Nov 23, 2016 - 5126
Oleh: Afiza Kamrulzaman
TUA itu angka, kedutan atau uban itu fizikal semata-mata. Kalau hati bahagia, apa takut dengan usia? Contohi semangat selebriti Hollaywood ini dalam meraikan peningkatan ‘kematangan’.
1. Kate Winslet
“Saya lebih hebat sekarang. Sungguh pelik apabila kamu berusia 21 tahun dan berfikir, ‘Oh Tuhan, macam mana bila aku berumur 40 nanti, aku semakin berkedut.’ Hakikatnya? Saya amat gembira dengan diri sekarang.”
2. Cameron Diaz
“Saya mengenali diri ini lebih baik hari demi hari, rasa lebih berkebolehan, lebih selesa pada usia 40 berbanding 25.”
3. Jodie Foster
“Saya tidak berminat jadi sempurna apabila tua. Saya lebih tertarik untuk memiliki naratif. Naratif yang indah.”
4. Sharon Stone
“Kenapa tipu tentang usia? Apabila berterus-terang usia saya 56, mereka akan berkata, ‘Whoa!’ Jadi, mengapa takut?”
5. Susan Sarandon
“Pada usia ini, saya lebih profesional, kreatif, bijak, sabar, tidak sesekali mengambil prinsip orang lain untuk diri sendiri.”
6. Amanda Holden
“Apabila saya melihat orang yang lebih berusia seperti Jennifer Aniston, Sharon Stone dan Jane Seymour masih kelihatan unggul, saya selesa. Wanita tampil lebih baik pada lewat usia bahkan bahagia luar-dalam.”
7. Oprah Winfrey
“Perkara yang saya pelajari saat semakin berusia, ia membenarkan kita bernafas dengan lebih mendalam, lebih ketakjuban, cantik, gila-gila dan penuh perjuangan. Kamu mampu hidup tanpa ketakutan kerana jika kamu sedar yang kamu hanya mampu bernafas, kamu tidak mampu untuk menakluki kehidupanmu.”
8. Drew Barrymore
“Saya tidak gusar dan tidak rasa akan melakukan apa-apa (pembedahan plastik). Daripada perspektif saya, tiada alasan untuk berasa takut dengan penuaan kerana berusia bermakna kamu bernasib baik.”
9. Jennifer Garner
“Saya pernah memikirkan tentang penuaan,pernah risau dan panik. Tapi, kehidupan menjadi lebih baik masa demi masa. Jadi, kenapa perlu terlalu risau? Lebih baik tenang.”
10. Celine Dion
“Tiada apa pun tentang penuaan, ia hanyalah tentang kematangan dan ilmu pengetahuan. Ia sesuatu yang cantik dan itu yang saya panggil sebagai kecantikan.”
11. Kelly Brook
“Jujurnya, ada kala saya berasa risau juga meniti usia tua kerana hakikatnya nanti saya tidak mampu lagi menjadi model. Namun, apabila melihatkan Helen Mirren masih kelihatan hebat dengan baju renang, ia menjadi inspirasi kepada wanita-wanita lain.”
12. Elle Macpherson
“Saya tidak mungkin punya tubuh yang sama ketika 20 tahun. Namun, saya hargai kematangan sebagai wanita.”
13. Angle Bassett
“Kala muda kita punya tenaga. Namun makin berusia, saya jadi lebih sabar, memahami, bijak dan berpengetahuan.”
14. Heidi Klum
“Saya tidak fikir tua itu berkait dengan paras lebih baik atau buruk. Kamu berubah, tidak mengapa. Kedut? It’s okay.”
15. Diane Lane
“Saya terima hakikat penuaan berlaku kepada setiap orang. Garis dan kedutan adakala mengganggu saya.”