dakar. Dia juga akan mendapatkan rawatan Make Me Glow menggunakan gold skin illuminator, bronzing rocks dan body polish menerusi St. Tropez Tan.
Untuk memastikan figuranya tampil menggiur, dia melakukan tarian Latin beberapa kali seminggu dengan latihan tambahan bersama jurulatih Gunnar Peterson dan Justin Gelband. Paling penting katanya, tidak ada lagi pengambilan makanan berlebihan, senaman keterlaluan atau apa saja yang taasub apabila tiba di saat-saat akhir majlis.
Sofia Vergara
Juliana Margulies
Kekal percaya pada Pilates untuk tubuhnya kekal menggoda, seksi dan tegap. Jika tidak mempunyai jadual kerja penggambaran, dia akan melakukan senaman enam kali seminggu. Dia banyak melakukan aktiviti kardio dan sangat suka berlari.
Untuk diet pula, dia mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang. Penjagaan dalaman seperti ini sangat penting untuknya tampil bertenaga, yakin dan melangkah ke karpet merah dengan sempurna. Dia percaya bahawa keseimbangan dan kesederhanaan itu kunci kepada segala-galanya.
Juliana Margulies
Charlize Theron
Antara tips bijak jurusoleknya kepada dia, aplikasikan celak mata pensil nude pada garis luar mata untuk memberikan impak bukaan segar mata sekiranya dia berasa letih dan mata tidak bermaya. Dia juga menggunakan Brilliance New York Age Defying Eye Serum pada bawah matanya dan Decollete untuk menyegarkan wajahnya.
Bagi penampilan tubuh pula, dia juga tidak ketinggalan mengamlkan yoga, Pilates, karate, jogging dan berenang secara konsisten di bawah seliaan Fedele De Santis. Inilah antara rahsianya kelihatan sungguh sempurna menawan di setiap acara karpet merah.
Charlize Theron
Cameron Diaz
Dua ke tiga minggu adalah masa yang diambil untuk melakukan persediaan seperti penjagaan makanan yang tepat seperti sup kentang. Makanan yang baik juga mampu menjana mood yang sihat ketika majlis nanti. Urut dan refleksologi dilakukannya untuk memberikan kelegaan buat tubuh.
Sehari sebelum acara permaidani merah, dia melakukan rendaman air garam dan pepper untuk memberikan ketenangan. Tidak ketinggalan melakukan manicure dan pedicure. Dan paling penting, sehari sebelum majlis adalah dengan berehat tanpa sebarang rawatan lagi. Masa untuk menyegarkan diri dengan tidur yang cukup dan mood yang baik.
Cameron Diaz
Emily Blunt
Merehatkan wajah adalah sesuatu yang penting untuknya. Menggunakan pupur adalah jawapan yang tepat. Dia menyukai SK-II Face Mask yang tidak hanya merehatkan kulit tetapi juga menjadikan kulit wajahnya segar berkilauan.
Tidak lupa juga, sebelum majlis karpet merah, dia melakukan proses pembuangan bulu di bahagian kaki dan bawah lengannya. Seperti selebriti lain, dia juga mengamalkan senaman bersesuaian untuk susuk tubuh menawan dan stamina yang baik.
Emily Blunt
Kate Winslet
Dia melakukan red carpet facial! Rawatan yang menggunakan resculptor ini membantu memadamkan garis halus wajah, mengurangkan kesembapan dan menganjalkan sekitar mata dan tulang pipi juga rahang pada wajah. Selebihnya, dia hanya mahu lebih bertenang dan melalui kehidupan yang sihat. Dengan gaya hidup begitu, dia yakin keyakinan dan kejelitaannya akan menyerlah saat dia melangkah ke acara karpet merah.
Kate Winslet